Pernah ku katakan aku ingin bersara dari dunia blog ini, kerana banyak yang menganggu jiwaku bila aku di sini..namun aku rasa tak mampu untuk berpaling walau seketika..hmmm..rindu sentiasa menggamit hatiku untuk singgah di sini, juga teratak teman2 semua.
Masih ingat entri yang aku paparkan dua tiga hari yang lepas..sebab2 mengapa lelaki di reject, salah seorang teman blogger yang aku kagumi yang sudi singgah di teratakku ini iaitu Pengasas @ prof bertanya..apa jadi pada lelaki yang kena reject?..aku tersenyum simpul dengan soalan ini..jawapannya lelaki itu harus memperbaiki diri, berubah dan menjadi lelaki yang tidak akan direject lagi..namun bukan lelaki saja direject..kaum wanita juga ramai di reject cintanya..termasuklah aku..hahahaha..sebab2nya...wait...coming soon...
So inilah 10 lagi sebab2 itu:
11. Mata duitan
Jangan kata lelaki tiada yg mata duitan, mereka tak kisah kikis duit gf dengan 1001 mcm alasan..lebih2 lagi jika gf berduit, berkedudukan dan lebih tua dari dirinya..
12. Komited terhadap kerjaya
Susah kalau teman lelaki terlalu komited terhadap kerjaya, bila keluar pasti bercakap pasal kerja..kadang2 nak keluar bertemu pun susah sebab asik bekerja...apa salahnya sesekali bertemu dan lupakan soal kerja.
13. Panas baran
Aduii..masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis bila mendapat kekasih yang panas baran, pantang silap sikit, mahu dihamburkan segala kemarahannya, ada juga kesilapan berpunca dari dirinya tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi kalau sepak terajang..dah melampau cik abang..hai,hai, bye,bye lah jawabnya.
14. Kaki merokok
merokok tu macho ke..kalau berbatang2 rokok di sedut depan gf sape yang tak lemas..sudahlah berbau busuk, menghabiskan duit dan yang lebih teruk..kalau dia saja yg terkena bahana dari iasap rokok tu tkpe juga..ni gf yg dapat penyakit kronik disebabkan asap rokok.
15. Pengotor
eiikkk..ada segelintir lelaki sukar menyedari diri mereka ini ada yang pengotor dan selekeh..misai dan janggut tak dirapikan..rambut tak bersyampoo dan badan berbau hangit..pakai pulak baju dan seluar berulang kali..huh! perempuan mana yg mahu..
16. Gelojoh
kalau bab makan ni kadang2 lelaki ni gelojoh sikit..tak kira depan teman wanita selamba je menyedut air hingga berbunyi..lepas tu sedawa kuat..bukan kata perempuan je harus bersopan, lelaki juga...bukan nak suruh kontrol macho bila makan depan gf tp agak2lah.
17. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup batalkan temujanji semata2 hendak bermain bola sepak atau menonton wwf dengan kawan2, lelaki juga selalu pentingkan kawan2 dalam banyak hal...bukan tak boleh tapi kenalah pandai bahagikan waktu..supaya teman wanita dan kawan2 dapat terima seadanya.
18. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya, apa pula yang sengaja berpura2 tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya...apasalahnya sesekali tunjukkan sikap menghargai di atas apa yang cuba di lakukan sidia terhadap kamu seperti memberi hadiah, setidak2nya ucapkanlah terimakasih tiap kali sidia cuba berbuat sesuatu pada anda.
19. Putar belit
tak ramai tapi ada lelaki yang suka memutar belitkan kenyataan walaupun ternyata mereka yang bersalah, bagi mereka putar belit ini tak salah asalkan si dia mempercayaai alasan tersebut dan mereka terlepas dari kesalahan sendiri. Jujurlah pada pasangan anda kerana bila sidia tahu tipu helah kamu..tiada apa yang dapat menyelamatkan perhubungan kamu lagi.
20. Anak emak!
Alahai..ni yang paling dijauhi oleh kaum wanita..sikit2 emak,sikit2 emak..mengalahkan perempuan..nak keluar dating pun tanya mak..nak beli apa pun kena minta persetujuan mak..esuk2 bila dah kawen pun nak duduk bawah ketiak mak..wahai kaum lelaki..keluar lah dari kepompong emak kamu..jadilah anak yang taat tapi bukan jadi anak mak yang tak tahu buat keputusan.
Apapun alasan yang menyebabkan lelaki atau wanita di reject semuanya terpulang pada diri kita sendiri..kita lah yang mencorak dan mewarnai hidup kita..bukan hanya kerana sebab2 di atas...
13 comments:
lelaki dan cinta reject.
erm.. berat topic ni. hehehe
tak berani nak komen lebey sebab
punca kesalahan mungkin terletak
pada diri sendiri.
tak kire lelaki tak kire pompuan.
masing masing ada kelemahan. tapi
kalau jujur tadek apa yang nak
sembunyi dengan pasangan... mungkin
dia akan redha dan menerima kita
walaupon pada diri kita ni banyak
kekurangan.
masa bercinta org kate memang
seronok. apa yang tak seronok.
semua perkara kalau boleh kita
nak show off dengan pasangan.
nasihat aku, kalau berkawan
mahupon bercinta biarlah sesama
jujur.. tak perlu nak menunjuk
nunjuk cinta tu.
kalau romentik terlebih macam citer
laila majnun pon bleh muntah gak.
so biarlah berpada. kalau tadek,
kita buat cara tadek, kalau ade
lebeh... kita bersederhana.
bukan apa. takut nanti bila dah
jadi pasangan sehidup semati, ada
pulak kes ungkit mengungkit masa
bercinta. erm.. sendiri pikir la~
wah...first time ko komen pnjg berjela man..thanks..
yup mng itu yg sebenarnya..kan akak dah kata lelaki pmpuan sama2 kena reject..akak mng setuju sgt supaya masa bercinta jgn jadi plastik..jadilah diri kit sendri supaya dia dapat terima koita seadanya..kita kurang dia pun ada kekurangan..
tp man..ko dah mng tk kena teject dah..
salam..idalara,
terima kasih singgah anaklaut.
bertukar .entahlah mungkin ke sabah atau sarawak..
salam al
terpulanglah pada al sendiri yg menentukan..ikut kata hati..apa yg terbaik buat al.saya doakan muga selamat dimana pun berada.
salam..
mungkin ke sabah atau sarwak.
cepat!!!cepat!!!kita riject je lelaki spesis ni......merbahaya...hehehehe
salam al
buka dada tnyalah selera..ikutlah kata hati al
kemanapun kita pergi selagi berkhidmat utk anak bangsa apa salahnya..saya doakan al bahagia.
salam ieyra..
kalau kita pun direject apa macam?
salam kak ida...
wahhh..topik yang sangat menarik..hikhik..hati2 memilih lelaki..
hehe sokong2! wahh kak ida ni macam dah expect jer pasal lelaki
rupanya jiwa kak ida sama ngan sama..ngee
salam cik amy
yup kena hati2 seperti jug lelaki berhati2memilih pasangan hidup.kwen bukan untuk sehari dua..kecuali takdir jika jodoh tk kekal..
salam org ganu..
kak ida ni dah lama hidup kat dunia ni..dah kenal dan fhm sikap dan perangai lelaki ni..muga org ganu boleh jdkan panduan memilih bakal teman lelaki ye..
kalo asyik mreject je camne pulak..???
Post a Comment