Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, February 24, 2009

Cinta...Cinta...Cinta..


Cinta yang hakiki...

Menurut Imam Ghazali, daging, urat dan kulit akan reput dan hancur bersama luruhnya cinta yang bersandar.
Jika cinta sekadar dapat dicapai dengan pancaindera yang lima iaitu..sentuh,bau,lihat,dengar dan rasa.. maka itu belum cinta yang hakiki.
Hanya cinta yang dapat dirasai dengan deria ke enam iaitu hati maka nbarulah ia cinta yang hakiki.
Cinta itulah yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati..ia muncul dari dalam ke luar..bukan dari luar ke dalam. ia bukan dari mata turun ke hati..sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain2 anggota..itulah cinta yang benar,suci lagi murni.
Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia sesuai dengan martabatnya sebagai makhlok paling sempurna.
Cinta bukan diukur menurut pandangan mata kepala tetapi mengikut pandangan matahati.
Cinta itu datang daripada Allah dan diberi sebagai bekal untuk mendapat kecintaan Allah.
Ukuran Benci dan Cinta sejati..

Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.
Bencilah engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika nnti.
Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak aberkurang kerana kesalahan.


Pencinta Allah..

Rahsia yang ada dalam hati pencinta Allah mereka tenang dalam derita,rasa mulia ketika dihina,rasa lapang ketika kesempitan.

Ketika diberi kesenangan mereka bersyukur,ketika ditimpa musibah mereka bersabar.
Dalam apa jua keadaan mereka beruntung dan bahagia.
Sabda Rasulullah : "Ajaib bagi orang Mukmin kerana bila senanag dia bersyukur lalu diberi pahala..bila susah dia bersabar lalu diberi pahala. Dalam kedua2 keadaan dia mendapat untung.


Perjuangan cinta ada caranya...

Fahamilah bahasa org tua dalam marahnya..
Selamilah rasa orang tua dalam rajuknya.
Jika cintamu terhalang oleh mereka,
ketahuilah di sebalik halangan itu adalah cinta jua.
Jangan mengalah kalau cintamu benar,
tetapi perjuangkanlah cinta itu sengan cara yang benar pula.
Tetapi jika sudah terasa cintamu salah,mengalahlah.
Bahkan mengalah pada kebenaran itulah
kemenangan yang sebenar.
Jangan sampai cintamu memisahkan mu
kerana cinta yang sebenar akan sentiasa dipertemukan...



"Apabila nikmat cinta semakin kurang dan hilang lalu tempatnya digantikan oleh kesakitan dan derita"

9 comments:

Unknown said...

hehehe... rase macam ditujukan
kat aku laa plak entri kali ni.
huhuhuh... ape ape pon, aku akan
mengambilnye untuk koleksi peribadi.

thanks akak~

Idalara said...

same2 man...mng lah...owg tgh di lamun cinta ni apa2 je berkaitan cinta rasa mcm kena kat hidung sndiri je kan...apa2 yg baik tu amik2 lah buat teladan..yg kurang baik tu letak2 kat sempadan..

hysman said...

cinta hakiki adalah cinta pada yg Maha Esa...
cinta sesama insan adalah ujian buat kita untuk kita bersama2 membimbing jalan pada cinta yg SATU..

cewahhh...huahahaha...

Idalara said...

btul tu..tak dinafikan hysman..
itulah cinta yang kita cari2..dan kita manusia yang paling bertua jika dicintai Allah dan Rasulnya..

azza_irah said...

hehe..aza pun nak amik entry ni nak jdkan koleksi..leh buat rujukan bila diperlukan...kan ke cinta tu hadir selagi ada hayat,,,,hehee

Rashid said...

'cinta yang sebenar akan sentiasa dipertemukan...'

Menarik sungguh..

Eiba said...

Cinta sebenar akan bertemu akhirnya??? Memang bertemu tapi untuk memiliki nya..bukan satu perkara yang mudah. Kesimpulan nya..jangan jumpa dengan org yg pernah kita cinta...nanti sakitkan hati dan diri sendiri...

Uhukss..uhuks..Kak ida...lagi sakit hatiiii nieee...aadddooiiii...

Anonymous said...

cinta..oh..cinta..
boleh gila bayang gitu..entry sini jatuh cinta..masuk umah sdr luka sebab cinta..eheks..eiba..ko terasa ke??

Danni Nahason said...

Wuuaahhh...
Gambarnya baguz. Suatu saat bisa gak yah saya seperti itu dengan kekasihQ.
Cinta memang memiliki beribu makna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...