Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, August 13, 2009

Bahagia Dalam Meniti Usia

Aku rasa inilah post paling romantik yang sempat aku rakamkan semasa Hari Raya Aidil Fiti tahun lepas antara emak dan abah.. Perkongsian hidup yang sudah menjangkau usia 55 tahun, setengah abad..bukan sedikit onak ranjau dan duri mak dan abah tempuhi, susah senang, jatuh bangun tetap bersama. Membesarkan anak-anak seramai 9 orang bukan perkara yang mudah waktu mak dan abah muda-muda dulu. Kalau dikenang kembali betapa susahnya hidup saat itu dan betapa bersyukurnya aku kerana masih mempunyai ibu dan bapa lagi.

Mak..bagi aku adalah ibu,nenek,mertua dan sahabat yang terbaik..tiada duanya dalam dunia ini. Dilahirkan pada 28 Disember 1938, tahun ini mak akan berusia 71 tahun, Alhamdulillah mak masih mampu membuat katering untuk majlis kenduri kendara..dan malam esuk (14 Ogos) mak akan ke Kelantan kerana membeli barang-barang untuk perniagaannya. Disamping mengambil tempahan masak untuk majlis kenduri kendara atau jamuan, mak ligat berniaga kain baju dan barang keperluan rumah.

Mak seorang yang sangat peramah, sangat kuat beribadat dan sangat murah hati dan sering berlebih kurang, kata mak kalau kita bersedekah..kat atas dunia lagi Allah dah bagi tunai, rezeki kita tambah murah... Itu sebab mak suka bersedekah walaupun mak bukanlah mewah sangat...sesiapapun yang pertama kali mengenali mak akan cepat mesra dan terpikat dengan keramahan mak.

Masa muda mak sangat susah...abah pernah tinggalkan mak bersama anak2 yang masih kecil kerana berlayar kapal, kehabisan beras dan tiada bahan untuk dimasak adalah rutin dalam hidup kami sekeluarga waktu itu, sebagai anak perempuan yang sulung. akulah yang kerap jadi orang suruhan mak meminjam beras dari ibu saudara mak yang agak mewah masa itu. Atas pertolongan seorang kawan, mak mula berniaga dari rumah ke rumah, mak mendapat komisyen dari hasil jualan kain2 tersebut. Dari situlah mak memulakan perniagaan hinggalah sekarang.

Abah pula dilahirkan pada 29 November 1931, tahun ini abah akan berusia 78 tahun, macammana mak, abah juga begitu..Alhamdulillah masih sihat dan masih mampu membantu mak mengendalikan jamuan untuk kenduri kendara. diusia muda abah agak pendiam...agak garang dan disegani anak2...namun kini abah lebih bersikap terbuka dan sudah mula pandai bergurau senda dengan anak-anak..sebenarnya sikap abah banyak berubah setelah abah pulih dari kemalangan jalanraya 2 tahun lepas..bila lihat anak2 tak putus2 menjaga dan memberi sokongan moral pada abah. Abah bukan tak sayang pada kami tapi abah tak pandai untuk menunjukakn kasihsayangnya.

Alhamdulillah dalam diam tak diam sudah 2 kali abah dan mak mengerjakan fardhu Haji dan sudah 5 kali menunaikan Umrah..sesuatu yang tak pernah mak dan abah mimpikan masa muda dahulu..semuanya berkat usaha dan kesabaran mereka berdua.

Aku rasa sikapku banyak aku warisi dari mak..kegigihan, ketabahan dan kekuatan mak banyak mengalir dalam tubuhku...jika tidak aku tak mungkin sekuat dan setabah ini...hanya aku tak mampu mempertahankan rumahtanggaku sebagaimana mak dan abah lakukan...

Aku sentiasa mahukan yang terbaik buat mak dan abah...sekumanpun jika boleh aku tak mahu menyakitkan hati mak dan abah..aku tak dapat menjanjikan kemewahan buat mereka, aku hanya ada doa buat mak dan abah, aku hanya ada kasih sayangku buat mereka, sesekali bila pulang menemui mereka aku menyelitkan sedikit wang di tangan mak dan abah..mak mesti tanya..

" ada duit ke?..tak payah lah bagi..mak ada" aku kata kat mak.."mak..kalau Dah beri mak lebih berkat,lebih murah rezeki anak mak ni..mak takyah lah bimbang..insyaallah Allah akan beri rezeki pada anak dan cucu2 mak ni"

Itulah mak dan abah ku..aku lihat kasih sayang mereka makin kukuh..kemana2 pergi mesti berdua umpama merpati dua sejoli..aku berdoa muga2 satu hari nanti aku juga dikurniakan seperti itu..berdua hingga akhir hayat..

Doa buat mak dan abah muga mereka akan kekal bersama di dunia dan akhirat...dalam kebahagiaan dan kesihatan yang diizinkan Allah...muga rezeki mereka bertambah dan dapat ke Mekah lagi!

p/s Meminjam kata2 Allahyarham Yasmin Ahamad: "work hard. doa n be nice to your parents"
itulah rahsia kebahagiaan dan kejayaan"

p/s kata Dr Dato Fadilah Kamsah..pelaris paling mujarab untuk cari rezeki ialah doa buat ibubapa..so jangan sekali2 tinggalkan solat kerana kita akan tinggalkan doa buat ibubapa.

29 comments:

ber_uwang said...

sayangi lah kedua mereka selagi ada.

alaut said...

salam..

tanpa ayah dan ibu, tiadalah kita di bumi allah ini..:)

hargailah beliau semasa hayat mereka masih ada..

PK said...

slm kak ida..

lama tak jgh akak.sejak kebelakangan ni sibuk yg amat.harap akak sihat..

tengok pict & bca entry ni..teringat dgn bapa n mama kt kg..:p

kakcikseroja said...

Seronok baca kisah mak dan abah Ida... Kakcik juga mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.....

birU said...

salam...

mak idalara sama umur ngan mak biru. alhamdulillah, mak idalara masih sihat dan kuat.

mak biru, nampak lemah . seminggu biru hilang kerana balik kampong. temankan mak wat hemodialisis, cuci buah pinggang. sempat la 3 kali temankan dia. pandang wajah mak ketika tu, sayu jerk. tak sanggup tengok jarum dicucuk sana sini di badan dia.
ikut hati, mau jer bawak mak kesini, leh tengok mak hari2, nasib ada adik bongsu yg leh jadi maid, nurse dll. tapi sampai bila nak harapkan dia jerk...

sempat juga singgah kebun ayah. tanah yg luas tu, mana larat kudrat tua nak kerjakan.
setakat tanam sayur2an sikit2, bela lembu kambing sikit2. mana pergi anak2 laki?
hmmmmm...

heeeeeeeee sori, lepaskan perasaan kat sini lak, ekekek

=)

mamai said...

kala mereka ada hargai la mereka biar susah mana juga kita.

kasih sayang mereka kuat tidak seperti kasih kita yang berlandas nafsu

u-neey said...

kuat sungguh mak ngan ayah kak ida. dah agak berumur tapi masih sihat dan kuat bekerja.
betul kak ida, kalau bukan anak2, siapa lagi yang akan doakan utk ibubapa kita kan?

mama danial said...

akak..
kita tak pernah kenal, tetapi ketabahan kak buat hati saya tersentuh. Tulisan akak plak sering buat saya menangis...

c-idah said...

salam kak....

suka baca p/s dr dr fadilah kamsah..
walaupun kaka2nya sedikit tp amat
dalam mksudnya...

macam2 rasa ada ketika baca n3 akk..

Rashid said...

salam kak ida
Begitulah mak dan ayah. Mereka tak pernah mengharap sesuatu dari anak mereka. Keinginan mereka hanyalah kebahagian anak-anak..

Kak ida bertuah kerana masih ada mak dan ayah. Doa mereka masih bersama kak ida..

Saya percaya doa kak idapun tak pernah putus utk mereka..

Ayah.. maafkan anakmu ini..

Cik Skaf said...

salam kak ida. huhu..sebak sy membaca entri ini (walaupun ia bukan entri sedih), tapi apabila ada cerita yg melibatkan ibubapa sy mudah tersentuh hati. Rindu mak abah saya. Alhamdulillah, mak dan abah akak masih sihat, masih kuat berniaga dan beramal ibadah. Moga kehidupan mereka sentiasa dlm redha Allah. Saya juga percaya ketabahan kak Ida menurun dr mak akak. Salam untuk mereka.

Idalara said...

salam ber-uwang
kasih syg tiada batasan buat mereka.

Idalara said...

salam al
betul sgt..siapalah kita tanpa ibu dan ayah..
ibu dan ayah itulah permulaan kita.

Idalara said...

salam PK
tkpe kak ida fhm..utamakan yg mana perlu..
bila dah ingat sering2lah hubungi atau pulang menjenguk mereka.

Idalara said...

salam biru
sedih ida dgr tentang mak biru..sbnrnya ida pun tk smpt lg tnya kt biru mana hilang selama seminggu..harap mak biru akan sembuh..
tkpe biru luahkan apa saja kat sini..kan di sini kita luahkan segalanya..
anak lelaki?..mudah2an anak2 lelaki ida boleh jadi anak2 harapan ida nnti.

Idalara said...

salam kakcik
terimaksih singgah di sini baca misah mak dan abah ida..terimakasih atas doa kakcik.

Idalara said...

salam mamai
kdg2 kesibukan di kota buat kita alfa pada ibu ayah..mudah2an kita masih sempat buat yg terbaik buat mereka.

Idalara said...

salam mamai
kdg2 kesibukan di kota buat kita alfa pada ibu ayah..mudah2an kita masih sempat buat yg terbaik buat mereka.

Idalara said...

salam u-neey
alhamdulillah..kuat bribadat itulah rahsia mereka..doa kita pun belum cukup nak balas jasa mereka kan u-neey

Idalara said...

salam mama danial
kat sini kita tetap sahabat biarpun kita hnya bersua di alam maya..terimakasih kerana tutut merasa apa yg kak ida rasa.

Idalara said...

salam c-dah
ye..kata2 dr fadilah bnyk memnyedarkan kita betapa [pentingnya menghargai ibu dan ayah...terimakasih turut berkongsi rasa.

Idalara said...

salam cikgu rashid
mak dan abah..dua insan yg tak pernah berkira dengan anak2..
Alhamdulillah kak ida doakan mereka setiap waktu..untuk kebahagiaan dan kesihatan mereka..

p/s pasti ayah cikgu rashid sentiasa memaafkan anak-anaknya.

Idalara said...

cik skaf
memanglah bila baca saja kisah ibu ayah ni kita pasti rasa semacam je..
alhamdulillah mak dan abah kak ida masih sihat..
kak ida rasa begitulah cik skaf..kak ida bnyk warisi ketabahan dan kekuatan mak.

ai@reel said...

bangganya say kerana utuhnya percintaan mereka ....rasa ingin bertanya kepada mereka rahsia apakah mereka saling cinta mencintai selama ini.....

kirim salam kepada emak dan abah kak ida.....

jumana said...

salam kak
hidup ngn hepi
jgn murung2 tau
mak ayah akak pasti gembira kalau akak gembira
tabah2 selalu :)

Org Ganu said...

salam kak ida..
ibu bapa itu pemangking kehidupan kte..i luv u mum , dad..


p/s : kak ida pe kabar? sory baru berkesempatan singgah blog akak

Idalara said...

salam airel
kak ida pun cukup bangga dengan mereka..makin lama kak ida tguk makin utuh kasih syg mereka..nnti kka ida tnyakan apa rahsia mereka..

p/s insyaallah kak ida smpaikan salam buat mak abah.

Idalara said...

salam jumana..maaf kak ida masih tak sempat link kan jumana..internet selalu buat hal lately ni..insyaallah ak ida akan ingat pesan jumana..yup..mereka pasti hepi kalau kak ida hepi..

Idalara said...

Salam org ganu..
tkpe kak ida fhm..skrg kak ida pun jrg jnguk blog..bz sgt dengan keja2 dan persiapan buat biskut tempahan..pena, letih semua bercampur baur..
mak dan abah adalah segalanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...