Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, May 12, 2009

Sahabat yang harus dijauhi.....

Sahabat menjadi sandaran kala suka dan duka..tapi hampanya bila teman yang kita sangka sahabat hanya perlukan kita untuk menjayakan misinya...dalam hatinya hanya pikir mahu kaut keuntungan bila bersahabat dengan kita..bila kita dihimpit masaalah dia tak rasa ingin membantu..tapi menyepi..kadang bertahun2 berkawan rupanya masih tak mampu jadi sahabat kita..bila kita susah baru kita tahu siapa sahabat kita...jauhi sahabat yang begini:

1. Selalu mengaibkan anda
Anda sering mendengar cerita2 yang tidak enak berkenaan diri anda...anda sendiri hairan bagaimana cerita yang mengaibkan itu boleh tersebar, sedangkan anda tidak pernah membuka mulut kepada org lain kecuali dia, sahabat karib anda....kini barulah anda mengerti erti sebenar sebuah persahabatan ..untuk apa anda tunggu lagi.

2. Merampas pasangan anda
Anda dan dia (rakan karib anda) telah berkawan lama...segala suka duka telah anda kongsi bersama..masih jelas dia menangis di riba anda ketika ditinggalkan suami...enggan membiarkan dia keseorangan, anda tidak pernah berkira utk dia berkunjung ke rumah anda pada bila2 masa...namun kepercayaan yang anda berikan telah disalahgunakan...dalam diam dia mula bermain mata dengan suami anda..namun dia tidak bertepuk sebelah tangan..meskipun sedih, anda harus ingat masih ramai di luar sana yang boleh anda jadikan teman...ayuh lupakan dia!

3. Tinggal berjauhan daripada anda
Sejak beberapa bulan yang lalu sahabat karib anda telah berpindah ke luar negara..peringkat awal, dia kerap menghubungi anda menerusi email, tetefon dan sebagainya..tapi akhir2 ini dia kian menyepi....sahabat yg baik bukan saja memerlukan perhatian tetapi juga kehadirannya. Secara tak langsung ia memberitahu betapa sukar mempertahankan ikatan persahabatan ini jika anda dan sahabat anda terus berjauhan..

4. Teman yang keji
Kelihatan ikhlas dan setia menemani anda dalam apa jua keadaan, tetapi dalam masa yang sama dia melukakan hati anda. Di saat anda sedang berduka dan hampir putus asa dalam menghadapi masalah hidup, dia ambil kesempatan untuk mencucuk anda. Malah tanpa selindung dia mengkritik setiap satu perbuatan dan tindakan yang telah anda ambil..bukankah sikap itu menambahkan kelukaan hati anda..jadi tinggalkan dia.

X-tra
"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan,memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau sertai memadai dengan amanahnya atau sikap tanggungjawabnya terhadap engkau" - Imam Umar bin Abdul Aziz.

p/s entry ini terhasil kerana rasa kecewa idalara terhadap seorang teman yang idalara sangkakan sahabat idalara selama ini...betapa sedihnya.

Rujukan/sumber : Midi.

15 comments:

Kamezaim said...

idalara a.k.a perindu sepi, kamezaim ni adalah sahabat yang harus didekati kan..kan..kan.. hehehe

Idalara said...

ntah lah..saya tak tahu sama ada kamezaim ni sahabat yg boleh didekati atau dijauhi..sbb saya belum bersahabat dgn kamezaim..dan belum kenal sgt dgn kamezaim..

p/s ada seseorg yang saya rasakan boleh jadi sahabat saya kala suka dan duka..saya pasti rasa tenang bila mengingati dia..kata2 nasihat dia amat bererti buat saya.

Eta LaZiM said...

Sabarlah Kak IDa... Setiap PERBUATAN pasti ada BALASAN!!

hysman said...

YA ALLAH..
jgn ler aku dipertemukan sahabat sebegini ghupa..
takoooot den..
tapi itu lumrah kejadian manusia.
takde dorang ni pon takleh gak,klu tak idop ni tak adventure ler..
itu yg mematangkn kita..
haha..

sabo kak ida ye..
jgn dilayan mmbr gaya ni..
sepak je masok golllllll..
huahahahah

amirul said...

Salam Kak Ida,
Sungguh sedih rasanya saya membaca entry Akak ini,sememangnya cukup sukar untuk kita nak mempercayai seseorang sahabat karib jika kepercayaan kita diperlekehkan... kejujuran yang kita beri tapi kehancuran yang kita perolehi...

P/S: Saya berharap Kak Ida bebanyak bersabar dan berserah kepadaNya...semoga sahabat akak itu dapat petunjuk dan hidayah diatas apa yang dilakukan terhadap Akak...

anaklaut said...

salam...idalara,

nilai persahabatan adalah nilai yang sanagt tinggi..hargailah persahabatan... n3 yang sangat menarik..

Krasz bAtu said...

bagus tips niii

Dj Epoi said...

Walaweiiiiiiiiii saper tuh Kak?

Sahabat yang Boleh mashuk kepala nih bukan senang nak dapeeek Kak....
Yang kasik PECAH kepala banyak arrrrr heheheheh

Semoga Kak Ida perolehi sahabat yang betui2 sejati....Gua doakan..

ras-adieza said...

nak cari sahabat ni rasanya macam nak cari suami kan. yang paham hidup kita, boleh jadi dahan untuk kita berpaut, boleh jadi mikrofon untuk kita nyanyi dan yang penting pendengar setia.

Kadang-kadang bila dah baik...hak kita jadi hak dia lak. perlu berkawan seadanya agar luar dalam kita masih terjaga.

* rasanya kalau bersahabat dengan kamezaim, kak ida akan meleleh jer...(tangkap leleh) kan kame tu...bunga-bunga sikit...hehehe

Eiba said...

Sabar kak yaaa...Cuma apa yg eiba boleh katakan..dalam persahabatan kita jgn aspect sahabat kita terlalu tinggi....selamat teruss kak yaaa..

Idalara said...

MamaQayPo..kak ida harap dia sedar kesilapan dia...
...................................

Betul tu Hysman...patutnya org mcmtu hantar jauh2..mudah2an hysman dapat memilih sahabat yang baik..susah dan senang bersama.
...................................

Salam amirul..kalau amirul sedih akak lagi lah...bertahun berkawan tak sngka begitu rupanya perangai yg sebenar dia. terimaksih atas kunjungan dan perihatin amirul.
...................................

Anaklaut..sukar mendapat sahabt setia waktu begini..tapi pasti ada jika kita juga mampu mnjadi sahabat yg baik.
...................................

Kraz batu..jadikan panduan bila mahu memilih sahabat.
...................................

Djepoi...adalah tu...skrg akak dalam proses menjauhkan diri dari dia..akak ras kat blog ni ramai sahabat yg baik2,ex djepoi sendiri.
...................................

Ras-adieza..ye lah mengalahkan nak cari kekasih nak cari sahabt baik ni..lebih dahsat yang menikam dari belakang..mudah2an ras adalah sahabat yg baik buat sahabat ras.

p/s hahaha tergelak besar kak ida bila ras kata si kame tu bunga2 sikit..ah..tak kuase akak kame tu budak2 lagi..otakpun gile2..
...................................

Salam eiba..betul kata eiba..kena hati2,tak boleh trust 100%..hapar eiba pun terus suksess.

Kamezaim said...

sampainya hati korang kutuk kamezaim ye.. xpe..xpe.. sabar...sabar... tak boleh marah dekat kak ras sebab kak ras tu bakal mak mertua kamezaim.. haha oo..si idalara ni nak kena ye.. kata kamezaim ni budak2 ye.. xpe..xpe..xpe..

Unknown said...

wah akak.. memang aku dapat rasekan
ade sikit marah la dalam entri ni.
eh bukan sikit.. ni marah banyak nih.

ehehehe~

sabor jer la akak.. semua org penah
alami mende macam ni.. tapi tips akak
kasik tuh betoi betoi panduan
berguna.

thanks~

Naz said...

Kak Ida ada krisis dng kawan ya? mungkin salah faham? harap2 kawan Kak Ida tu tidak berniat utk melukakan hati Kak Ida...

Idalara said...

ala kamezaim..tu bukan kutuk tu mengata..hehehe..jgn marah..gurau jer..takkan tak boleh kot..ooo...ras tu bakal mak mertua ye..lamanya kame kena tggu anak dara dia cukup umo kan.
..................................

Man..sbb rasa marahlah terhasilnya entri ni..banyak gak akak bantu dia kembangkan bisness dia..tapi tak sngka dia cuma pergunakan akak..tkpe lah..perkara biasa bg akak tu..
p/s mekasih man sudi singgah dan bg komen.
...................................

Salam Naz..nak kata krisis tak juga..dia mcm tak faham je hati akak terguris...tggulah sampai dia faham dan perbetulkan kesilapan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...