Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, March 03, 2009

1001 lelaki

'Kecantikan Lelaki'

Bagaimana yang dikatakan lelaki itu 'Cantik'? kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi murninya rohani. Lelaki yang cantik adalah:

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk sesuatu ingatan.

2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3. Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun yang berbisa.

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun menghadapi konflik yang tidak berkesudahan.

5. Lelaki yang baik sangka dan sentiasa memikir untuk kebaikan diri dan orang di sekelilingnya.

6. Lelaki yang tidak pernah putus asa, jauh sekali mengeluh dan merungut.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad S.A.W dan ia adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


"lelaki dan wanita sebenarnya saling perlu memerlukan antara satu sama lain"

16 comments:

hysMan.. said...

salam kak ida,
1001 lelaki??
mcmane plak dgn 1001 wanita??
heheee..

kan bagus kalu dpt jadi lelaki yg dinyatakan tu kak..
hahaa..
setiap aspek perlu diberi perhatian..
tapi kak,kalu dulu boleh ler kak sekarang ni susah ar...

1. kalu laki menangis dikata pulak hati tisu @ gembeng..(bahasa jawe)hehe..
2. kalu mudah trima teguran dikata plak ko ni sembrono sangat ar bro..huhu..
3. kalu senang memberi madu dikata plak berlembut sangat,tlg balas balik ape yg da dilakukan olehnya..ahakk..
4. kalu tenang selalu dikata cool sangat,muka tak bersalah je..org sakit ati plak daa..
5. kalu selalu baik sangka dikata baik sangat..
6. kalu tak pernah putus asa dikata leceh ar ko..

hahaa..mcm2 dunia ni kak..
sebenarnya ape yg kita buat suma tak betul di mata org lain walupun benda tu betul..baik kita mengingatkan diri kita sendiri dan abaikan ape org nak fikir@cakap..yg penting kita berpandukan pada al-quran dan sunnah...huhu..

sekian tazkirah utk malam ni...
wakakaka...
:p

Mr. Azman @ Kreuger said...

erm.. akak sekarang ni makin
berbunge bunge la bahase.
kekadang bleh pitam gak wo..
ahaha..

ape yang dah lepas tuh lepas ar
jangan dok kekang akak.

aku tengah tention skang ni.
sebab ape? aku pon tak taw....

Idalara said...

hahah...hysman...kata nak tahu tntg lelaki so ni lah yg akak bg..
tp sbnrnya pucuk pangkal pada diri kita..

man..bergunge2 ke bahase...semenjak dua menjak la ni...hehehe..jatuh cinta tp separuh jalan kot..hahaha
..nape kau tensen..sbb nk kwen?..sbr..insyaalah segalanya berjalan dgn lancar..cewah...senang je ckp kan..tak kena batang hdung sbdiri..akak faham man...bnyk2 berdoa supaya kurangkan tensen tu...sbnrnya akak pun tgh tensen ni...keje bertimbun2 maa...pening..migrain pun datang balik..

Naz said...

Di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita menyokong di belakangnya. Begitu juga sebaliknya. Lelaki dan wanita ibarat aur dng tebing.

Idalara said...

betul Naz...kita sebenarnya sgt perlu memerlukan..tiada lelaki tiada wanita..begitu sebaliknya..
dan kitalah sebenarnya yang mewarnakan corak kehidupan kita..

Dj Epoi said...

Amboih.......amboih.....Naz....

Lu punya ayat ponk berbunga2 macam Kak Ida...
Hehehehe

Terima kasih.....Akan Gua cuba ikuti Tips2 yang diberikan...

Tq Ariossssssssssss

Naz said...

>Idalara
Saya sangat2 bersetuju dng apa yg kak ida tulis dlm ayat terakhir n3. jika kita jaga dan pupuk perhubungan antara lelaki dan wanita ianya akan menghasilkan keseimbangan dlm kehidupan. Bukan sahaja hubungan suami isteri, malah dlm persahabatan, perniagaan, dan pelbagai lagi.

>Dj Epoi
Aku tulis balik jer ungkapan tu. Aku baca dr tenet.. hehehee...

penjenayah.merah.jambu. said...

kagum sgt dgn laki..
mcmne dorg bleyh jadik tenang wlu dalam mcmne teruk pun situasi tu..
mcm ne dorang bleyh tahan diri dari menangis mcm perempuan..
mmg situlah kecantikan lelaki kan?
hikhik..
lelaki dan perempuan mmg sling memerlukan..
kalau tak,tak sempurnalah hidup ni :)

Kamsiah said...

bg saya la ida....bila kita menyintai seseorang lelaki tu sepenuh hati
dia adalah yg 'tercantik' dimata saya....

hysMan.. said...

wowww...
saya sokong ape kak kamsiah habak....
"bila kita menyintai seseorang perempuan tu sepenuh hati
dia adalah yg 'tercantik' dimata saya...."..
marveles..

dr saya yg tak sempuna,

Idalara said...

Djepoi..mana yg baik ambil buat panduan yg kurang baik dan sesuai campak jauh2 dr pandangan..c naz tu dah terkena badi kak idalara..tu pasal bahase pun berbunge2.

Idalara said...

Naz...siapalah wanita tnpa lelaki dan begitulah sebaliknya..
Nabi Muhammad S.A.W sendiri ada Syaidatina Khadijah yang sentiasa menyokong Baginda.

Idalara said...

Secret...mng lelaki sgt tenang dan mengkagumkan..itu sebab lelaki dinobatkan sebagai ketua...
Tapi kak ida skrg dah terbiasa hidup tnpa lelaki kecuali hero 2 org tu..tapi tetap memerlukan lelaki kan..itulah kuasa lelaki..

Idalara said...

Kamsiah...bila wanita mula menyintai dia akan terus menyintai..dan lelaki itulah yg segala2nya bg kita..

Hysman..rite..akak suka pndangan Hysman...kecantikan bukan terletak pada paras rupa..tp hati yg suci murni..

hysMan.. said...
This comment has been removed by the author.
hysMan.. said...

absolutely kak..
kdg2 selalu terpikiak kat kepale ni ade ke org nak aku ni..
hehee..
tapi saya percaya jodoh pertemuan ditangan Allah swt..
malas nak pikir masa ni lagipun saya muda lagi..
now,aset lagi penting oraitt.......
wakakaka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...