Setiap kali gagal bercinta, lelaki biasanya tidak mahu mengakui yang kegagalan tersebut berpunca dari mereka, sebaliknya perempuanlah yang akan dipersalahkan! sedangkan sekiranya wujud situasi begini, masing2 perlu menyemak semula apa yang telah mereka lakukan sepanjang berlangsungnya perhubungan tersebut..mari kita kenal pasti apakah punca sebenarnya...dan kepada lelaki di bawah ini adalah antara 20 sebab mengapa mereka di reject..
1. Meninggikan suara:
Tahulah lelaki dikurniakan suara yang 'macho' tetapi sekiranya mahu meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah..inilah kelemahan lelaki kerama mudah meninggikan suara walaupun pasangan tidak bersalah!
2. Main Kayu Tiga, Empat atau Lima.
Masalah main kayu lebih dari satu ni adalah masalah paling besar..walaupun ada kekasih lelaki sukar untuk setia..apa lagi kalau digoda..mudahnya cair dan mulalah pasang dua,tiga tnpa pedulikan perasaan kekasihnya.(ni yg aku geram ni)
3. Suka 'cuci mata'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang)..pantang nampak perempuan cantik, mulalah mata tu macam nak terkeluar..walaupun bersama kekasih, dia tak akan peduli..nak cuci matapun pandai2lah cover line cik abang oi...
4. Mengongkong
Itu tak boleh ini tak boleh, sikit2 nak kontrol..segala gerak geri kekasih dikawal, sampaikan hendak berpakaianpun harus ditentukan, kalau nak keluar ke kedaipun mesti buat laporan dulu..tapi mereka melenting pula sekiranya aktiviti mereka di soal siasat..
5. Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan wanita, keegoan pada lelaki memang tak dapat dipisahkan...adakalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa memperdulikan perasaan si gadis.
6. Menipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu dan memberi alasan yang tidak munasabah..sanggup mungkir janji dan memberi alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan..ada juga yang sudah berpunya mengaku single..sifat menipu dan berdolak dalik ini lama kelamaan akan membuat semua gadis akan menjauhi kamu.
7. Perasan
Aduhai...lelaki ni cepat perasan jika mereka handsome, bekerjaya baik, berpenampilan menarik, ada kereta mahal..boleh pulak mengaku dialah yang menjadi lelaki idaman wanita..sebenarnya mereka ni sederhana saja tapi perasan lebih...bukan semua wanita memandang pada paras rupa..kalau dah berlebih2 perasan tu ada wanita lebih suka mengutuk dari memuji..hahahaha..sedarlah..!
8. Mementingkan diri sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni, lelaki selalunya tak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa memperdulikan luahan pasangannya, mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih..tak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. Kurang memberi perhatian.
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberi perhatian tidak kira dalam apa jua urusan, tetapi jika urusan yang berkaitan diri sendiri pantas pula melaksanakannya..kaun wanita bukan minta diberi perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil berat akan dirinya..memang sifat wanita ingin bermanja dan dimanjakan!
10. Cemburu buta!
Orang kata cemburu tanda sayang tetapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu wanita rasa tak selesa..agaknya cemburu kuat sebab takut kekasihnya disambar orang, harus diingat bukan semua wanita suka kekasihnya kuat cemburu hinggakan nak memandang lelaki lain pun tak boleh..so awas!jgn cemburu buta!
Cukuplah kali ini 10 saja sebab2 lelaki di reject, 10 sebab lagi esuk2 idalara nyatakan okkk....nanti ada pulak kaum adam yang marah kat idalara..hehehee, i am soriii....bukan semua fakta di atas benar..banyak juga sebab terjadinya perpisahan kerana sikap wanita itu sendiri...apa2pun ia sekadar untuk berkongsi pandangan dan pendapat.
'bila mata dipukau oleh cinta, hati jadi alpa..dan bila sedar cinta itu hanya di alam mimpi..hati baru tersedar dan redha akan ketentuan Ilahi'
26 comments:
salam..
wah begitu rupanya kenapa lelaki direject ek..
Sentiasa berusaha untuk menjadi lelaki yang baik dan menghormati kaum pompuan.. walaupun bukan lelaki melayu terakhir..
Kini ingin sentiasa cool.. tenang..
salam cikgu rashid..
hehehe..ada 10 lagi sebab..nanti saya postkan kemudian..
alhamdulillah..saya yakin cikgu rashid mng mampu jd lelaki terbaik buat seorg wanita..
nice post. err.. mne lg 10 tu?
intel_inside..
wait..coming soon..takleh post banyak2 nanti boring kaum lelaki membacanya..thanks singgah.
Salam Ida,
Apa nasib lelaki yang kena reject tu?
ehem. bagus post kak..
nnt letak pompuan plak..
semua point tu ok, kecuali perasan.. mcm tak bleh blah laki mcmtu..
bagus niii
perbaiki diri
Antara 10 yg disenaraikn ada tak sangkut kt aku arrr???hehehe.Kena refleksi diri lu ni kak...risau g kena reject..tk kawin jwbnya..
salam idalara,
Pengalaman cinta lalu yang telah jauh kita tinggalkan… sesekali lihatlah semula dan nilaikan kembali. Kerana sesungguhnya pengalaman cinta lalu umpama sebuah ensiklopedia yang sangat berharga kepada diri kita. Yang pahit jadikan pengajaran, yang manis pastikan kita sentiasa mengamalkannya dalam setiap episod cinta kita di masa hadapan.Bila cinta beraja di hati kita sanggup berkorban segalanya demi kerana CINTA.
CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.
Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?… Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.
Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara.
semoga idalara menemui cinta sejati yg kekal abadi..dunia dan akhirat.
anaklaut-
muahahahha.....
biru paling sakit hati bila lelaki menipu, dan alasannya mmg tak logik n tak masuk akal.
lelaki perasan pun berlambak.
ego jgn cakap la........
=)
hmmm... ada gak yg kena kat saya... hehehehe...
>thanks pesal berkongsi...
salam pengasas@prof..
sure dia cari pmpuan lain hingga ada yg boleh terima dia seadanya..
terimakasih sudi komen.
salam luth textile..
terimakasih..nanti kak ida cari mengapa pmpuan di reject pulak..
salam krasz batu..yup..supaya tak direject.tp jrasz batu dah ada wf kan..so dah tk direject dah.
salam pejuangkesan..
ada 10 sbb tau...kaji2 dan siasatlah kot2 ada yg kena kt hidung..so boleh diperbaiki..
salam anaklaut
wah..apa kata2 yang mampu ida katakan..terkesima,terharu dan ntah terapa lagi..hinggakan perut yang lapar terasa kenyang..membaca tulisan al ini seperti menyedarkan ida dr lena yang panjang..kt2 yg lahir dr hati al ini akan ida simpan buat ingatan dan panduan hingga ida temui seseorg yg akan menemani hidup ini hingga akhir hayat...mudah2an al juga akan temui seseorg yg dapat memberikan kebahagiaan buat al.
ida cuma harapkan kita tetap sahabat di maya ini..maafkan andai ida pernah melukakan hati al..muga al bahagia.
salam biru..same lah dgn ida..
tp ida boleh bc gerak hati lelaki..kalau bercakap tak pandang mata.adalah tu yg tak kena..yg perasan tu lagilah meluat..
salam naz..hah! yg mana tu?jgn yg perasan dah lah..
saya memang meluat kalu lelaki yg ade ciri2 mcm tu.
kalu husband saya mmg teruk la kena cubit. hahaha..
boboiz takde nak komen apa2..cuma bukan semua lelaki perangainya macam yang di tulis anda...tak kurang juga dengan wanita yang berperangai macam tu...tapi tak semua..
orang yang baik adalah untuk orang yang baik.....dan sebaliknya...
salam kak..
itu suma barangkali benar belaka kak..hehe..
sbg lelaki patut akui somtime mmg ade..
tak kurang jugak la nih pompuan pon ade salah byk dr point2 tersebut..
hehee...
yg takleh pakai PERASAN..
oh tidakkk!!!hehee..
naseb baek ku tak penah kena reject lg..hopefully cinta pandang pertama ye kak..aminn..
hehe
thanx 4 da info..gud n njoy 4 dis info..hahaa
salam..
idalara tidak pernah melakukan apa2 kesalahan pada anaklaut..
so tak perlu minta maaf..:))
salam u-neey..betul tu...cubit2kan pp hubby kalau perangai dia mcmtu...tp alhamdulillah hubby u-neey tk gitu kan..
salam boboiz..kalau boboiz baca hingga akhir tentu perasan apa yg ida katakan..tak semua lelaki begitu...malah perempuan pun bnyak..
salam hysman...dah pun nama manusia..lelaki perempuan tetap lakukan kesalahan..bguslah klaau hysman tk pernak kena reject..tp akak rasa lelaki mcm hysman rugilah pmpuan yg reject tu..hehehe..kan ada ciri2 lelaki melayu terakhir tu...
salam anaklaut..
ida rasa tetap pernah melakukan kesalahan tanpa sengaja dan sedar..harap dapat dimaafkan..terimakasih beri pandangan yg menyedarkan ida dr lamunan, dari mimpi yang tak pasti..
salam
Post a Comment