Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, December 26, 2009

Bila Idalara Buat Bilik....

Pandangan sisi...sudut tepi bilik dijadikan ruangan belajar anak2.
Sejak menetap di sini pertengahan tahun 2005, aku tidak membuat bilik di tempat tinggalku ini.......hanya petisyen di bahagian belakang (dapur), masa tu anak2 masih kecil dan aku rasa tak perlu buat bilik. Sekarang ni bila anak2 makin membesar aku rasa bilik menjadi satu keperluan dan kewajipan.

Dua hari yang lepas aku mula mengupah orang membuat bilik, mak aiii...mahalnya..... harga sebuah bilik saja sudah mencecah RM1,200.00.....hanya menggunakan plywood biasa2 saja..aku masih ingat pada tahun 2005 aku pernah bercadang buat bilik..harga pada waktu itu baru RM500...betapa jauh bezanya harga sekarang dengan 5 tahun yang lepas.

Mahu tak mahu aku terpaksa bersetuju juga dengan harga begitu. Hari ini siaplah bilik tersebut. Wah...cantiknya kediamanku bila dah berbilik begini, takdelah rasa rendah hati bila nak pelawa teman2 datang ke rumah. Tapi yang nak jadi ceritanya..ada pulak yang bertanya...

"Idalara ni buat bilik sebab nak nikah ke?"

Hahaha..soalan bonus tu...rasanya kalau aku nak nikah aku tak buat kat sini...aku dah kenakan syarat pada sesiapa yg berhasrat mahu menikahi aku.... mesti sediakan sebuah rumah yang betul2 di namakan rumah, yang ada bilik yang cantik dan lengkap, yang ada halaman sebab aku suka menanam bunga, yang ada dapur sebab aku suka memasak..........(amboi..demandnya...) atau paling tidak pun aku buat di rumah peninggalan arwah bekas suamiku di Cheras...teringat pulak kata2 mak masa aku dok sembang2 haritu..

Aku :"Mak takyahlah pegi rumah org kenduri tu, kirimkan duit je dah lah......mak bukan ada lagi anak yang nak kawin"

Mak: "Eh..ada sorg lagi.. kalau buat yg last ni besar2an mak buat...pasang 5 khemah....... sebab yang last ni janda..."

Hahahahaha......terkena sebiji kat batang hidung aku, aku terlupa memang ada sorg lagi anak mak yang masih "single".......aku lah tu...........aku tahu mak hnya gurau2..yang aku tahu mak tk berapa galakkan aku nikah lagi......sebab mak tak mahu pisang berbuah dua kali.
......cukuplah apa yang aku dan anak2 rasa suatu masa dulu...tapi andai ada jodoh aku...aku mau pn mak tk menolak..Jodoh pertemuan di tangan Allah..

Aku: "Ala...Dah kalau kawin nanti tkde nak buat besar2nya..alih2 bawak balik suami je..boleh ke macam tu mak?hua,hua,hua...."

Mak hanya senyum bila aku cakap mcmtu...mak tahu aku tkkan buat macamtu...aku kan anak mak yang taat... :) dan anak mak takkan nikah tanpa restu mak abah (walaupun aku berhak buat begitu) ...ishh...macam la pulak nak menikah..

Citer pasal bilik, dah melalut2 pulak aku sampai bab nikah kawin..rasanya dalam waktu yang terdekat ni soal nikah kawin ini tiada dalam kamus hidup aku, bukan tk mahu pikir tapi malas nak pikir......apa yang penting tanggungjawabku.....membesar dan memberi anak2 pelajaran yang sempurna untuk dunia dan akhirat......insyaallah.


PS...masih menanti sinar bahagia yang ntah bila akan kunjung tiba...

13 comments:

Ibu n Abah said...

Ida,
untuk berangan sebentar, tak salah... tapi kaki masih dibumi nyata....
Semuga ida ditemukan jodoh dengan orang yang beriman dan bertanggungjawap. Amin.

annie said...

Salam perkenalan, betul, buang je perkara2 yg menyemakkan, concentrate kat family, lagi rilex kan. Jemput dtg 'rumah'

shaniza said...

Salam..
Bila ada bilik, boleh 'sorok' benda yg menyemakkan pemandangan...
mcm rumah saya la.. kat luar nampak kemas tapi dlm bilik mcm tongkang pecah (terutama bilik anak lelaki)

SYAbAR said...

tanggungjawab utk anak2 itu mmg tak kita abaikan ida, tp kalau jodoh tu dah datang... baik adanya berpasangan dan tentu punya bilik yg menarik....

Idalara said...

salam akak
mudah2an kata2 akak menjaadi doa buat ida..thanks..

Idalara said...

salam perkenalan annie dan terimakasih singgah..
kata2 yg sgt bermakna buat ida..insyaallah ida pasti kunjung rumah annie.

Idalara said...

salam di shaniza..
tulah tujuan sebenarnya..tp kak ida tak suka terlalu semak dlm bilik..tk bernafas pulak nnti..

bilik budak2 laki2 mng mcmtu..sabar je lah..

Idalara said...

salam syabar
tnggungjwb yg mst ida jlnkan..jodoh pertemuan Dia yg tentukan..ida terima seadanya..

maiyah said...

kat umah sy pun baru reno bilik tapi pakai dinding board.. alah yg kat opis2 tu.. bleh tanggal balik

Precious said...

Wahhh ... dah ada tempat belajar, anak2 kenalah double usaha belajar tu. No excuse lagi. Semoga sumernya pandai2 ..

Idalara said...

tkpe maiyah..janji ada bilik..kka ida rimas tkde bilik ni..kak ida tk boleh nk buat bnyk bilik sbb ni hnya sementara je..opis punya..rugi je bila kak ida pindah nnti.

Idalara said...

precious..
tmpt belajar ada dh dulu tp anak2 ni yg kurang rajin..insyaallah..

zedmagel said...

Salam Ida,

Cantik bilik? Seperti sudah bersedia untuk menerima teman baru pada tahun baru ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...