Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, February 04, 2009

Merubah Persepsi Negatif 'Janda' Dalam Masyarakat


Masyarakat sering pandang serong trhadap seorg wanita yg bergelar ibu tunggal. Mereka sering dianggap suka memikat anak teruna atau suami org. Secara tidak langsung mereka sering menjadi sasaran cemuhan,umpatan dan acapkali menjadi prhatian kebanyakkannya dari sudut negatif..sebenarnya kesemua itu berpunca dr sikap wanita yg bergelar ibu tunggal itu sendiri..jika mereka pandai menjaga tingkah laku dan tahu membawa diri semua tuduhan yang tidak berasas tidak akan dilemparkan kepada mereka.
Golongan ibu tunggal berusaha membesarkan anak2 tanpa sokongan seorg lelaki bernama suami..hanya mereka yang berada dalam situasi tersebut yang dapat memahami perjuangan hidup serta pergolakan hubungan dalam kehidupan bergelar ibu tunggal ini.
Untuk mengurangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap status janda atau ibu tunggal ini antara panduan yang boleh dijadikan iktibar termsuklah:

1. Jaga penampilan diri dan meningkatkan keyakinan - penampilan diri haruslah dijaga sebaik mungkin,bukan sekadar luaran semata tetapi merangkumi tata susila dan sopan santun sebagai wanita dan ibu.

2. Elak diri dari jadi orang ke tiga - usah libatkan diri dgn masalah percintaan dgn suami org..berusaha elakkan diri dari terlibat.

3. Tumpuan terhadap anak-anak - andalah tunggak kekuatan perkembangan minda anak2,mereka menhgarapkan anda utk nasihat dan bimbingan.

4. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan - adalah lebih baik melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang sihat dan berfaedah, seperti persatuan ibu tunggal yang banyak membantu anda mengatasai berbagai masalah.

5. Meningkatkan ilmu pengetahuan - inilah masa terbaik menambahkan ilmu pengetahuan dlm berbagai bidang.

6. Mengawal emosi - kegagalan menangani emosi boleh menyebabkan tekanan perasaan, luahkan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai spt sahabat karib,anggota keluarga yg terdekat atau badan2 kaunseling yang boleh membantu anda,

7. Merancang hala tuju di masa hadapan - perceraian bukan pengakhir kehidupan sebaliknya satu perjalanan yang harus diteruskan. persediaan mental dan fizikal penting bagi anda terus merancang masa hadapan. Dapatkan nasihat dari Jab Agama Islam atau peguam tentang hak dan tuntutan nafkah..semuanya utk kebajikan dan kebahagiaan terbaik utk anak dimasa hadapan.

8. Menyayangi diri dan anak-anak - Bangunlah kekuatan diri untuk teruskan kehidupan..walaupun orglain tidak menghargai anda tapi anda mesti menghargai diri sendiri..yakinlah dengan kemampuan dan kekuatan yang anda miliki.

9. Jaminan dari segi ekonomi - kukuhkan ekonomi dgn mendapatkan satu pekerjaan yang tetap atau berniaga..berbelanjalah ikut kemampuan.

10. Mendekati Tuhan - Jika sblm ini anda alpa dan leka terhadap tuntutan dan tanggungjawab sebagai muslimah,inilah masanya anda bermunajat dan muhasabah diri..bnykkan bersabar,hiasilah hari2 anda dgn membaca Al Quran dan berzikir dan berdoalah sentiasa memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah yang Maha Penyayang.



"Hanya kita yang dapat mencorak kehidupan kita sendiri"

7 comments:

Kamezaim said...

ahem..ahem.. kamezaim rasa kamezaim tahu knp si idalara ni menulis entry bertajuk ini? hehehe anda semua nak tahu?? nanti kamezaim nyatakan dalam entry kamezaim yg terbaru.. hahaha

Idalara said...

amboi kamezaim...apa tu...idalara pun nak tahu gak..tak sabar2 ni..hehehe..

Kamezaim said...

ooo..idalara cabar ye..xpe..xpe.. tungguuu....

Unknown said...

erm.. akak harap le bersabar.
memang mencabar jadi ibu tunggal ni.
semoga akak dan keluarga ceria dan
gembira selalu.

salam mesra dari aku.
AzmanIshak

@e_da said...

semoga akak tabah mengharungi semua ini... anak-anak sebagai kekuatan...

intan shaheera@ieyra said...

uncle kamezaim tu asyik nak buat entry aje.....
bosan tol.....

Idalara said...

Time kasih Azman, ei_da...insyaallah muga akak tetap tabah membesarkan anak2.sokongan dan dorongan teman2 juga sgt bermakna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...