Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, May 20, 2009

Pujuk Anak Dengan Masakan....

Biasalah hati sorang ibu...bila dah rotan @ pukul anak-anak, pasti nak pujuk semula...bagi aku mudah je cara nak mengambil hati anak-anak semula...kata orang, nak tawan hati suami ikat perutnya dgn masakan..lain pula aku yg tak bersuami...ikat hati anak2 dengan air tangan ibu....pasti anak2 takkan lupa masakan ibunya walaupun dia dah beristeri nanti..dan tak mustahil dia akan tetap memuji masakan ibu di hadapan isterinya kelak..semalam aku masakkan Abdullah Zaki bihun goreng untuk breakfast dan sambal tumis udang untuk lunch pula....senyum sampai telinga dia bila tenguk lauk favourite dia terhidang atas meja..

Sambal Tumis Udang Dengan Tomato
1. 10 biji cili masak@merah
2. 2 labu bawang besar
( kedua2 bahan di atas di kisar)
3. Udang di buang kulit dan dibelah belakang.
4. Buah tomato 1 biji - potong dadu.
5. Sos Cili dan sos tomato - 2 sudu besar
6. Garam secukup rasa.
7. Minyak masak


Cara2nya : Tumis cili dan bawang yang dikisar hingga masak, masukkan sos cili dan sos tomato, udang dan buah tomato, kacau hingga udang masak dan jgn lupa letak garam....siap untuk dimakan dengan nasi atau roti...

Bihun Goreng
1. 1 paket bihun direndam
2. udang basah 300 gm - dibersihkan
3. udang kering di rendam dan ditumbuk sederhana
4. cili kisar yg siap dikisar dengan bawang besar dan bawang putih
5. Sayur sawi atau kobis (ikut suka)
6. kicap pekat manis, sos tomato,sos cili ( 2 sudu tiap satu)
7. tauge 50 sen
8. daun sup dan daun bawang di hiris sederhana

Cara2nya: Tumis cili kisar..biar agak garing..masukkan udang kering, cili sos,tomato sos dan kicap serta garam ikut rasa. Masukkan udang basah dan sayur sawi atau kobis(jika suka) dan kacau rata, kemudian masukkan bihun..kacau hingga rata dan bihun lembut (jika bihun masih keras masukkan sedikit air), setelah bihun lembut masukan tauge dan kacau hingga sebati..akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang..sedia untuk di hidang.


p/s Bihun goreng begini memang sangat digemari olehku dan anak2..tak kira waktu..bila teringin aku pasti sediakan.

10 comments:

Abang Long said...

Strategi yang berkesan untuk memujuk si anak. Tapi, kalau si emak pula yang merajuk, bagaimana ya ?

anaklaut said...

salam..tumis udang dengan tomato...sangat menyelerakan..terasa laparlah pulak tengok tumis udang ni..

p/s: kegemaran anaklaut...:))
p/s: nanti anaklaut cuba masak ikut cara yang dinyatakan tu..:)

hysman said...

Salam Kak Ida,
waduhh..mmg faveret sambal tumis udang nih..
terangkat wooo...
nak lagi klu udangnye beso2..
gamaknya 5pinggan la den makan..
hahahahaaa...

~Abdullah Zaki ucapkan terima kasih pada mama kamoo ye..
:p

Tukang cerita said...

Salam kak ida...
mengalir airmata sy mmbaca n3 akak di bawah...
apapun, bagi sy, akak tidak kejam....
akak lagi Kejam kalau membiarkan anak tidak ke sekolah....
moga suatu hari nanti, anak akak akan faham knp ibunya bertindak sedemikian...

~sy, kecik2 dulu pun... selalu kn rotan, kena hanger, kena batang ubi kayu....dgn abah n mak... dua2 garang!!! :)
ker, sy yg nakai?
:P

IxoR@ said...

Senang aje kan nak pujuk anak..

Eh, nak pujuk bapaknya pun melalui masakan juga kan?

:D

SYAbAR said...

Salam Ida,

Gambar sambal udang kau telah mengajak akak layari blog kau. Tak jauh rupanya kita ni....

Nampaknya kita punya makanan kegemaran yang sama. Balik nanti kalau tak boleh buat sendiri, sure nak pi beli.

Pg td cari utk breakfast, aisayman dah habis segala....

Tirana said...

Huaaa..sedapnya Ida makanan tu..hehehe..tengah kemaruk nak makan ni..

Macam suami saya pulak..selalu pujuk saya dengan tolong masak..hehe

p/s terimakasih kerana mendo'akan saya..alhamdulillah dah bertambah sihat.

Anonymous said...

nmpk mnyelerakn...pndi bakal besanku ini mmujuk anak...
adakah akn pjuk bakal mnntu sebegini rupa?hahaha...

Idalara said...

senang je abang long..mak merajuk ajak g shopping...mst baik merajuk tu..

..................................

Salam al..
oic..nampaknya sama selera dgn zaki...cubalah...mst berselera makan.
...................................

Salam man..tapi tak boleh makan bnyk sgt udang,nanti kolestrol..akak ni masak je..tapi makan tk pun...untuk anak..tguk diaorg berselera makan dah cukup bg akak..
.................................

Salam tukang cerita..
terimakasih sudi singgah bg komen kat blog akak ni..kita ibu ni sensitip sgt hal2 mcmni kan...msti akan mengalir airmata bila bercerita pasal anak atau mak kita..akak harap mereka akan jd insan yg berguna satu masa nanti..

p/s tu pasa tukang cerita jadi seperti sekarang sbb didikan ibu ayah bukan nak merosakkan kita tp nk mengajar kita.
...................................

yup ixora...nanti kalau ixora dah berhusband mst kena pandai masak..org laki2 ni mst tak lupa kan wf dia kalau pandai segalanya..
..................................

salam syabar
siapakah gerangannya dan di mana tinggalnya..
tapi beli tak sama dgn buatkan..terimakasih sudi singgah dan beri komen kat sini..
...................................

Tirana!..Alhamdulillah awak dah sihat..lega bila saya tguk tirana masuk kat blog saya..baguslah tirana ada hubby mcmtu..pandai kan dia nak pujuk tirana..
...................................

reen...hah!kena tahu apa bakal menantu suka dan tak suka...hehehe..senang nak pujuk nanti.

SYAbAR said...

saya kakak dj epoi, dok kat cheras kerja kat cyberjaya.. kira dekatla 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...