Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, February 06, 2009

Bila Cinta Hadir


Tuhan
Saat aku mencintai seorang insan
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersamaMu yang tak pernah berakhir

Tuhan
Ketika aku memerlukan seorang kekasih
Rindukanlah aku kepada rindu dan cinta sejatiMU
Agar kerinduanku kepadaMu semakin menjadi

Tuhan
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU
Agar bertambah kuat cintaku padaMU

Tuhan
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku padaMU

Tuhan
Ketika aku berucap aku cinta padamu
Biarkanlah kataku kepada yang hatinya
Tertaut kepadaMU
Agar aku tidak jatuh dalam cinta
Yang bukan keranaMU


Sebagaimana orang bijak berkata
Mencintai seseorang bukanlah ada-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai seseorang yang kamu cinta
Sangatlah bererti.



"Jangan butakan matahati kerana cinta"


****Puisi di atas khas ditujukan untuk seorg teman istimewa,muga dia berjaya menemui cinta sejatinya****

6 comments:

Kamezaim said...

Oh Tuhan.. kau tempatkanlah aku di sisi MU seandainya ku dijemput untuk menghadapmu..

Idalara said...

Insyaallah...idalara doakan begitu buat kamezaim.

Kamezaim said...

sibuk je si idalara tu...

intan shaheera@ieyra said...

siapa yang teristimewa tu ek?????maaf menyibuk sikit..hehehe

Eiba said...

U know wat akak, i will alwiz in love. Alwiz and forever...Kak..teng kiu arrr ayat2 tuuu memang mengasyikkan..

Idalara said...

ada yg teristimewa tp hnya auntie je tahu ieyra..mgkin dia pun tak tahu dia istimewa bg auntie.

eiba..thats rite...alwiz in love make we feel happy..ayat2 yg mengasyikkan hadir when we in love..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...