Thursday, February 11, 2010
Pengalamanku....
Selalunya bila kita bertemu teman2 lama pasti soalan yg akan ditanya: "Anak kamu berapa?"..tak pernah pulak org bertanya....isteri kamu berapa?harta kamu banyak mana?..rumah kamu berapa buah?..dan soalan yg sama sering ditujukan pada aku..bila aku jawab 3 orang, pasti mereka berkata..oooo..tak ramai ye..
Sebenarnya ramai yang tak tahu....aku pernah mengandung sebanyak 7 kali sepanjang usia perkongsian hidupku dengan arwah suamiku dulu...setiap kali mengandung dan melahirkan ada saja pengalaman pahit manis yang aku rasai..semua kenangan itu akan ku ingat sampai akhir hayatku.
Setelah hampir setahun berkahwin, aku disahkan mengandung, masa tu Allah saja yg tahu betapa gembiranya aku ..lebih2 lagi arwah suamiku..semasa diawal mengandung aku mengikut arwah ke Pulau Pinang kerana menyertai perlawanan sepak takraw antara Angkatan Tentera..sekembalinya aku dari Pulau Pinang aku keguguran..waktu itu kandunganku baru berusia 2 bulan lebih..pengalaman keguguran amat menyakitkan..lebih sakit dari melahirkan...pastinya aku sangat sedih.
Setahun selepas itu aku disah mengandung lagi..kali ini aku lebih berhati-hati takut kejadian pertama berulang kembali..namun diawal mengandung aku kerap bleeding..hinggalah doktor mengesahkan kandunganku itu menyongsang....Suatu petang aku mengalami pendarahan yg agak luar biasa.
Dengan bantuan jiran aku dikejarkan ke hospital Besar Kuala Lumpur..setelah urusan pendaftaran selesai arwah suamiku pulang ke rumah tanpa menduga aku terpaksa melahirkan anakku malam itu juga...dan malam itu dengan kebenaranku sendiri aku di bedah tanpa suamiku di sisi..akhirnya bayi perempuan seberat 1.5 kg selamat dikeluarkan dari rahimku...itulah anak perempuanku Hafatin Syafiqah.
Setelah bayi perempuanku berusia 8 bulan tanpa aku duga aku mengandung lagi..aku redha saja dengan pemberian Allah dan pasrah padaNya walaupun aku dimarahi oleh jururawat yang memeriksaku..kerana terlalu awal mengandung semula sedangkan aku baru dibedah...sejak kandunganku berusia 4 bulan aku kerap sakit2..hinggalah kandunganku berusia 6 bulan, setiap malam aku menangis kesakitan, aku rasa seperti bahagian atas perutku ditoreh dengan pisau.. sakitnya hanya Allah yang tahu..walaupun kandunganku baru 6 bulan namun perutku sangat besar..dipendekkan cerita akhirnya kandunganku terpaksa dikeluarkan secara paksaan juga tanpa suamiku di sisi...bayi lelaki seberat 1.3 kg disahkan meninggal sejurus selepas dilahirkan.
Selepas itu dua kali lagi aku mengalami keguguran sewaktu usia kandungan berusia 2 hingga 3 bulan.. setelah keguguran aku mengandung semula dan akhirnya setelah menunggu selama 7 tahun barulah aku selamat melahirkan Aiman Zarif secara normal di Hospital Besar Melaka...waktu itu baru aku tahu bagaimana sakitnya melahirkan cara normal tanpa sebarang jahitan.
Setelah Aiman Zarif berusia 1 tahun lebih, sekali lagi aku aku disahkan mengandung..pada mulanya aku tidak berapa gembira dengan berita itu, memandangkan Aiman masih kecil..namun akhirnya aku redha dan menerima pemberian Allah...sepanjang mengandung aku dengan arwah suamiku menaiki motosikal ke tempat kerja di Kuala Lumpur...sewaktu dalam perjalanan pulang kami terlibat dengan kemalangan jalanraya..kandunganku berusia hampir 9 bulan ketika itu...keadaan jalan yg licin akibat hujan menyebabkan arwah suamiku terlanggar pembahagi jalan...aku tercampak dari motosikal..menyebabkan bahagian pipi kiriku terhempas di atas jalanraya yang berpasir dan aku pengsan, Alhamdulillah kandunganku selamat...dengan pertolongan orgramai kami dikejarkan ke hospital HUKM..hampir sehari semalam aku pengsan manakala arwah suamiku mengalami luka dibahagian bibir sahaja...aku rasa seluruh penduduk taman perumahanku bekejaran datang ke HUKM bila mendapat berita kemalangan yang menimpa kami.
Amat mengerikan pada sesiapa saja yang melihat keadaanku pada waktu itu, sesiapa saja yg melawatku pasti akan menangis....dengan kandunganku yang sudah cukup bulan dan bahagian pipiku yang luka akibat tersembam di atas jalan..ramai yang melihat keadaanku pada waktu itu tidak dapat mengenaliku...dan mereka menyangkakan wajahku akan cacat selamanya..emak...hampir pengsan bila diberitahu kemalangan yg menimpaku..akhirnya setelah dua hari aku sedar dari pengsan, sekali lagi aku di bedah untuk melahirkan bayiku..seorang bayi lelaki seberat 1.8 kg dilahirkan..putihmelepak bak kapas hinggakan ada diantara rakan2 yang mengusikku jururawat tertukarkan anak..itulah Abdullah Zaki..
Alhamdulillah pipi kiriku pulih seperti sediakala cuma kesan terhempas di pipi kiriku akan terasa sakit hingga hari ini bila aku dalam keadaan tertekan atau kepanasan...itulah pengalamanku mengandung dan melahirkan anak2ku sepanjang hampir 20 tahun bergelar seorg isteri..suka duka semuanya tetap tersemadi hingga akhir hayatku.
ps..Bila pertama kali menjadi seorg ibu, barulah kita tahu betapa sukarnya seorg ibu melahirkan dan membesarkan kita...waktu itu kita lebih menghargai ibu kita...dan rasanya tidak tergamak mahu melukai hatinya.
Saturday, July 18, 2009
Aku Dilamar!!!
Aku dilamar?....pasti sahabatku M tergelak besar bila membaca entri ini nanti..kerana dia yang lebih tahu kisah ini...dan pasti teman-teman yang kerap singgah di sini ingin mengetahui benarkah aku dilamar!
Segalanya bermula setelah lebih 2 tahun aku mendapat gelaran ibu tunggal...masih terlalu baru untuk memikirkan soal jodoh atau mencari pengganti ayah kepada anak-anakku. Dalam hati tak terfikir langsung untuk mencari jodoh namun andai jodohku sampai cepat aku hanya berserah pada takdir disamping aku berdoa untuk dapat yang terbaik buatku dan anak-anak..andai sebaliknya aku lebih rela sendirian membesarkan anak-anak hingga ke hujung nyawa.
Aku kerap singgah membeli kueh mueh di pusat Penjaja di taman tempat tinggalku ini, salah seorang pejual di situ adalah orang kampung merangkap saudara bau-bau durian dengan ibuku. Satu petang, bersama M aku ke gerai orang kampung ku itu yang ku panggil Sal..
"Kak!..la..lamanya akak tak singgah sini..nak g jumpa akak, Ha ni sibuk manjang je..elok lah akak dah datang ni..jap eh kak! Ha ada hal penting nak cakap kat akak ni"
Tak sempat aku menjawab, Sal sudah meneruskan tugasnya..dia sibuk melayan beberapa orang pelanggan yang meminta itu ini.
"Apa hal ni Sal? tak sabar akak nak tahu ni.."
Aku bertanya cemas..dalam hati mula berfikir yang bukan-bukan..anak buat hal lagi ke?..anak2 ponteng sekolah ke..anak2 masuk cc ke? ah..macam-macam persoalan bermain dibenakku.
Persoalan yang berlegar-legar dimindaku terjawab juga akhirnya. Daripada Sal aku di beritahu ada seseorang ingin berkenalan denganku dan jika boleh ingin menjadikan aku suri hidupnya.
Wah! gerangan siapakah itu..
"Nama dia Hj ........,dia org melaka jugalah kak...mak dgn abah akak mesti kenal..saudara kita juga.. umur dia 48, Ha panggil dia abg aji je kak..baik orangnya, pegawai TNB kat kawasan kita ni..anak dia 4 orang, yang besar dah masuk u....yang kecil sekali umur 5 tahun. Isteri dia meninggal masa lahirkan anak yang bungsu tu... Banyak harta tu kak..rumah je ada 3 buah, kat Seremban 2 kat sini ada satu....keta pun ada 3"
Panjang lebar dan beriya-iya Sal bercerita tentang abg aji tersebut.
Mana kau tahu dia tu baik..jangan nilai seseorang dengan gelaran Haji atau brkopiah tu dah kira baik..banyak harta? anak-anak dia ramai..silap-silap kalau jodoh aku tak panjang, sehelai sepinggang aku keluar dari rumah dia...aku bercakap dalam hati..tak terkeluar pula nak bercakap di hadapan Sal.
'Selalunya petang-petang mcmni dia datang kedai Ha kak..tak nampak pulak dia petang ni..dia nak sangat jumpa akak.."
"Eh..tk mau lah akak..malu lah Sal..
Aku berkata malu-malu tapi mahu..hahahaa.
"Nantilah Sal...buat apa tergesa-gesa, kalau setakad nak kenal-kenal apa salahnya..tkpelah..esuk lusa masih ada."
Petang itu aku meninggalkan gerai Sal dengan hati yang penuh tandatanya, bagaimanalah rupanya abg aji tu? bagaimana perangainya..kawanku M yang sedari tadi mengikuti perbualan aku dan Sal mulalah mengusikku..,
"Tak lama lagi makan nasi minyak le aku..tapi tak bestlah ..aku dah takde kawan lagi.."
"Ish! kau ni..aku belum jumpa pun,belum kenal pun..tak kuasa aku..malas aku nak pikir pasal kawin ni.."
Sehari selepas pertemuan aku dengan Sal, aku menerima panggilan telefon dari lelaki yang di panggil abg aji itu..dia mahu bertemu aku petang itu juga..nampak macam memaksa pulak lelaki ni. Ni yang aku tak berapa gemar ni. Oleh kerana tidak mahu menghampakan lelaki tersebut aku bersetuju menerima perlawaan beliau, tapi akau tidak pergi sendirian..aku ditemani sahabat baik ku M. Pastinya pertemuan kami dirahisakan dikalangan teman-teman pejabat..kalau tidak..jenuh aku nak menepis semua soalan dari mereka. Petang itu selepas waktu pejabat, dia mengambilku di hadapan pejabatku..kami dibawa ke sebuah restoran makanan segera di sekitar BBST.
Lelaki ini agak sederhana perawakannya, memang sangat peramah hinggakan aku dan M rasa rimas kerana dia bercakap terlalu kuat hinggakan orang-orang di restoran itu asik menoleh ke arah kami bila dia bersuara. Satu lagi perangai yang aku kurang gemar...dan aku sedar dari awal dia seorang yang agak berkira tentang makan..aku dan M hanya berkongsi makan satu hidangan!!. ( kau jgn gelak M)
Sejak hari itu abg aji kerap menelefonku, tiap hujung minggu dia akan menghantar dua orang anak-anaknya ke rumahku, katanya untuk membiasakan anak-anaknya denganku..yang aku hairan dia tak pandai langsung mengambil hati dan mendekati anak-anakku. Salah seorang anak beliau adalah anak downsindrom, perempuan sudah berusia 20 tahun, bila ke rumahku dia pasti tak mahu balik..begitu juga anaknya yang bungsu..mungkin kerana layanan aku seorang ibu menambat hati mereka.
Tak sampai sebulan perkenalan kami dia berkunjung ke rumah ibubapaku untuk berkenal-kenal dan merisik. Wah..cepat sangat bagiku..aku belum bersedia untuk menjadi seorang isteri dalam masa terdekat itu. Aku meminta tempuh setahun lagi untuk mengenali hati budinya dan menyesuaikan diri dengan suasana baru itu. Tapi lelaki itu kalau boleh mahu secepat mungkin, dia seakan mendesak supaya aku menerima.
Banyak yang harus aku fikirkan..perasaan anak-anak dan penerimaan mereka terhadap lelaki itu.. aku lihat anak-anak seperti tidak dapat menerima lelaki itu dan anak-anaknya. Aku pernah bertanya pendapat anak-anak tentang lelaki itu, terang-terangan anak-anak tidak suka lelaki itu menjadi ayah baru mereka.
Setelah setiap malam aku melakukan solat istikharah dan meminta petunjuk dari Allah, aku rasa lelaki itu bukanlah yang terbaik buat aku dan anak-anak. Tiada sebarang isyarat yang baik yang aku terima setiap kali selesai solat. Ibubapa tidak memaksa dan tidak pula menghalang aku buat pilihan, semuanya terpulang pada diriku. Namun yang aku tahu abah tidak berapa menggalakkan kerana dapat merasakan aku akan menghadapi kesukaran menjaga anak tiri yang downsindrom di samping anak-anak yang lain.
Akhirnya dengan penuh hurmat aku menolak lamaran lelaki itu atas banyak sebab-sebab antaranya:
1. Anak-anakku tidak dapat menerima dia.
2. Dia langsung tak pandai mengambil hati anak-anak
3.Agak kedekut..tak pernah membawa buah tangan untukku atau anak-anak.
4. Kerap menyusahkan aku dengan menghantar anak-anaknya ke rumahku..tanpa meminta izinku terlebih dulu.
5. Sebagai lelaki yang sudah bertitle Haji dia kurang menjaga batas halal haram, pernah menghulurkan tangan ingin bersalaman dgnku..tapi aku tidak menyambut.
6. Aku diminta berhenti kerja bila menjadi isterinya.(mana mungkin)
7. Bercakap terlalu kuat dan ber engkau aku dgn aku..(paling aku tk suka)
8. Kedekut dari segi kewangan..tak pernah menawarkan bantuan padaku..(akupun tak mahu kalau ditawarkan)
9. Agak kasar dan garang pada anak-anaknya..pernah hendak memukul anak-anaknya di hadapanku.
10. Aku tidak ada sekuman pun perasaan suka atau sayang pada dia walaupun aku cuba menyemai rasa itu.(ini yang paling penting)
Setelah aku menolak lelaki itu dari hidupku..aku dengar anak perempuannya yang downsindrom itu kerap sakit kerana rindukan aku apa dayaku..aku ada kehidupan sendiri....
Mak bersyukur kerana aku tidak menerima lelaki itu..kata mak..
"Senang hati mak..sekarang ni ikan sekor pun kau boleh makan 3 beranak, kalau kau kwen dgn dia ntah anak-anak kau dia bagi makan ke tak..makan hati je kau nanti bela anak-anak dia, anak-anak kau terabai"
Begitulah naluri seorang ibu...mahukan yang terbaik buatku dan anak-anak.
Tapi yang paling mengejutkan aku...bila aku mendapat tahu dari family Hj tersebut, yang Hj itu telah 7 kali berkahwen!!!..3 orang dari isteri beliau telah meninggal dunia. Anak-anaknya ramai dan tidak diketahui di mana..mereka menyuruh aku menjauhkan diri dari Hj itu...aku memang percaya dengan berita itu kerana disampaikan oleh abang sulung dan adik-adik beliau sendiri padaku.
Itulah Hikmah yang Allah berikan padaku..aku terselamat dari menjadi mangsa Hj yang tidak diketahui perangai dan sifatnya yang sebenar...aku bersyukur kerana tidak gelap mata dengan hartanya yang banyak..aku bersyukur kerana Allah membantuku.
"Try to forget yesterday and don't worry about tomorrow, always smile and take any problem as challenger"