Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, December 03, 2009

Daging Masak Asam Pedas Dan Kursus Kat PD....

Subuh2 tadi aku sempat masak asam daging (daging korban dari kampung)..biasalah aku ni..bila dah lepas geram kat seseorg aku akan ambil hati mereka semula...seronok tguk diaorg makan..hingga menjilat jari.....

biasa tak korang makan daging masak asam pedas ni?..masakan ni famous kat Melaka je..daging campur tulang dan lemak2 yang di panggil daging tetel memang sedap di masak asam pedas, ianya berbeza dari masak asam ikan.....kat bawah ni aku bagi resepi untuk korang cuba try test, ...kalau sedap bgtahu aku ye..

Daging+tetel+tulang (tulang seeloknya direbus dahulu)
daging dipotong sedang2 dan dibasuh bersih..

Bahan A(kisar semua bahan A)
cili kering yang dikisar - 1 mangkuk kecil
halia 1/2 inci
kunyit hidup 1/4 inci
bawang besar 2 labu
bawang putih 10 ulas
belacan - jika suka

Bahan B
rempah kari 3 sudu besar
kerisik 2 sudu besar
3 batang serai - dititik kasar
1/2 inci lengkuas - di ketuk
daun limau purut

Bahan Tumis
Halia 1/2 in, bawang putih 3 ulas - dihiris
kulit kayu manis 2btg
bunga cengkih 2 kuntum

Air asam jawa
garam

Cara2
Tumis bahan tumis
masuk bahan A..kacau hingga betul2 masak
masuk kan bahan B
masukkan daging dan garam
tambah sedikit air dan biarkan hingga daging empuk..
bila dah pasti daging sudah empuk
perahkan asam jawa secukupnya..
tambah bahan perisa jika suka..

siap untuk dihidang dengan nasi atau roti...selamat mencuba.

Ni beg apa ni?..sebenarnya sambil2 update blog aku sedang mengemas pakaian untuk kursus di PD pagi2 esuk.....masa balik dr opis tadi..buka blog..aduh..terharu melihat smbutan terhadap entri semalam " Sebab aku janda"..masa nak post entri tu semalam, aku ragu2 gak..manalah tahu mungkin isu "janda" ni agak sensitif pada seseorg...aku minta maaf kerana gunakan bahasa yang agak kasar..apa2pun aku ucapkan jutaan terimakasih kepada semua yg menyebelahi aku..

Pagi2 esuk aku akan bertolak ke PD..menghadiri kursus 2 hari anjuran MKM di Hotel Seri Malaysia..oleh kerana kursus hanya 2 hari, jadual teramatlah padatnya..jangan berangan nak dok santai2 tepi laut tenguk laut..(bukan tenguk anaklaut ye).

Sabtu petang aku akan balik semula ke BBST..mungkin malam baru sampai ke rumah..kalau aku tak letih aku update blog, kalau tak aku akan zzzzz..

Pagi2 ahad aku akan menaiki komuter ke Seremban untuk mengambil hero2 yang ku titipkan di rumah adik di Pilah..rindu sangat kat dua hero tu...dan rasa tak sampai hati nak tinggalkan lama2 dengan pak sedara mereka....kawan2 mereka kat sini pun hari2 mencari hero2 dua org tu..bila merekla pulang kehidupanku akan kembali normal...

p/s. kwn2 mendoakan aku bertemu jodoh semasa kursus di PD nnti...ye lah kan..manalah tahu..aku akan bertemu 'seseorg' di sana nnti...:))

22 comments:

GhOsToNe said...

daging msk asm pedas...

besh2!!!!


huhuh...

maiyah said...

slmt brkursus kak

wachak said...

Semoga selamat didalam perjalanan pergi
dan balik.

blueCITY said...

salam ,

heeeeeee
best best
10 hari kat kpg pun
hari2 makan daging kurban
nak masak asam pedas gak le
heeeeeeeee
tq resepi yup

ada kurusu erk
enjoy yup
take care

MaizaC'Joe said...

salam my lovely Sis ida..

hee.. sedapnya asam pedas melaka.. i like... kuahnya yg memekat, masam2, pedas2.. adoi.. tak tahan.. terliur dah nie.. maiza try jg masak asam pedas melaka.. tp, tak sama mcm org melaka masak lbh ori.. hee..

abu muaz said...

Semoga bertemu jodoh . Amin

bUdAk kEnTaNg said...

salam kak ida..
hehe..nmpk berselera daging tu..tp tak penah plak daging dibuat asam pedas..nnt soh bonda saye coba try test masak..hehehee..

aminn..hope akak jumpa jodoh di sane yer..saye menunggu berita baek di sini..hehee :))

abu muaz said...

Salam. Selamat berkursus.

azman shah said...

sedapnya yumi2

Naz said...

selamat berkursus kak Ida... sedap lauk tu.. hehehe

Precious said...

Tiba2 trasa lapar pula ...

Idalara said...

hai Ghostone..
selamat dtg ke idalara..owg melaka ke sbb suka masak asam?

Maiyah..sori..baru ni dpt jwb..dah selamat pun..

Idalara said...

wachak..
dah selamat pergi dn kembali..coklat utk wachak tu ida beli kat PD tau..:)

Idalara said...

biru..cubalah masak asam daging dari melaka ni..mst berbaloi-baloi..

Idalara said...

maiza kena belajar dgn kak ida tu baru boleh jadi mcm rasa masakan org melaka...

Idalara said...

salam sdr Abu Muaz...
Hehehe..tak sempat nk cari jodoh pun..

Idalara said...

salam hysman
senyum lebar kak ida bc ayat2 yg terakhir tu..mng bahagia gembira g kursus tu tp tk dpt lah jodoh kat sana...

masak asam daging tu bukan org johor pun tahu ke?..cubalah suruh bonda hysman buat..

Idalara said...

azman shah
mng sedappun..ada kelainan dr masak asam biasa..

Idalara said...

naz..kak ida dah selamat kemabli pun..dua hari rasa tk cukup je..
masak asam tu mng sedap pun klaau tahu cara masaknya..

Idalara said...

precious
biasalah bila tguk lauk pauk..mst tetiba je rasa lapar..

ai@reel said...

bilalah boleh rasa daging masak ayam pedas ini

Idalara said...

kalau aireel nak rasa boleh je kak ida masakkan..pastu aireel dtg amik kat rumah kak ida...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...