Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, March 04, 2009

Erti Cinta...Erti Perkahwinan

Suatu hari, Zarif bertanya pada gurunya,
"Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukan cinta?"

Gurunya menjawab,
"Ada ladang gandum yang luas di depan sana..berjalanlah kamu dan tanpa boleh berundur kembali,kemudian ambillah satu saja ranting, jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan,ertinya kamu telah menemukan cinta".

Zarif pun berjalan dan tidak beberapa lama,dia kembali dengan tangan kosong,tanpa membawa apa2pun.

Gurunya bertanya:
"Mengapa kamu tidak membawa satu pun ranting?"

Zarif menjawab"
"Aku hanya boleh membawa satu saja.dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali. sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah akan ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tidak ku ambil ranting tersebut. Saat aku meneruskan perjalanan lebih jauh lagi baru ku sedari bahawasanya ranting2 yang kutemukan kemudian tidak sebagus ranting tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya".

Gurunya kemudian menjawab:
"Jadi ya..itulah cinta".

Cinta itu semakin dicari, maka semakin tidak ditemukan.
Cinta adanya di dalam lubuk hati,
ketika dapat menahan keinginan dan harapan yang lebih.
Ketika pengharapan dan keinginan yang berlebih akan cinta
maka yang dia dapat adalah kehampaan..
tiada sesuatupun yang dia dapat,dan tidak dapat dimundurkan kembali.
Waktu dam masa tidak dapat diputar mundur.
Terimalah cinta apa adanya.


Di hari yang lain pula Zarif bertanya lagi pada gurunya:
"Apa itu perkahwinan? bagaimana saya mampu menemukannya?"

Gurunya pun menjawab:
"Ada hutan yang subur di depan sana, berjalanlah tanpa boleh mundur kembali(menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan".

Zarif pun berjalan, tidak seberapa lama,dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar atau subur dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa2 saja.

Gurunya bertanya:
"Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Zarif pun menjawab:
"Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong..jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini dan aku rasa tidaklah buruk amat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan menbawanya ke sini. Aku tidak mahu menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya."

Gurunya kemudian menjawab:
"Dan ia, itulah perkahwinan."

Perkahwinan adalah lanjutam dari cinta..adalah proses mendapatkan kesempatan, ketika kamu mencari yang terbaik di antara pilihan yang terbaik di antara pilihan yang ada, maka akan mengurangi kesempatan untuk mendapatkannya.
Ketika kesempurnaan ingin kamu dapatkan, maka sia-sialah waktu dalam mendapatkan perkahwinan itu..kerana sebenarnya kesempurnaan itu mengecewakan.


"Cinta dan Perkahwinan umpama aur dan tebing,tiada satu darinya maka hancurlah kedua2nya"

7 comments:

♡ Eibu June's ♡ said...

salam idalara...
ibu junes dah lama link ida..
kalo ida pergi dekat 'flowed blog' klik kat huruf 'I'...
adakan nama idalara disitu...
just klik jerk...

hysMan.. said...

Salam kak Ida,
saya masih blurr2 lagi n3 ni tak bape nak paham 100%..
(lembab skit..)
berkias2 sgt ler kak..
hehee...takpe cuba try test lg k..

btw,manusia selalu cuba utk mencari yg sempurna???tapi kesempurnaan itu sentiasa mengecewakan..hmm..

p/s: yg kacak nak carik yg cantik,
yang cun nak carik yg macho..
tapi yg tak cantik dan yg hodoh sape yg nak???takpelah saye je la yg amek..
hehee..sedar diri kak..
hodoh biar dgn hodoh,takleh risau sangat di hari mendatang..
hahaa..

echah_syed said...

indahnyer waktu bercinta..dunia kita yg punye! :)

slm kenal ida.thnx singgah persis pearl.

Zamz said...

complicated je bunyinya

Eiba said...

Kakkk...saya masih mencari cinta...hehehehehheehehehe...??????? saya x tahu kenapa...tapi itu lah hakikat nya...

Tapi saya masih setia pada my TB..jgn salah faham laks k..hik..hik..hik..

kakyong said...

Hi ida. Cinta dan perkaahwinan tidak dapat dipisahkan. Kerana cintalah yang akan mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan. Namun seringkali juga kita lupa cinta kadangkala cepat pudar jika tidak dibaja dan dijaga selayaknya.

Idalara said...

ibu...maafkan ida mgkin ida tk perasan kot.

mng pun hysman...agak mendalam maksud yang tersirat..kna fahami betul2..rite semua org nak yg sempurna tp kita sndiri yk sempurna mcmne nk dapat yng sempurna..hanya Allah saje yg sempurna.

salam kenal echah...singah enyinggah nak tmbah lbh ramai kwn kat dunia blog ni..ye ssat bercinta mng indah tp sgt skit bla kecewa.


zamz...yelah agak complicated...dan agak mendalam maksdudnya..

betul ke eiba masih mencari cinta?..akak dah jemu nk cari cinta pada manusia..nak cari cinta dan keredaan Allah saja.

Kakyong...kalau cinta dibiar tanpa dijaga maka akan pudarlah mengikut putaran alam...sentiasa mengucap kata cinta pada pasangan dan rasa cinta pada anak2 akan bertambahlah keindahan cinta dan bertambah kukuhlah cinta itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...