Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Ibu Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ibu Ayah. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

Bahagia Dalam Meniti Usia

Aku rasa inilah post paling romantik yang sempat aku rakamkan semasa Hari Raya Aidil Fiti tahun lepas antara emak dan abah.. Perkongsian hidup yang sudah menjangkau usia 55 tahun, setengah abad..bukan sedikit onak ranjau dan duri mak dan abah tempuhi, susah senang, jatuh bangun tetap bersama. Membesarkan anak-anak seramai 9 orang bukan perkara yang mudah waktu mak dan abah muda-muda dulu. Kalau dikenang kembali betapa susahnya hidup saat itu dan betapa bersyukurnya aku kerana masih mempunyai ibu dan bapa lagi.

Mak..bagi aku adalah ibu,nenek,mertua dan sahabat yang terbaik..tiada duanya dalam dunia ini. Dilahirkan pada 28 Disember 1938, tahun ini mak akan berusia 71 tahun, Alhamdulillah mak masih mampu membuat katering untuk majlis kenduri kendara..dan malam esuk (14 Ogos) mak akan ke Kelantan kerana membeli barang-barang untuk perniagaannya. Disamping mengambil tempahan masak untuk majlis kenduri kendara atau jamuan, mak ligat berniaga kain baju dan barang keperluan rumah.

Mak seorang yang sangat peramah, sangat kuat beribadat dan sangat murah hati dan sering berlebih kurang, kata mak kalau kita bersedekah..kat atas dunia lagi Allah dah bagi tunai, rezeki kita tambah murah... Itu sebab mak suka bersedekah walaupun mak bukanlah mewah sangat...sesiapapun yang pertama kali mengenali mak akan cepat mesra dan terpikat dengan keramahan mak.

Masa muda mak sangat susah...abah pernah tinggalkan mak bersama anak2 yang masih kecil kerana berlayar kapal, kehabisan beras dan tiada bahan untuk dimasak adalah rutin dalam hidup kami sekeluarga waktu itu, sebagai anak perempuan yang sulung. akulah yang kerap jadi orang suruhan mak meminjam beras dari ibu saudara mak yang agak mewah masa itu. Atas pertolongan seorang kawan, mak mula berniaga dari rumah ke rumah, mak mendapat komisyen dari hasil jualan kain2 tersebut. Dari situlah mak memulakan perniagaan hinggalah sekarang.

Abah pula dilahirkan pada 29 November 1931, tahun ini abah akan berusia 78 tahun, macammana mak, abah juga begitu..Alhamdulillah masih sihat dan masih mampu membantu mak mengendalikan jamuan untuk kenduri kendara. diusia muda abah agak pendiam...agak garang dan disegani anak2...namun kini abah lebih bersikap terbuka dan sudah mula pandai bergurau senda dengan anak-anak..sebenarnya sikap abah banyak berubah setelah abah pulih dari kemalangan jalanraya 2 tahun lepas..bila lihat anak2 tak putus2 menjaga dan memberi sokongan moral pada abah. Abah bukan tak sayang pada kami tapi abah tak pandai untuk menunjukakn kasihsayangnya.

Alhamdulillah dalam diam tak diam sudah 2 kali abah dan mak mengerjakan fardhu Haji dan sudah 5 kali menunaikan Umrah..sesuatu yang tak pernah mak dan abah mimpikan masa muda dahulu..semuanya berkat usaha dan kesabaran mereka berdua.

Aku rasa sikapku banyak aku warisi dari mak..kegigihan, ketabahan dan kekuatan mak banyak mengalir dalam tubuhku...jika tidak aku tak mungkin sekuat dan setabah ini...hanya aku tak mampu mempertahankan rumahtanggaku sebagaimana mak dan abah lakukan...

Aku sentiasa mahukan yang terbaik buat mak dan abah...sekumanpun jika boleh aku tak mahu menyakitkan hati mak dan abah..aku tak dapat menjanjikan kemewahan buat mereka, aku hanya ada doa buat mak dan abah, aku hanya ada kasih sayangku buat mereka, sesekali bila pulang menemui mereka aku menyelitkan sedikit wang di tangan mak dan abah..mak mesti tanya..

" ada duit ke?..tak payah lah bagi..mak ada" aku kata kat mak.."mak..kalau Dah beri mak lebih berkat,lebih murah rezeki anak mak ni..mak takyah lah bimbang..insyaallah Allah akan beri rezeki pada anak dan cucu2 mak ni"

Itulah mak dan abah ku..aku lihat kasih sayang mereka makin kukuh..kemana2 pergi mesti berdua umpama merpati dua sejoli..aku berdoa muga2 satu hari nanti aku juga dikurniakan seperti itu..berdua hingga akhir hayat..

Doa buat mak dan abah muga mereka akan kekal bersama di dunia dan akhirat...dalam kebahagiaan dan kesihatan yang diizinkan Allah...muga rezeki mereka bertambah dan dapat ke Mekah lagi!

p/s Meminjam kata2 Allahyarham Yasmin Ahamad: "work hard. doa n be nice to your parents"
itulah rahsia kebahagiaan dan kejayaan"

p/s kata Dr Dato Fadilah Kamsah..pelaris paling mujarab untuk cari rezeki ialah doa buat ibubapa..so jangan sekali2 tinggalkan solat kerana kita akan tinggalkan doa buat ibubapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...