Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Lelaki oh Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki oh Lelaki. Show all posts

Tuesday, July 07, 2009

20 Sebab Lelaki Di "Reject"


Setiap kali gagal bercinta, lelaki biasanya tidak mahu mengakui yang kegagalan tersebut berpunca dari mereka, sebaliknya perempuanlah yang akan dipersalahkan! sedangkan sekiranya wujud situasi begini, masing2 perlu menyemak semula apa yang telah mereka lakukan sepanjang berlangsungnya perhubungan tersebut..mari kita kenal pasti apakah punca sebenarnya...dan kepada lelaki di bawah ini adalah antara 20 sebab mengapa mereka di reject..
1. Meninggikan suara:
Tahulah lelaki dikurniakan suara yang 'macho' tetapi sekiranya mahu meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah..inilah kelemahan lelaki kerama mudah meninggikan suara walaupun pasangan tidak bersalah!
2. Main Kayu Tiga, Empat atau Lima.
Masalah main kayu lebih dari satu ni adalah masalah paling besar..walaupun ada kekasih lelaki sukar untuk setia..apa lagi kalau digoda..mudahnya cair dan mulalah pasang dua,tiga tnpa pedulikan perasaan kekasihnya.(ni yg aku geram ni)
3. Suka 'cuci mata'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang)..pantang nampak perempuan cantik, mulalah mata tu macam nak terkeluar..walaupun bersama kekasih, dia tak akan peduli..nak cuci matapun pandai2lah cover line cik abang oi...
4. Mengongkong
Itu tak boleh ini tak boleh, sikit2 nak kontrol..segala gerak geri kekasih dikawal, sampaikan hendak berpakaianpun harus ditentukan, kalau nak keluar ke kedaipun mesti buat laporan dulu..tapi mereka melenting pula sekiranya aktiviti mereka di soal siasat..
5. Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan wanita, keegoan pada lelaki memang tak dapat dipisahkan...adakalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa memperdulikan perasaan si gadis.
6. Menipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu dan memberi alasan yang tidak munasabah..sanggup mungkir janji dan memberi alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan..ada juga yang sudah berpunya mengaku single..sifat menipu dan berdolak dalik ini lama kelamaan akan membuat semua gadis akan menjauhi kamu.
7. Perasan
Aduhai...lelaki ni cepat perasan jika mereka handsome, bekerjaya baik, berpenampilan menarik, ada kereta mahal..boleh pulak mengaku dialah yang menjadi lelaki idaman wanita..sebenarnya mereka ni sederhana saja tapi perasan lebih...bukan semua wanita memandang pada paras rupa..kalau dah berlebih2 perasan tu ada wanita lebih suka mengutuk dari memuji..hahahaha..sedarlah..!
8. Mementingkan diri sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni, lelaki selalunya tak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa memperdulikan luahan pasangannya, mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih..tak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. Kurang memberi perhatian.
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberi perhatian tidak kira dalam apa jua urusan, tetapi jika urusan yang berkaitan diri sendiri pantas pula melaksanakannya..kaun wanita bukan minta diberi perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil berat akan dirinya..memang sifat wanita ingin bermanja dan dimanjakan!
10. Cemburu buta!
Orang kata cemburu tanda sayang tetapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu wanita rasa tak selesa..agaknya cemburu kuat sebab takut kekasihnya disambar orang, harus diingat bukan semua wanita suka kekasihnya kuat cemburu hinggakan nak memandang lelaki lain pun tak boleh..so awas!jgn cemburu buta!
Cukuplah kali ini 10 saja sebab2 lelaki di reject, 10 sebab lagi esuk2 idalara nyatakan okkk....nanti ada pulak kaum adam yang marah kat idalara..hehehee, i am soriii....bukan semua fakta di atas benar..banyak juga sebab terjadinya perpisahan kerana sikap wanita itu sendiri...apa2pun ia sekadar untuk berkongsi pandangan dan pendapat.
'bila mata dipukau oleh cinta, hati jadi alpa..dan bila sedar cinta itu hanya di alam mimpi..hati baru tersedar dan redha akan ketentuan Ilahi'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...