Aku dilamar?....pasti sahabatku M tergelak besar bila membaca entri ini nanti..kerana dia yang lebih tahu kisah ini...dan pasti teman-teman yang kerap singgah di sini ingin mengetahui benarkah aku dilamar!
Segalanya bermula setelah lebih 2 tahun aku mendapat gelaran ibu tunggal...masih terlalu baru untuk memikirkan soal jodoh atau mencari pengganti ayah kepada anak-anakku. Dalam hati tak terfikir langsung untuk mencari jodoh namun andai jodohku sampai cepat aku hanya berserah pada takdir disamping aku berdoa untuk dapat yang terbaik buatku dan anak-anak..andai sebaliknya aku lebih rela sendirian membesarkan anak-anak hingga ke hujung nyawa.
Aku kerap singgah membeli kueh mueh di pusat Penjaja di taman tempat tinggalku ini, salah seorang pejual di situ adalah orang kampung merangkap saudara bau-bau durian dengan ibuku. Satu petang, bersama M aku ke gerai orang kampung ku itu yang ku panggil Sal..
"Kak!..la..lamanya akak tak singgah sini..nak g jumpa akak, Ha ni sibuk manjang je..elok lah akak dah datang ni..jap eh kak! Ha ada hal penting nak cakap kat akak ni"
Tak sempat aku menjawab, Sal sudah meneruskan tugasnya..dia sibuk melayan beberapa orang pelanggan yang meminta itu ini.
"Apa hal ni Sal? tak sabar akak nak tahu ni.."
Aku bertanya cemas..dalam hati mula berfikir yang bukan-bukan..anak buat hal lagi ke?..anak2 ponteng sekolah ke..anak2 masuk cc ke? ah..macam-macam persoalan bermain dibenakku.
Persoalan yang berlegar-legar dimindaku terjawab juga akhirnya. Daripada Sal aku di beritahu ada seseorang ingin berkenalan denganku dan jika boleh ingin menjadikan aku suri hidupnya.
Wah! gerangan siapakah itu..
"Nama dia Hj ........,dia org melaka jugalah kak...mak dgn abah akak mesti kenal..saudara kita juga.. umur dia 48, Ha panggil dia abg aji je kak..baik orangnya, pegawai TNB kat kawasan kita ni..anak dia 4 orang, yang besar dah masuk u....yang kecil sekali umur 5 tahun. Isteri dia meninggal masa lahirkan anak yang bungsu tu... Banyak harta tu kak..rumah je ada 3 buah, kat Seremban 2 kat sini ada satu....keta pun ada 3"
Panjang lebar dan beriya-iya Sal bercerita tentang abg aji tersebut.
Mana kau tahu dia tu baik..jangan nilai seseorang dengan gelaran Haji atau brkopiah tu dah kira baik..banyak harta? anak-anak dia ramai..silap-silap kalau jodoh aku tak panjang, sehelai sepinggang aku keluar dari rumah dia...aku bercakap dalam hati..tak terkeluar pula nak bercakap di hadapan Sal.
'Selalunya petang-petang mcmni dia datang kedai Ha kak..tak nampak pulak dia petang ni..dia nak sangat jumpa akak.."
"Eh..tk mau lah akak..malu lah Sal..
Aku berkata malu-malu tapi mahu..hahahaa.
"Nantilah Sal...buat apa tergesa-gesa, kalau setakad nak kenal-kenal apa salahnya..tkpelah..esuk lusa masih ada."
Petang itu aku meninggalkan gerai Sal dengan hati yang penuh tandatanya, bagaimanalah rupanya abg aji tu? bagaimana perangainya..kawanku M yang sedari tadi mengikuti perbualan aku dan Sal mulalah mengusikku..,
"Tak lama lagi makan nasi minyak le aku..tapi tak bestlah ..aku dah takde kawan lagi.."
"Ish! kau ni..aku belum jumpa pun,belum kenal pun..tak kuasa aku..malas aku nak pikir pasal kawin ni.."
Sehari selepas pertemuan aku dengan Sal, aku menerima panggilan telefon dari lelaki yang di panggil abg aji itu..dia mahu bertemu aku petang itu juga..nampak macam memaksa pulak lelaki ni. Ni yang aku tak berapa gemar ni. Oleh kerana tidak mahu menghampakan lelaki tersebut aku bersetuju menerima perlawaan beliau, tapi akau tidak pergi sendirian..aku ditemani sahabat baik ku M. Pastinya pertemuan kami dirahisakan dikalangan teman-teman pejabat..kalau tidak..jenuh aku nak menepis semua soalan dari mereka. Petang itu selepas waktu pejabat, dia mengambilku di hadapan pejabatku..kami dibawa ke sebuah restoran makanan segera di sekitar BBST.
Lelaki ini agak sederhana perawakannya, memang sangat peramah hinggakan aku dan M rasa rimas kerana dia bercakap terlalu kuat hinggakan orang-orang di restoran itu asik menoleh ke arah kami bila dia bersuara. Satu lagi perangai yang aku kurang gemar...dan aku sedar dari awal dia seorang yang agak berkira tentang makan..aku dan M hanya berkongsi makan satu hidangan!!. ( kau jgn gelak M)
Sejak hari itu abg aji kerap menelefonku, tiap hujung minggu dia akan menghantar dua orang anak-anaknya ke rumahku, katanya untuk membiasakan anak-anaknya denganku..yang aku hairan dia tak pandai langsung mengambil hati dan mendekati anak-anakku. Salah seorang anak beliau adalah anak downsindrom, perempuan sudah berusia 20 tahun, bila ke rumahku dia pasti tak mahu balik..begitu juga anaknya yang bungsu..mungkin kerana layanan aku seorang ibu menambat hati mereka.
Tak sampai sebulan perkenalan kami dia berkunjung ke rumah ibubapaku untuk berkenal-kenal dan merisik. Wah..cepat sangat bagiku..aku belum bersedia untuk menjadi seorang isteri dalam masa terdekat itu. Aku meminta tempuh setahun lagi untuk mengenali hati budinya dan menyesuaikan diri dengan suasana baru itu. Tapi lelaki itu kalau boleh mahu secepat mungkin, dia seakan mendesak supaya aku menerima.
Banyak yang harus aku fikirkan..perasaan anak-anak dan penerimaan mereka terhadap lelaki itu.. aku lihat anak-anak seperti tidak dapat menerima lelaki itu dan anak-anaknya. Aku pernah bertanya pendapat anak-anak tentang lelaki itu, terang-terangan anak-anak tidak suka lelaki itu menjadi ayah baru mereka.
Setelah setiap malam aku melakukan solat istikharah dan meminta petunjuk dari Allah, aku rasa lelaki itu bukanlah yang terbaik buat aku dan anak-anak. Tiada sebarang isyarat yang baik yang aku terima setiap kali selesai solat. Ibubapa tidak memaksa dan tidak pula menghalang aku buat pilihan, semuanya terpulang pada diriku. Namun yang aku tahu abah tidak berapa menggalakkan kerana dapat merasakan aku akan menghadapi kesukaran menjaga anak tiri yang downsindrom di samping anak-anak yang lain.
Akhirnya dengan penuh hurmat aku menolak lamaran lelaki itu atas banyak sebab-sebab antaranya:
1. Anak-anakku tidak dapat menerima dia.
2. Dia langsung tak pandai mengambil hati anak-anak
3.Agak kedekut..tak pernah membawa buah tangan untukku atau anak-anak.
4. Kerap menyusahkan aku dengan menghantar anak-anaknya ke rumahku..tanpa meminta izinku terlebih dulu.
5. Sebagai lelaki yang sudah bertitle Haji dia kurang menjaga batas halal haram, pernah menghulurkan tangan ingin bersalaman dgnku..tapi aku tidak menyambut.
6. Aku diminta berhenti kerja bila menjadi isterinya.(mana mungkin)
7. Bercakap terlalu kuat dan ber engkau aku dgn aku..(paling aku tk suka)
8. Kedekut dari segi kewangan..tak pernah menawarkan bantuan padaku..(akupun tak mahu kalau ditawarkan)
9. Agak kasar dan garang pada anak-anaknya..pernah hendak memukul anak-anaknya di hadapanku.
10. Aku tidak ada sekuman pun perasaan suka atau sayang pada dia walaupun aku cuba menyemai rasa itu.(ini yang paling penting)
Setelah aku menolak lelaki itu dari hidupku..aku dengar anak perempuannya yang downsindrom itu kerap sakit kerana rindukan aku apa dayaku..aku ada kehidupan sendiri....
Mak bersyukur kerana aku tidak menerima lelaki itu..kata mak..
"Senang hati mak..sekarang ni ikan sekor pun kau boleh makan 3 beranak, kalau kau kwen dgn dia ntah anak-anak kau dia bagi makan ke tak..makan hati je kau nanti bela anak-anak dia, anak-anak kau terabai"
Begitulah naluri seorang ibu...mahukan yang terbaik buatku dan anak-anak.
Tapi yang paling mengejutkan aku...bila aku mendapat tahu dari family Hj tersebut, yang Hj itu telah 7 kali berkahwen!!!..3 orang dari isteri beliau telah meninggal dunia. Anak-anaknya ramai dan tidak diketahui di mana..mereka menyuruh aku menjauhkan diri dari Hj itu...aku memang percaya dengan berita itu kerana disampaikan oleh abang sulung dan adik-adik beliau sendiri padaku.
Itulah Hikmah yang Allah berikan padaku..aku terselamat dari menjadi mangsa Hj yang tidak diketahui perangai dan sifatnya yang sebenar...aku bersyukur kerana tidak gelap mata dengan hartanya yang banyak..aku bersyukur kerana Allah membantuku.
"Try to forget yesterday and don't worry about tomorrow, always smile and take any problem as challenger"
26 comments:
bila ieyra baca ntry auntie ni kan,ieyra rasa auntie buat keputusan yang terbaik.............
untuk anak2 n for yourself......
salam ieyra..itulah yg auntie fikirkan..bukan harta yg auntie kejar tp kebahagiaan anak2 yg lebih utama..
idalara,(kak ida ke? huhu..tak tau la sapa yg lebih akak nie.. hehehe), saya fikir awk dah buat keputusan yang paling tepat. Tahniah sebab dlm apa keadaan pun, awak ttp pentingkan anak2, tetap menjaga hati dan perasaan sendiri dgn tidak tergesa2dalam membuat pilihan, InsyaAllah ada yg lebih baik akan datang nanti.
salam cik skaf
pastinya kak ida..its ok panggil kak ida..mng layakpun
ye..bg kak ida anak2 lebih penting dijaga hati dan perasaannya.kita terpaksa ketepikan perasaan kita demi anak-anak, kerana anak2 saja harta di dunia dan akhirat.
wahhh tak sangka benda ni pernah menimpa akak ek..nasib baik akak tak time..sy pun tak suka kat laki yg jenis memaksa macam tu, nnti ble kwen dgn dia kte kna ikot ckp dia seratus peratus tanpa fikirkan perasaan kita..ish..manusia dalam dunia ni macam2 ragam la especialy lelaki..susahnya nak cari lelaki yang baik..apa2 pn sy harap one day Allah akan mengurniakan kak ida seorang lelaki yang boleh membantu akak di dunia dan akhirat..insyaAllah
p/s : sambungan tidak seindah mimpi dah ada, kalau ada masa komenlah,he..
Salam Kak Ida,
Kalau ada jodoh tak kan kemana... satu hari kak ida akan berjumpa juga dengan insan yang benar2 ikhlas boleh menerima kak ida dengan anak2 akak seadanya...tak salah keputusan akak yang menolak secara baik lamaran abg Hj itu...abg Hj tupun org dah tak mau janganlah dipaksa2...kita juga harus memilih yang terbaik untuk diri dan masa depan keluarga...sabar je la kak...
salam akak...berbanding pulak ngan ladyD..ladyD terima kehadiran ayah tiri bertahun dulu dgn senang hati samapailah ke arini..penerimaan manusia memang berbeza antara satu sama lain..apapun, buatlah keputusan terbaik.
Salam kak...
semoga akak dan anak~anak sihat2 selalu...esp, anak2 akak tu...
Aduihhhh....membaca kisah akak ni, macam drama...
namun Alhamdulillah, akak mmbuat pilihan yg tepat...
:)
salam...Idalara,
anak minat MU? kirim salam pada anak ldalara tu..:))
apapun tq singgah anaklaut
p/s: best kalau dilamar ni..apapun jodoh pertemuan di tangan tuhan, DIA yang menentukan segalagalanya..moga bahagia bersama anak-anak.
p/s: bagimana rasa pengalaman di lamar ye?
bahaya lah org mcm ni kak..
mmg syukur Allah tutupkan hati akak pada orang mcm tu.
slm kak..
Dilamar????
Keputusan akak keputusan yg terbaik. Akak tk fikir soal diri, tetpi anak2..Jodoh ketentuan Ilahi..walaupun akak tolak lamaran tu, PK ttp nk ucpkn tahniah cz akak tk buat kptsn terburu2 & memandang segala sudut dlm membuat sebrg kptsn ..
Entry ni bagus sangat. yelah, kdg2 ade perempuan yang gelap mata bila tahu lelaki tu kaya, byk harta...
tp kalau kedekut, xpayah laaa... hehehehe...
p/s: saya pn xsuke lelaki yang ber'aku-engkau' dgn saya. camne nk kawen kalo cmtu? tak sedap betul didengar
kalu kita miliki harta yang banyak mengalahkan ahmad albab sekali pun,tapi anak2 suram n tidak ceria..tiada makna itu semua....
salam org ganu..
segalanya seperti kelam kabut dan terburu2, mujur kak ida minta pentunjuk dr Yang Maha Esa.dan mujur hati kak ida lebih pentingkan anak2..ye..zaman sekarang nak cari yg betul2 ikhlas mng susah..lebih2 lagi pada pmpuan mcm kak ida..tiada rupa, budi bahasa kurang harta jauh sekali..
p/s insyaallah kak ida akan baca, thanks sudi singgah.
salam amirul..akak rasa itulah yg terbaik buat kak ida dan anak2, rasanya lebih rela sendirian jaga anak2 dr dapt lelaki seperti itu..
insyaallah andai ditakdirkan jodoh ada,kemana kita lari pun jodoh tetap dtg tp andai tiada,,tetap tiada.
terimakasih singgah
Salam ladyd
alhamdullillah kerana ayah tiri ladyd seorang yang baik dan pandai meengambil hati adik beradik ladyd..patutnya, hendak mak msti tackle anak2 dulu kan..
salam tukang cerita
terimakasih singgah kat sini..
a'ah..kak ida pun rasa mcm drama pulak..alhamdullillah bila minta petunjuk dr Allah pasti Dia membantu.
salam al
yup anak ida abdullah zaki minat sgt dgn MU...sampaikan jersey dan seluar sukan pun jenama MU..dah sampaikan salam.
P/s best ke dilamar?hmm taklah kecuali jika kita mng sgt cinta kepada org yang melamar kita tu..barulah best.
p/s apa rasa dilamar?tkde rasa apa2 sbb masa tu belum bersedia dan memang tkde hatipun kata lelaki tu..so tk rasa apa2 pun.
thanks sudi singgah.
salam nik awin
bukan kata bahaya lagi mng sgt bahaya..mendesak dan memaksa serta menyusahkan org..syukurlah akak tk terpedaya dgn hartanya..
terimakasih singgah.
salam PK..thanks kerana bg ucap tahniah kerana penolakan kak ida tu..yup kak ida berhak buat keputusan untuk masa depan anak2 dan kak ida sendiri.
Salam ryehana..
mula2 pkir kalau kak ida nak hidup senang mng kka ida nak terima je..tp betul ke boleh hidup senang dgn lelaki yg kedekut dan berkira mcmtu..
cita rasa kita sama..pantang kak ida guna bahasa kasar mcmtu..
salam ieyra..betul kata anak auntie ni..pandaipun..biar auntie ketepikan kebahagiaan auntie demi anak2.
Wah, bagus keputusan Kak Ida tu. Kalau tak, makin teruk plak nanti Kak. Ada hikmahnya disebalik keputusan Kak tu.
salam grunge
kak ida rasa itulah keputusan yg paling baik pernah kak ida lakukan..
demi anak-anak dan perasaan kak ida juga..tak mungkin kita menerima insan yg tiada di hati kita dan anak-anakkan..
Salam kak Ida,
caya la kak..saye salute sama akak.
satu tindakan yg bijak..
klu saye pon tak bape bekenan dgn org yg kedekut n tak pandai jaga ati org laen..tau diri sendiri nk senang..
die pikir dpt kawen dgn akak,akak sanggup benti keje nk jage anak die yg downsindrom tu??adehh!!
manyak sonang itu olang..
bukan nak kate zalim pada kanak2 cacat itu tp sebab ayahnya yg ambil kesempatan dgn status kita..
tak dan nnt anak2 akak yg terabai..
betul kata mak akak,patot awal2 lagi da reject bila si Sal tu inform akak..huh..
beter idop sorg dr menangung derita buat kali kedua..hehe..
pepandai je saye ye..cheewahh!!
chaiyokk kak..
:)
salam hysman..
terimakasih..ye lah man..sbb bynk sebab yg buat kak ida menolak..sbnrnya bnyk lg yg tk sempat kak ida ceritakan..kira2nya hampir2 juga kaka ida jd nikah dgn aji tu..tp hati kecil kak ida kuat menolak..apa ertinya sebuah perkahwinan jika anak2 tidak bahagia..akak setuju 150% dgn man.
Post a Comment