
Bermacam-macam kejadian yag berlaku sejak kebelakangan ini betul-betul menguji ketabahan dan kesabaran aku..hal anak-anak, hal dia dan hal di kampung..namun semua itu tambah mendewasakan aku dan buat aku lebih kuat melalui hidup yang sepi ini...hal aku dan dia...aku pasrah...mungkin ada hikmah di sebalik yg berlaku, aku sudah letih untuk merayu dan menjelaskan segalanya......mungkin aku bukan untuk dia dan dia memang bukan Allah jadikan untuk aku...aku redha walaupun hatiku terlalu kecewa dan sedih...kerana dia tidak mempercayai apa yg aku katakan..hanya itu yg aku kesalkan.
Hari ini...belum pun 3 hari bercuti seperti yang aku war2kan..aku sudahpun pulang semula ke daerahku..tempat aku mencari rezeki dan tempat yg penuh kenangan pahit dan manis..anak-anak ku tinggalkan di kampung kerana aku tak larat mengawal mereka sepanjang cuti sekolah ini, ...aku terlalu sedih meninggalkan mereka..sepanjang perjalanan pulang airmataku tak berhenti mengalir..namun aku kena kuat..biar pun abdullah zaki merayu supaya tidak meninggalkan dia di kampung...tak lama...tetapi terlalu lama bagiku berpisah dgn anak2....hujung minggu ini aku akan kembali semula kerana majlis pernikahan adik bungsuku pada 6 dan 7 Jun ini...tunggu kepulangan ibu..
Untuk teman-teman semua aku akan kembali seperti dulu...meskipun hati masih pilu dan sedih namun aku cuba lupakan segalanya. Insyaallah aku akan mula menulis seperti dulu...mudah2an masih ada ruang untuk aku kecapi bahagia di dunia yang fana ini dan menebus kesilapan masa lalu.....dengan sokongan teman2 pasti hidupku akan lebih berwarna warni.
"p/s...mengapa terlalu singkat perhubungan ini..baru pun semalam melakar rindu, mengapa mendung melanda sukma"