Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, December 31, 2009

Jamu Rakan2 Ofis....penutup 2009.

rendang pedas cili padi

Petang semalam balik dari ofis aku terus ke mini market sebelah ofis...tergerak hati nak masak sesuatu untuk kawan2 kat ofis, lama dah rasanya tk masak rendang ayam ...apa ye..alhamdulillah semua bahan yg aku perlukan ada di mini market tersebut..kiranya inilah masakan penutup tahun 2009 untuk mereka...lepas maghrib aku mula sediakan bahan2 untuk masakan ini...Rendang Ayam Cili Padi.

Bahan2

1. Seekor ayam - potong kecil dan dibersihkan
2. Santan secukupnya
3. Kerisik 4 sudu
4. Gula pasir - 3 sudu
5. Garam secukup rasa.
6. Serai 3 batang - dititik
7. Sehelai daun kunyit dimayang halus.
8. Minyak masak secukupnya
9. 1/2 in lengkuas di ketuk kasar

Bahan A

1 mangkuk kecil cili padi(50sen)
4 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1/2 in halia
1/4 in lengkuas
1/4 in kunyit hidup

(kisar semua bahan A)

Cara2

Tumis bahan kisar..masuk serai dan lengkuas yg di ketuk - biar sebentar
masukkan ayam dan gaul hingga mesra..tunggu hingga air ayam keluar dn agak kering.
masuk santan...garam.
kacau hingga agak pekat kemudian masuk kerisik, gula dan daun kunyit.

siap sedia untuk di hidang bersama nasi himpit, nasi atau roti..

Selamat mencuba!!

Semua kwn2 memuji sedap rendang cili padi aku ni...mudah2an ikhlas pujian mereka tu...tp mng aku tenguk habis licin tinggal mangkuk je..hehehe...

Aku ni bila dah mula rajin masak..puaslah kwn2 kat ofis merasa sama apa yg aku masak, seperti puding berkuah, lontong dll ..tp bila tiba mood malas tu...masak kat kedai je lah jwbnya...

Buat semua sahabat2 di maya ini..."Selamat menyambut tahun baru 2010..mudah2an tahun baru ini menjadikan kita insan yg lebih bertakwa dan berjaya di dunia dan akhirat"


ps..."maafkan aku..tak mampu membuang ingatan ini padamu...muga2 kau akan temui kebahagiaan di tahun baru ini"

24 comments:

GhOsToNe said...

behs nyew!!!

nnti masak tok sy jgk!

Ibu n Abah said...

Ida,
hukhukhukhukk..(tangisan tak dapat makan rendang ayam ida...)
Habis, kawan kat opis jer dapat rasa rendang?...

Amieynna Amin said...

kak ida..
saya sangat minat rendang cili api ni..
klu kat tempat saya panggil rendang tok..
sedap nye..
terliur gitu tgk gambar tersebut..
thanks for the resipi..
saya nak cube gak..

azman shah said...

i mmg suka rendang

maiyah said...

aduss.. rendang is my peberet.. slmt thn baru.. moga hari mndtg akn lebih ceria ;)

MaizaC'Joe said...

salam my lovely sis Ida...

ha.. sedapnya.. maiza dh copy recipe tue.. hee.. nak try lah... pedas2 my favaurite la... sedapnya...

selamat tahun baru akak...
semoga sentiasa sihat n ceria ja..

abu muaz said...

Salam dan selamat tahun baru. Moga puan tabah dan sentiasa ceria .

Pn Kartini said...

Salam Sis..)
Semoga tahun 2010 mendatangi akak dengan kebahagiannya...
Semoga sentiasa dirahmatiNya..:)

ai@reel said...

selamat menyabut tahun baru 2010 kak.moga impian dan azam akan tercapai

shaniza said...

Salam..
Nampak sedap rendang tu..
Lepas ni buat la rumah terbuka dan panggil la kami para blogger rasa masakan kak ida yg sedap tu..

Selamat tahun baru dan semoga dimurahkan Allah rezeki dan dipertemukan jodoh yg baik buat kak ida...

Dj Epoi said...

Selamat Tahun Baru Kak...

Bukan tak ingat kat Akak..
Selalu mari ziarah jer tanpa meninggalkan komen
Masa untuk menjelajah terlalu limited ar skank nih....
Follower ponk dah melambak..aduyaiii!!!

Mudah2 an tahun 2010 memberikan kita kebaikkan untuk keluarga kita Kak yer!

Salam Sayang ...
Salam windu...buat anak2 akak

ramlah said...

++INI SEBUAH MESEJ KEMASYARAKATAN++


Salam sejahtera.

Saya telah mendapat email daripada seorang kawan tentang sebuah blog baru yang bertujuan menjatuhkan maruah wanita-wanita tempatan kita yang mungkin adalah isteri, ibu, kakak dan adik kepada seseorang atau mungkin anda sendiri.


http://wanitamelayuseksi.blogspot.com


Konsepnya sama dengan blog 'pemuas nafsu' (my-steam.blogspot.com) yang kini sudah dipadamkan.Nampaknya, blog baru ini meletakkan semula gambar-gambar wanita Melayu dalam blog 'mys-steam' yang sengaja dipergunakan untuk tujuan keseronokan 'fetish' pelawat lelaki.

Blog ini sengaja mahu menghidupkan semula blog (my-steam.blogspot.com) tersebut. Mungkin oleh individu keji yang sama ataupun oleh peminat blog lama tersebut.

Dan kali ini, pemilik blog tersebut tampil lebih angkuh dan berlagak dengan memperli individu yang cuba menasihat. Pemberi-pemberi komen pula semakin berahi, ganas dan berbahasa lucah.

Di sini, kita menyeru dan menggalakkan mana-mana individu atau pihak yang berkebolehan dalam teknologi maklumat atau yang mempunyai pengaruh undang-undang supaya melakukan sebarang usaha agar blog (http://wanitamelayuseksi.blogspot.com) ini disekat, ditampan dan akhirnya dipadam.


-Rohani,Kepong, 2009-



**Sebar-sebarkan mesej ini kepada rakan-rakan anda supaya blog keji tersebut dapat diambil tindakan.

Idalara said...

ghostone..
tggu raya nnti akak msaka k..:)

Idalara said...

alahai akak...nnti ida jemput akak sekeluarga dtg umah ida ye..bangi dgn salak tinggi 20 minit je dah sampai...

Idalara said...

dik myna..
nnti cuba buat resepi ni..bila siap poskan kat kak ida sikit..nk bagi markah..

Idalara said...

azman shah..
amik resepi tu suh mak masak..tak pun simpan nnti suh wf masak..

Idalara said...

maiyah...
mng sedap rendang ni lebih2 lagi kak ida yg masak..heheheh

Idalara said...

salam sdr abu muaz..insyaallah mudah2an sdr sekeluarga juga diberkati di tahun 2010 dan tahun2 seterusnya,

Idalara said...

salam maiza
mng nk suh maiza copy pun...tp jgn copy je tp tk buat...
selamat tahun baru juga buat maiza mudah2an hidup diberkati dan dirahmati..

Idalara said...

salam tini..
thanks..mudah2an tinie pun begitu..

Idalara said...

salam aireel...insyaallah..buat aireel juga..

Idalara said...

salam shaniza..
insyaallah..tp ntah bila nk ajak..sudi ke kwn2 dtg rumah kak ida ni...

Idalara said...

salam djepoi..
its ok..akak faham..akka pun kdg2 jrg dpt singgha tempat djepoi..bila pc meragam lagilah teruk..
Alhamdulillah mudah2an bis djepoi makin maju..insyallah mudah2an kita semua berjaya..

salam rindu dn sayang dari akak untuk djepoi dn family juga..

Idalara said...

salam sdri ramlah..
terimaksih berkongsi maklumat ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...