Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, July 08, 2009

Jika Kau Sedih Aku Jua....

Jika kau bahagia aku jua turut merasakan..apa lagi jika kau sedih..aku menitiskan airmata bila tahu berita itu....bukan sehari dua kita bersahabat, kita sahabat masa susah dan senang, orang lain tak tahu apa yang aku dan kau lalui..bagaimana kesukaran mencari wang untuk bagi anak2 makan...bagaimana susah membesarkan anak2 tanpa seorg lelaki bernama ayah.



Ingat tak tiap hujung minggu seawal pagi kita dah ke Bagan Lalang..memikul pakaian dan barang kraftangan untuk dijual di tepi pantai laut Bagan Lalang.,,subuh2 kala aku bangun memasak untuk anak2 dan bekal kita..kadang2 jualan kita mencecah ratusan ringgit, namun kadangkala Allah menguji kita, tiada jualan, namun kau dan aku tk pernah putus asa..esuk dan hujung minggu akan datang kita berjualan lagi..hujung minggu orang lain sedap2 tidur tapi kita dah keluar berniaga..orang bekerja 5 hari seminggu tapi kita 7 hari seminggu.......Isnin hingga Jumaat di pejabat..hujung minggu di pantai berjualan..wah! kuatnya kita... kuatnya aku yang kecik comel ini....anugerah dari Allah kerana kita hidup tanpa seorang lelaki.!!


Aku tak sanggup memandang wajahmu..aku akan menangis bila kau menangis...aku tahu badai gelora yang menghempas hati kau..berita yang baru kau terima sangat mengejutkan..kau harus kuat..bagaimana kuatnya kau menghadapi saat perpisahan dulu, begitu juga kau harus kuat menghadapi dugaan ini..kalau kau sakit apa akan jadi pada anak dan ayah kau....kerana kau adalah tulang belakang ayah kau....sekarang ayah kau sedang sakit..kalau kau juga sakit siapa akan menjaga dia..betul..dia ada isteri. kau ada mama baru untuk jaga ayah kau....tapi kau anaknya..aku tahu..ayah kau lebih percaya kau dari sesiapa..mungkin juga isteri barunya..(maafkan aku jika tersilap andaianku)


Tiada kata-kata lagi yang mampu aku katakan, berkata memang mudah, berat mata yang memandang berat lagi bahu kau yang memikulnya.......aku hanya boleh menyuruh kau bersabar...berusaha untuk mengubati penyakit ayah kau....berdoa banyak2 muga Allah beri jalan untuk memgubati penyakitnya...aku juga ada abah..dan aku juga tak sanggup lihat abah aku sakit..begitu juga bila melihat ayah kau sakit.. ingatlah aku sentiasa ada di belakangmu jika memerlukan.

p/s entri ini khas buat sahabatku Mimey...muga dia tabah hadapi dugaan Allah ini.

p/s juga buat sahabatku Zain Mazlan...sabarlah..jangan ikutkan perasaan, jangan ikutkan kata hati...mana dia kau yang aku kenali suatu masa dulu..yang berjiwa kental dan tak patah semangat.

18 comments:

khairul onggon said...

Sahabat ibarat cermin.. saling ingat-mengingati dan saling bantu membantu.. Sedih cerita ni.. :(

Naz said...

wah..kuatnya kak Ida bekerja. saya pula segan kat akak.. beruntung akak ada sahabat yg bersusah senang bersama. semoga kesihatan ayahanda sahabat akak tu bertambah baik... amin...

>lagu saya tu utk semua. ada susah, ada senang... itulah realiti kehidupan... :)

Idalara said...

salam khairul..waktu jejari menaip keyboard kak ida menitiskan airmata..sedih bila ingatkan persahabatan kami..skrg dia sdg bersedih..kak ida turut rasakan.

Idalara said...

salam naz..agaknya sbb kak ida ni singlemum so..kak ida diberi kekuatan yg agak luar biasa..betul naz..sahabat kak ida ni dah banyk bantu masa kak ida susah..kak ida tak punya ramai sahabat yg betul2 memahami..hanya yg sorg ni..

yup..realiti kehidupan..

anaklaut said...

salam...idalara,

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus..

Idalara said...

salam al
sukar mencari sahabat sejati bila kita dalam kesusahan..
muga2 al adalah sahabat sejati idalara juga..
terimakasih sudi singgah.

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Mmg susah jadi SINGLEMUM ni kan? MaMa dah terasa PERIT nya kini setelah my Hubby gi Out Station ke Pantai Timur sejak 1hb Julai hingga 20 Julai nanti..

Bukan Mudah rupanya membesarkan anak2 tanpa kehadiran suami.. Benar2 kena TABAH!!

RESPECT ngan Kak Ida!!!!

p/s: alamak.. terlebih emosi la pulak.. :)

GRuNGe said...

Sungguh kuat akak ni. Semoga kawan akak tabah dan cekalkan semngatnya.

NuR said...

kak ida..

ape khabar..
dah byk hari nur tak lawat umah kak ida ni..

akak, nape kata nak bersara dr dunia blog? nape kak..
tak besh la mcm ni...

MarLadyD said...

salam kak ida...
kuatkan semangat.
sahabat yg baik pasti ada utk kita.

SYAbAR said...

kawan yang setia ibarat cahaya
yang akan menolong dalam kegelapan
dia tak tergamak
biarkan engkau sendiri
nasib mu nanti akan dibela

Cik Amy Sensei said...

salam..

kak ida punya bahasa puitis je..tersusun rapi..minat sastera yekk?

Idalara said...

salam mama..
yg hanya duduk di tempat kak ida tahu bagaimana peritnya jd singlemum..namun Allah bg kak ida kekuatan..mama ditinggal hanya sementara..tp kak ida selama2nya..mama tak terlebih emosi tp sbb mama perempuan,sedikit sebanyak fhm perasaan kak ida..terimakasih.

Idalara said...

Salam grunge..insyaallah..demi anak2 kak ida kena tabah dan kuat..

Idalara said...

salam nur..
mungkin nur bz sebagai guru tntu bnyk keja nak dibuat..ingin bersara dr dunia blog...skan sampai masanya nanti..

Idalara said...

marladyd
insyaallah..sahabat sejati mng sukar di cari..thanks ya singgah kat sini.

Idalara said...

salam syabar
ida harap ida dapat menjadi teman dan sahabat bukan masa senang saja..susah dan senanag biar sama dirasa.

Idalara said...

salam cik amt sensei
yup kak ida minat sastera..minat membaca..berminat nak jd penulis tp..ntah bila punya masa untuk menulis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...