Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, March 28, 2009

6 Perkara Yang Disukai Lelaki

(gambar sekadar hiasan)
Kita kaum wanita asyik memperkatakan apa yang kita sukakan dan hendakkan dari seorg teman lelaki atau suami..bagaimana pula kesukaan dan kemahuan lelaki dari seorg isteri atau teman wanita mereka....mudah2an tips2 yang idalara beri ini dapat memperbaiki diri kamu wahai wanita yang mahu memikat hati teman lelaki ataupun suami kamu semestinya:
1. Sikap keibuan:
Kekalkan sifat keibuan yang anda miliki, ingat..itu antara salah satu sifat yang buat suami anda jatuh cinta ketika awal pertemuan. Wajah lembut itu mampu membuatkan jiwa lelaki tenang walaupun hakikatnya anda berdua sudah berusia.
2. Keanak-anakan:
Jangan anggap usia sebagai penghalang untuk anda sesekali berperangai seperti kebudak-budakan..asalkan wajar dan tidak melampau..wanita yang ceria buat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian:
Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat untuk berbincang masaalah dan sebagainya..misalnya jika suami atau teman lelaki anda melakukan kesilapan, elakkan mengeluarkan kata-kata kesat dan tuduhan.
4. Menghargai:
Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga...
5. Menjaga Penampilan:
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya...dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dgn dirinya dan cara tak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya.
6. Pandai Berbicara:
Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual, biarpun topik yg dibualkan bukan kegemaran anda, tetapi anda memberi respons dan menjadi pendengar yang baik serta bijak mengalih topik yg agak serius kpd perbualan kepada perbualan yang lebih menarik...lelaki juga suka dgn wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
7 Cara untuk kekalkan cinta di hati suami.
1. Hindarkan perasaan rendah diri:
Perkara paling utama dalam mengekalkan rasa cinta dikalngan anda ialah dgn mengelakkan perasaan rendah diri drp bermukim di hati...biarpun telah mempunyai anak yg ramai dan bentuk tubuh yang tidak seramping dulu, yakinlah pada diri sendiri.
2. Jangan merendahkan pasangan:
Biar setinggi manapun pangkat dan kedudukan anda , suami perlu dihormati..jika sebelum berkahwin anda dapat menerima dirinya mengapa tidak selepas itu.
3. Hormati perasaannya:
Seorg isteri wajib untuk menghormati dan memuliakan suami sebagai ketua keluarga..justeru, anda tidak boleh memperlekehkan diri dan pendapat nya..panggilkah suami dgn cara yang sopan..elakkan perbuatan menceritakan keburukan suami kepada org lain hatta kepada keluarga sendiri.
4. Jujur dan berpegang pada janji:
Kejujuran merupakan elemen terpenting dlm membina perkahwinan bahagia...bersikap jujurlah dalam segala hal kerana dgn cara itu dia akan lebih menghormati anda berbanding dia mengetahui tntg anda drp org lain.
Jangan terlalu mempersoalkan tindakannya kerana ini akan membuat suami merasa rimas dengan sikap curiga yg anda tunjukkan.
5. Komunikasi:
Komunikasi juga mernjadi kunci utama utk mendapatkan hubungan yang harmoni antara suami isteri..percayalah tiada masaalah yg tidak dapat diselesaikan oleh pasangan yg berkomunikasi dgn jelas.
6. Sentiasa di sisinya:
Telah menjadi tugas isteri untuk berada di sisi suaminya dalam apa keadaan, susah atau senang. Meskipin ada kalanya suami menghadapi masalah rumit dan sukar diselesaikan, tapi dengarkanlah luahan hatinya. Cara itu sedikit sebanyak dapat mengubati kesedihannya.
7. Lakukan perkara yang disukainya:
Cuba imbas kembali, berapa kali anda melakukan perkara yg disukai suami? Ingatkan juga berapa banyak perkara yg menyakitkan hati yg telah anda lakukan kepadanya...sedarlah setiap kali anda mengguris hatinya maka sebahagian cinta anda untuk pasangan telah mati..mungkin perasaan yang sama turut dikongsi olehnya.
"Berusahalah untuk menjaga perasaan pasangan anda agar cinta anda tetap kekal di hati dia..dan cinta dia kekal di hati anda."

13 comments:

Zamz said...

gud info hehe..

Idalara said...

yup zamz...bg2lah wf tu baca..

hazlin said...

Terima kasih Ida.

Mr. Azman @ Kreuger said...

yesser... salote... salute..
bagusnye kalau si dia bace entri
akak kali ni.. hahaha

bahagianye hidup. tapi insyaallah
ciri-ciri yang akak tulis tuh
dah memang ade pada die. walaupon
tak semua... atleast ade la jugak
daripada tadek langsung, hehehe~

thanks akak~

Kamezaim said...

betul tu..hehe

penjenayah.merah.jambu. said...

hihi..
nasihat bergune ni..
kdg sye ni asek ikut pale sendiri..yelah,dia tak ckp papepun..tapi bile korek2..ha..baru tau..komunikasi kene betulkan?lau tak ase nk gadoooo aje..hahahaha..nice tip kak!

hysMan.. said...

wahhhh....
tips2 tu baguih utk org pompuan ni bace..
hehee...
:p

Chekgu BaniHassim said...

saya suke org pompuan yg independent...
yg mngade2 pon xsyok jugak...terlalu lembut...huhu

Idalara said...

rite chekgu..mengada2 iad pun meluat...manje tapi tahu batasannya..

Idalara said...

amboi hysman...suke lah tu...saje je akak buat ni bg ingat sikit kt owg pompuan...persediaan utk menawan hati org yg dicinta..

Idalara said...

sama2 kasih hazlin..praktikan buat suami tercinta k...

man...mng entry ni khas untuk ko...sbb kau kan sedang menuju ke puncak bahagia...hehehe..suruh2lah sidia baca..

kame...apa yg betul...ada tak ciri2 tu pad si dia?

secret..yup komunikasi mng penting sesangat..taklah marah dalam diam...berapi dalam senyap...sbb masing2 diam mcm batu..biar sakit tp kena diluahkan...utk kebahagiaan bersama..

amirul said...

Salam Kak Ida,
Tidak ada seorang pun yg dilahirkan sempurna sifatnya... cuma kita sebagai manusia harus pandai mengenali diri sendiri dgn baik... mana yg baik perlu ditingkatkan... mana yg buruk perlu dihapuskan... tidak kiralah org pompuan ataupun lelaki... bagi saya... kedua2nya memainkan peranan penting dlm membina rumahtangga yg bahagia...

Apepun terima kasih kerana berkongsi... teruskan tip2 yg berguna utk tatapan ramai... :)

anaklaut said...

salam singgah..


maklumat yang sangat berguna ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...