Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, December 27, 2009

2009 Dalam Memori....

Hanya tinggal 5 hari saja lagi kita akan meninggalkan 2009..rasanya terlalu cepat setahun berlalu..dan rasanya 2009 terlalu banyak peristiwa pahit manis berlaku dalam hidupku..ada yang boleh aku kongsikan bersama.....namun ada juga yang terlalu peribadi yang akan menjadi rahsia dalam hidupku hingga nafasku yang terakhir.

Antara peristiwa yang tak mungkin aku lupakan... pada tarikh 12 Oktober iaitu 6 hari sebelum tarikh ulang tahun kelahiranku, aku dikejutkan dengan berita 'pemergian' bekas suamiku setelah terlantar sakit selama hampir 2 minggu..di awal2 permergiannya aku rasa seakan bermimpi...benarkah dia telah tiada? benarkah anak2 telah menjadi anak2 yatim..dan aku tiada lagi tempat mengadu perihal anak2...benar..kini aku jalani hidup sedirian membesar dan menjaga anak2 menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat... Muga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..muga dia di tempatkan dikalangan org2 yang beriman..

Begitulah yang Allah kehendaki..setiap kejadian pasti ada hikmah yang ditetapkan untuk kita hambanya..setelah permergian arwah....semua urusan pencen arwah aku serahkan kepada isteri arwah yang ada sekarang....kerana menurut beberapa org teman, pencen tersebut akan jatuh kepihak isteri yang ada sekarang..biarlah..mungkin tiada rezeki anak2 kataku..Alhamdulillah selama ini pun anak2 masih dapat ku beri makan dan ku beri pelajaran dengan pendapatanku yang tak seberapa ini.

Jangkaan ku meleset sama sekali..aku dimaklumkan oleh isteri arwah, pencen tersebut adalah milik anak2ku, kerana arwah bersara dalam perkhidmatan semasa bersama aku dan anak2..bagaimana bahagian anak dari isteri kedua arwah? aku meminta kepastian daripada bahagian pencen ATM......menurut pegawai yang bertugas....semua wang pencen arwah adalah hak anak2 lelakiku..aku sebagai penjaga hanya berhak sehingga anak2 mencapai usia 18 tahun...apabila anak2 berusia 18 tahun semua wang pencen abah mereka adalah hak mereka sepenuhnya..inilah rupanya hikmah yang menanti aku dan anak2..

Namun sebagai manusia dan atas rasa perikemanusiaan..... aku akan membahagikan satu bahagian wang persaraan tersebut untuk anak dari isteri ke dua..kerana anak kecil itu adalah darah daging anak2ku..tak salah rasanya aku bahagikan sebahagian untuknya...

Semua urusan berkaitan wang persaraan arwah telah aku uruskan..hanya menunggu masa wang tersebut dimasukkan ke akaunku..alhamdulillah kurang sedikit masalah kewangan yang sering membelengguku..akan ku gunakan sebaik mungkin untuk keperluan pelajaran anak2...insyaallah.

Hanya satu saja lagi urusan yang belum aku selesaikan...soal rumah peninggalan arwah..rumah tersebut adalah hasil harta sepencarian aku dengan arwah..rumah tersebut terletak di Taman Kota Cheras, Selangor..besar kemungkinanan rumah itu adalah menjadi milikku dan anak2, kerana itu adalah harta sepencarian...segala urusan rumah tersebut mesti aku uruskan di Pejabat Tanah yang terletak di Bangi..insyaallah akan ku uruskan secepat mungkin.

Ada beberapa org teman menyarankan supaya aku menetap semula di rumah tersebut...rasanya aku tak mampu untuk tinggal di situ lagi..terlalu banyak kenangan bersama arwah di rumah itu, rumah yang pernah menjadi kebanggaanku...rumah yang pernah aku lebelkan sebagai "rumahku syurgaku"satu masa dulu.....biarlah semua kenangan pahit dan manis berkubur di sana..sekarang rumah itu masih disewakan..beberapa org kenalan mahu membeli rumah tersebut..namun rasanya aku takkan menjual rumah peninggalan arwah..hanya itu satu2nya harta peninggalan arwah untuk anak2ku dan kenangan bersama arwah.

Kini 2009 akan ku tinggalkan...2009 tetap dalam memori..muga 2010 menjanjikan kebahagiaan buatku dan anak2...Insyaallah.


PS 2009 aku mengenali dia...sempat berkongsi suka duka, berkongsi cerita dan rahsia..sempat merasa sedikit bahagia...2009 juga memisahkan aku dan dia...

24 comments:

Tirana said...

Dalam pahit ada manisnya..semoga ida terus tabah dalam menjalani kehidupan...

ber_uwang said...

segala nya ada hikmah kan...

Ibu n Abah said...

ida,
alhamdulillah... semuga rezeki yang dikurniakan Allah itu sedikit sebanyak dapat membantu ida membesarkan kedua-dua anak ida. Dan atas sikap ida yang bertimbangrasa berkongsi wang pencen dgn anak isteri kedua arwah bekas suami, semuga Allah memberikan rezki yang lebih banyak lagi buat ida. Amin.

Amieynna Amin said...

sedih baca entry ni..
kak ida ni tabah..
walaupun arwah bukan suami akak..
akak masih baik dengan arwah..
tabah ye kak..
setiap kejadian tu ade hikmah nye kan??

maiyah said...

kak mmg insan yg mulia.. hati kak sgt baik

al fatihah buat arwah bekas suami moga rohnya dicucuri rahmat

MaizaC'Joe said...

Salam my lovely sis ida..

tahun 2009 banyak memori yang dah di tempuhi.ada pahit dan manis. InsyaAllah pastinya ada nikmat di hadapan yang sedia menanti.. mudah-mudahan kita semua di beri kekuatan untuk lalui jalan yg telah di aturkan... amen..

Pn Kartini said...

To my lovely Sis Idalara..:)
SemogA 2010 kan menjanjikan SinaR KebahaGiAannya dAN dimuRahkan Rezeki utk Sis ....

blueCITY said...

salam idalara,

tersentuh lagi dgn n3 ni
naper la saya jenis mudah tersentuh
hukhukhuk...

percaya dgn janji tuhan
yg baik akan dibalas baik
suatu yg berlaku ada hikmahnya
semoga terus tabah dan bahagia akan jadi milikmu jua
pasti....

take care

jumana said...

moga thn 2010 ni akn lebih baik dr thn2 sebelumnya :)

menjadi tabah bkn sesenang tuk eja nya

dunia2..hehe

jumana said...

moga thn 2010 ni akn lebih baik dr thn2 sebelumnya :)

menjadi tabah bkn sesenang tuk eja nya

dunia2..hehe

zedmagel said...

Salam Ida,

Bergitu cepatnya tahun berlalu, usia yang semakin meningkat, penuhkan kehidupan dengan amalan dan ibadah. Salam Maal Hijrah dari saya, jika mungkin belum terlewat....

abu muaz said...

tahniah atas kejayaan menghadapi segala kepayahan selama ini.tak salah kita berbakti pada orang lain kerana allah pasti memberikan ganjaran yang tak terfikir dik akal kita.

Idalara said...

salam Tirana..insyaallah..muga tahun hijrah ini ada hikmah lagi yg menanti.

Idalara said...

betul ber-uwang..mata kasar tk pernah ternampak..

Idalara said...

salam ibu dan abah..
insyaallah sy akan cuba buat yg terbaik untuk anak2 arwaj bekas suami sy..

Idalara said...

salam myna..
la Tahzan..jangan bersedih..itu lah yg terbaik kak ida mampu lakukan..

Idalara said...

salam maiyah...
kak ida hnya insan biasa...terimaksih mai doa itu..

Idalara said...

salam maiza..
insyaallah..semua kata2 maiza itu akan jadi doa buat kita...

Idalara said...

salam tinie..
terimaksih kunjung kak ida..insyaallah..mudah2an kartini juga begitu..

Idalara said...

salam biru..
ida tahu biru menng berhati halus..mudah tersentuh dan rasai apa yg ida rasa..
muda2an biru juga akan temui bahagia di tahun 2010 ini..

Idalara said...

salam jumana..
terimakasih dik..muga 2010 akan beri kejayaan buat jumana.

Idalara said...

salam zedmagel.
terkesima sy bila lihat zed telah kembali ke sini..alhamdulillah zed telah selamat menjalani ibadah Haji..terimaksih masih ingatkan sy sahabat zed ini..selamat tahun baru Mal Hijrah buat zed juga.

Idalara said...

salam sdra abu muaz..
terimakasih..insyaalah rezeki yg ada akn di rasai bersama..

ai@reel said...

semua kejaidian sudah ditentukan yg masa ESA cuma kita senagai hambanya harus redha dan menginsafi....setiap kejadin pasti ada hikmahnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...