Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, March 08, 2009

Ayam Masak Kicap Special

Tiap hari celik mata mst pikir nak bg anak2 makan apa hari ni..bukan pikir untuk diri sendiri..check dalam peti ais..ada ayam..so yg terlintas di fikiran masak kicap..tp masak kicap yg ini lain sikit dari biasa...ini juga favourite anak dan aku sendiri..mudah dan cepat disediakan.
Bahan2nya:
1. 1/2 ekor ayam di potong kecil - dibersihkan
2. Bawang besar 2 biji
3. Bawang putih 5 ulas
4. Halia 1/2 inci.
5. Serai 1 batang
6. Air asam jawa
7. Buah tomato 2 biji
8. Kicap manis
9. Cili masak yang dipa dikisar 4 sudu makan.

Cara2nya:
Lumurkan ayam dgn sedikit garam dan kunyit dan goreng separuh masak
tumbuk atau blend bawang2,halia dan serai.
panaskan minyak masak dan tumis bahan yg telah ditumbuk tadi.
biar agak garing kemudian masukkan cili kisar..kacau hingga cili betul2 masak.
masukkan air asam jawa secukupnya dan kicap. masukkan ayam.biar sebati
dan mesra alam..kemudian masuk buah tomato yang di belah 6..kacau sekejab
supaya tomato tak hancur.
Siap untuk dihidang..sesuai untuk dihidang pada tetamu juga.
Selamat mencuba.

7 comments:

Dj Epoi said...

Sedap Kak.....!!!

Orang rumah saya... masak tak letakkkan TOMATO....rasanya belah2 Kampung Gua pon camtuh gak.....

Nak try tengok lah...nanti.....
Selamat berhujung minggu.....bersama ngn Anak2

penjenayah.merah.jambu. said...

sukanya ayam msak kicap!!!
indu nk blek umah mkn air tgn ibu...
:(
slmt berhujung minggu tao kak!

Idalara said...

Epoi..mng sedap..tak caye try test cuba..masak kicap tu jd pekat sbb ada bahan2 yg kita blend tadi.tak pedas sesuai utk anak2,.tomato menambahkan lagi sedap..

Secret..masa akak masak kicap ayam ni akak teringat kat secret..sbb secret kata suka ayam masak kicap..bila secret kata begitu akak pun rasa rindu kat masakan mak kat kmpung..mak masak mng sedap..tiada tandingannya.selamat berhari minggu untuk secret juga..

Mr. Azman @ Kreuger said...

aduih, best betoi la kalau sekarang
ni ade orang tolong masak. haha
tadek la aku tiap-tiap hari nak
pegi ke kedai kalau lapor.

lagi best kalau dapat mak yang
masak... kene plak gulai tempoyak
ikan patin.. wargh... terasa macam
nak balik kampung.. ekeke~

Idalara said...

man..akak mng saje je letak resepi kat sini bila hujung minggu..sbb hjung mggu je akak masak betul2..
masak tempoyak..adoi..buat kecor air liur je kau ni man..masa tguk makan2 ni semua ingat kat mak..tkde lak yag ingat kat wf ye..hehe
takpe man...tak lama lagi ada org masakkan, basuhkan baju..dodoikan man..hahaha..

@_da said...

Amboii nampak sedap.. sib baik dah makan.. kalau tak melelh air liur ni.. hehehhe

Idalara said...

takpe eida...esuk kan cuti..bolehlah try resepi yg mudah dan sedap ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...