Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, July 16, 2009

Aku Di Kunjungi Rakan Blogger!!



Semalam 15 Julai 2009, tanpa disangka aku dikunjungi oleh seorang rakan blogger..memang tak aku duga dia sempat singgah di pejabatku, ingin berjumpaku dan bertanya bertanya khabar anak-anak, semasa kunjungan beliau anak-anak sudah agak sembuh dan sudahpun ke sekolah..walaupun Aiman tidak berapa sembuh betul aku terpaksa menyuruh dia ke sekolah kerana ada ujian bulanan.


Kebetulan blogger yang aku maksudkan itu ada urusan di Desa Vista berhampiran pejabatku, maka dia mengambil kesempatan singgah menziarahiku. Mujurlah kedatangannya diiringi sepasang anak perempuan kembar yang sangat cantik dan comel, kalau tidak akan timbullah gossip-gossip hangat di belakangku walaupun aku bertemu secara terbuka di pejabat. Itupun jenuh aku diasak dengan berbagai pertanyaan.


Biasalah, manusia.....majoriti perempuan pulak di pejabat..dan aku pula seorang ibu tunggal, bila dikunjungi seorang lelaki yang tidak dikenali mulalah bertanya itu dan ini. Blogger yang aku maksudkan ialah Ustaz Hasmadi Hamdan (gambar di atas ku ambil dari blog beliau...maaf ya Ustaz)
Aku terpaksa memberitahu ofismate yang Ustaz Hasmadi ialah adik angkatku, dari mana aku kenal tidak aku beritahu kerana dikalangan ofismate hanya seorang saja yang tahu aku aktif di blog, jika aku cerita aku kenal di blog akan lebih jadi tandatanya pada mereka pula, mereka kerap berfikiran negatif..bila kenal di internet ni kata mereka tak boleh dipercayai..tapi bagi aku tak semua begitu....ustaz Hasmadi yang aku kenali seorang yang peramah dan seorang yang sangat perihatin dan mengambil berat nasib rakan-rakan...
Pertemuan yang singkat itu sangat menggembirakan aku, ada juga rakan blogger yang sudi menziarahi dan bertanya khabar (di blog juga ramai yang ziarah dan bertanya khabar) mungkin sebab ustaz Hasmadi tinggal di Bangi dan biasa di tempatku maka dia dengan mudah dapat menziarahiku. Kedatangan beliau dengan anak-anaknya cukup menghiburkan. Aku terleka dengan telatah anak kembar beliau.
Aku ucapkan jutaan terimakasih kepada ustaz Hasmadi kerana sudi singgah ziarah. Beliau juga memberitahuku seandainya aku memerlukan bantuan hubungi saja beliau...insyaallah..selagi aku masih mampu aku tidak mahu menyusahkan rakan-rakan lain. Namun andai kata kebetulan aku berada di Bangi dan amat memerlukan pertolongan, Ustaz Hasmadilah yang akan ku hubungi.
Muga-muga Ustaz Hasmadi dan keluarga dilimpahi rahmat dari Allah, bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta di dunia dan akhirat jua.
"biasa kita dengar..teman tertawa ramai di luar sana, namun teman yang sanggup berkongsi rasa duka hanya sebilangan kecil saja"

27 comments:

Cik Amy Sensei said...

salam kak idalara..

semoga hatimu tetap tabah..

Idalara said...

salam cik amy insyaallah..terimakasih setia di sini.

reen said...

klu dkat nk gak dtng slalu jumpa akak..a.k.a bkl besan ku ini...huhuhu...

reen said...

pssst!!..sis..adik angkat 2?..jg2..nt lama2 trangkat..he gurau jek!!!

GRuNGe said...

Kak IDa, sesungguhnya ketabahan kakak telah menambat hati ramai rakan-rakan blogger. Di kesempatan ini juga saya nak bagitahu akak sekiranya akak memerlukan apa-apa bantuan, akak boleh email kepada saya. Insya-Allah, saya akan tolong sedaya yang saya mampu. Semoga akak tabah menghadapi hidup.

anaklaut said...

salam...idalara,


hidup adalah sebuah cerita. semuanya akan datang dan semuanya juga akan pergi sesuai dengan waktu yang sudah di tentukan oleh tuhan kita...

moga tabah..idalara tetap sahabat saya..

Org Ganu said...

Salam Kak Ida..how r u?
wahh kalo umah sy dekat ngan tempat keje akak, sy pun nak singgah gak ziarah akak..hehe..tapi problemnyer umah sy jauh lo..
apa2 pun sy harap akak sukses n bahagia selalu..jangan sedih2 ye..


p/s : syukur alhamdulillah anak2 akak dah sembuh

Naz said...

ooo... ni mcm edisi terjah Dj Epoi... amat mulia hati Ustaz Madi. kenapa akak tak amik gambar anak2 dia? mesti cute kan??

SYAbAR said...

Sekurang2nya ada insan yg prihatin dgn Ida. Persahabatan itu indah jika ada keikhlasan di jiwa.

intan shaheera@ieyra said...

kita plak bilalah agaknya dapat jumpa????

Rashid said...

wah, menarik sekali. Tapikan takkan jumpa sebegitu dah boleh timbul gossip kak ida? adoiii susahle gitu. Sebagai kawan, berjumpa, bersembang bertanyakan khabar kan biasa je..

Bagi saya, teman blogger sume baik-baik je..

Krasz bAtu said...

kalu i kesana
leh la ziarah

Idalara said...

salam reen..ye lah..reen dok mana ek..bila lah dpt jpe kan..

Idalara said...

reen..amboi..hahaha..adik angkat lah dah berkeluarga pun ustaz hasmadi tu..kalau bujang apasalahnya kan..

Idalara said...

salam grunge
terharunya kak ida bila grunge kata begitu...kak ida tahu ramai yg baik2 hati dan perihatin kat sini..siapa yg dekat boleh singgah ziarah menziarahi tapi yg jauh kita berhubung di blog sudah memadai.terimakasih grunge..insyaallah andai kak ida perlukan apa2 bantuan kak ida akan hubungi grunge.

Idalara said...

salam al
wah gembiranya hati saya tenguk al sudah singgah di sini..saya sempat bc blog di hp dan dpt tahu al sudah kembali dr berehat.
ye..datang dan pergi pasti akan terjadi dalam hidup manusia..seperti kita juga suatu masa nanti akan mengadap Ilahi.

terimakasih singgah.

Idalara said...

salam org ganu..
dah singgah kat 'rumah' kak ida ni pun dah kira bagus sgt..insyaallah suatu masa nanati jika ditakdirkan kita pasti bertemu.

Terimakasih..alhamdulillah anak2 dan sembuh.cuma kak ida kena pastikan mereka tk minum ais.

Idalara said...

salam Naz..
mng dah lama ustaz madi nak jpe kak ida tp tk berkesempatn..dia mng perihatin dgn nasib kak ida dan anak2.

p/s kak ida tak teringat langsung nak amik gambar anak2 kembar yg cute tu..

Idalara said...

salam syabar..
sebenarnya ramai yg perihatin termasuk syabar sendiri..
yup..keikhlasan dalam persahabatan sgt indah

Idalara said...

salam ieyra..
tggu auntie datang ganu ye..atau ieyra singgah sini.

Idalara said...

salam cikgu rashid..
gitulah nasib singlemum mcm kak ida ni..tp mujur ustaz hasmadi bawa anak2 kira tak lah digossip gitu..tak taulah kak ida kalau cikgu rashid yg bujang ni dtg jpe kak ida..tak cukup mulut mereka bercakap..itu sebab kak ida kalau nak jpe kwn2 biar tnpa pengtahuan kawan2...mereka mcm tk faham..kita sekadar bertemu bersembang dan bertanya khbr..tp pada fikiran mereka nampak yg negatif je.

Idalara said...

salam dkraz batu..
silakan..andai ke sini singgh2lah..terimaksaih.

anaklaut said...

salam..

saya pasti singgah..idalara sahabat saya dunia akhirat..

moga allah swt memlimpahkan rahmat pada idalara dan anak-anak.

Idalara said...

salam al..
terimakasih.
tiba2 saya terlalu rindu kenangan lalu..baru lepas baca semula email2 'dia' yang saya tak buang hingga sekarang.
takut nak hntr email pada 'dia'sbb saya dah berjanji tkkan ganggu dia lagi..

MS ENTERPRISE said...

alahai idalara..apa lak nk takutnya anta email pd si dia tuh..taip2 pastu tekan je send..kt bwh email tu taip..
xthu sape yg antar..jari-jemari ni yg gatal..huhuhu.Melawak ditengahari yang borink...huaaaaaaaa.

MS ENTERPRISE said...

alahai idalara..apa pulak nak takut anta email pd si dia..taip2 pastu tekan je send.Kt bawah tu taip..xthu sape anta..jari-jemari ni yg gatal.huhuhu..melawak ditengahari yang borinkkk......huaaaaaaaa

Idalara said...

salam ms enterprise
hahaha..gelak besau idalara bc komen ni..ye tk ye gak ek..pe salahnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...