Bengang!!...aku jarang2 mengamuk, aku sgt jarang naik hangin.....aku selalu cool je, selalu ceria..gelak tawa bila kat opis, aku yang menceriakan suasana..tapi kali ni aku betul2 bengang..tahap maksimum tapi masih sedar diri bila aku banyak berastagafar...
Bawah rumah@tempat tinggal aku ada sebuah kedai serbanika dimiliki seorg lelaki yang agak warak (pengikut tabliq)..berjubah berjanggut...beliau menyewa dengan company tempat aku bekerja, keraplah berurusan dgn aku bila nak bayar sewa atau nak komplen apa2 pasal premis yg dia sewa.
Sejak pak janggut(gelaran budak2 ofis yg tk berapa syg mulut) menyewa premis di bawah rumah aku tu..agak kerap juga budak2 opis ni mengkenenkan aku dgn pak janggut tu..konon nnti jadi isteri ke 3 lah..aku masih anggap hanya gurauan...aku masih boleh senyum dan gelak2 bila diaorg dok usik2 aku..untuk makluman..pak janggut tu dah beristeri dua..isteri pertama menjaga sebuah saloon kecantikan di BBST, manakala isteri ke dua seorg warga Indonesia menjaga kedai di bawah rumah aku ni..
Hari ni pak janggut tu buat kenduri aqiqah anak barunya dgn isteri baru..maka didirikan khemah yg agak meriah kat hadapan premis kami..pagi2 bila budak2 opis datang hebohlah diaorg mengusik aku buat kenduri nak nikah..aku layan je budak2 yg tk cukup akal tu..aku kata a'ah..aku nk wat kenduri nak nikah tp calon tkde lagi..kau org carikanlah calon yg ala2 kaya sikit..ala2 datok ke..
Oklah..habis citer kat opis..bila aku call Agrobank..nak tnya pasal transfer duit..tetiba je budak bank heboh kata aku nak nikah dgn pak janggut...senyap2 je tk bgtahu..aku tahu diaorg gurau2 sbb diaorg tahu pak janggut tu wat kenduri aqiqah anaknya..tapi guaruan kali ni aku rasa dah melampau batas...dah mencabar kesabaran aku..sape yg bawak mulut?..adalah sorg dua budak opis yg pegi bank tadi..yag gatal mulut.
Apalagi naik hangin satu badan aku..takad citer2, gurau2 dlm opis aku boleh tahan, aku boleh terima..tapi bila dah melangkau kawasan opis aku jadi bengang..apa pulak kata isteri2 beliau kalau tetiba terdengar gurau2an mereka, mau pulak diaorg kata aku janda yg tak tahu malu, aku janda gatal.......aku bukanlah desperate sangat sampai nak jadi isteri ke 3 pak janggut tu..
Melenting lah aku kat budak bank (dah jadi bapak pun) bila dia gelak2 dok usik2 aku..jadi isteri ke 3 pak janggut tu..aku kata:
"Nape? janda macam aku mesti jadi isteri ke 3 atau ke 4 ke? janda macam aku msti dipadankan dengan orang macam pak janggut tu ke...janda mcm aku ni kemarok sangat nak bersuami sampai tak kira dia tu suami orang ke..."Aku betul2 lepas geram...terkedu juga budak bank tu..mentang2 aku dah terlalu biasa dengannya maka sewenang2nya perasaanku diperkotak katikan....sewenang2nya bergurau pada perkara2 macam tu..sebelum ni pun dia kerap usik aku bila aku buat silap..katanya..kalau aku kawin mst aku tk buat silap lagi..tk pelah gurau2 mcmtu..aku boleh terima..
Sebelum letak gagang telefon..aku sempat mengenakan budak bank tu...
"Kalau aku jadi isteri ke dua kau aku nak lah...,sebab kau hensem..pak janggut tu tak hensem, selekeh..bau kurang menyenangkan..kau smart..bersih..sentiasa wangi...kau nak?"
Aku tak tahulah macam mana rupa budak bank tu...besar gelak dia nak cover malu kot..tak terkata dia...aku rasa gurauan aku tk terlalu over..biar dia sedar sikit..walaupun aku begini aku memilih juga..bukan main sapu je...suami org? seboleh2nya aku elakkan..
Tu lah org kata kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa..aku tak mahulah mcmtu tp bila dah terlalu over aku nak juga protect diri aku..rasa puas juga aku dapat luahkan pada budak bank tu di phone..budak2 opis yg dengar perbualan aku yg hangat tu ..terdiam..terkedu.., baguslah..lepasni tk beranilah diaorg nak main2kan aku lagi...tk beranilah diaorg nak bergurau tnpa memikir apa yang aku rasa.
p/s sesekali bila naik hangin mcmtu...baru mereka tau langit tinggi rendah..dan baru mereka tahu siapa aku..