Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, August 01, 2009

Teman Nabi Musa Di Syurga


Membaca kisah ini hatiku terpanggil untuk berkongsi bersama teman-teman, juga rindu pada bonda tambah kuat..seakan menggamit aku pulang..namun apakan daya..waktu amat terbatas...dan bonda juga menjadikan aku seorang yang kuat dan tabah..bonda adalah sebaik-baik contoh ibu..sebaik mertua dan sebaik nenda...tiada duanya di dunia ini..aku sangat beruntung memiliki seorang bonda seperti bondaku. Pastinya kegigihan bonda diwarisi aku anaknya...untuk membahagiakan bonda..tak termampu rasanya..namun akan ku cuba.


Dikisahkan bahawa Musa a.s berkata:

"Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku siapa temanku di syurga?"

Maka Allah berfirman :

"Pergilah engkau ke negara itu dan ke pasar itu, maka kamu akan mendapati di sana ada seorang lelaki penjual daging dan wajahnya sedemikian. Itulah tetamumu di syurga"

Nabi musa a.s pun kemudian pergi ke tempat itu dan menunggu lelaki itu sampai ke senja. Lelaki itu kemudian menyimpan sepotong daging ke dalam sebuah bakul. Maka apabila hendak pulangn Nabi Musa a.s bertanya kepadanya:

"Apakah engkau mempunyai seorang tamu?"

Dia menjawab : "Ya"

Mereka berdua berjalan hingga sampai ke rumahnya. Kemudian dia mulai memasak sup daging, sejurus kemudian dia mengeluarkan sebuah bakul. di dalam bakul itu ada seorang wanita yang sudah amat tua dan kurus seperti burung merpati.

Seterusnya dikeluarkan wanita tua itu dan diberikan makan hingga kenyang. Kemudian dicuci pakaiannya serta dijemur. Dimandikan dan disiapkan wanita itu kemudian wanita itu dimasukkan kembali ke dalam bakul itu...maka bergeraklah kedua bibir wanita itu.

Musa berkata:

"Aku telah melihat wanita itu berbicara"

Kemudian anak lelaki iti mengangkat perempuan itu di atas satu tempat duduk,

Musa a.s bertanya:

"Apa yang engkau kerjakan?"

Lelaki itu menjawab:

"Sesungguhnya perempuan ini adalah ibu saya, dia telah lemah dan kurus sehingga dia tidak dapat duduk sendiri."

Musa berkata:

"Bahagialah engkau, dan aku ini adalah Musa temanmu nanti di syurga"

Begitulah kisah ringkas tetapi amat menyentuh perasaan aku..kalaulah aku juga dapat berbakti terhadap ibuku seperti itu..

Mungkinkah ada anak yang sanggup berbuat begitu di zaman yang serba mencabar ini? baut teman2 yang masih ada ibu dan ayah hargailah mereka sementara masih ada hayat mereka.


"Ya Allah, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecil"


p/s buat teman2 idalara yang telah kehilangan ibu dan bapa ida doakan muga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan di sisi orang2 yang beriman..Al Fatihah..

30 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

huhu..kak ida..
sedih baca entry nih.
nur takde ayah dah...
isk..isk..

easza said...

sy masih punya mama... pn sudah tak brapa sihat... moga kita menghargai mereka selagi masih ada...

arapink said...

kak ida...malam ni pun hati ara sedih sgt...

sayangnya ara kat mak...

salam perkenalan

LaraSuffi said...

Salam kak ida....

Bertambah sayu hati fia membaca N3 neyh.. huhu..

mungkin fia bukan anak yang baik..

tp kadang bukan sengaja nak mengecilkan hati bonda. huhu..

tp InsYaAllah.. kalu kita slalu berdoa, pasti Allah makbulkan doa kita..

GRuNGe said...

Saya pun amat berharap dapat berbakti pada ibu saya. Saya sayang ibu saya dan harapkan keredhoan ibu saya kepada saya.

anaklaut said...

salam..idalara,

terima kasih sudi ulas dalam cerpen anaklaut..

Adinda Amy Sensei said...

salam..

terima kasih kak ida sudi singgah dan komen di blog sy yang ntah apa-apa itu.. ^_^

syukran..wassalam

Cik Skaf said...

menanges sy baca entry ini..

Rashid said...

ermm ..tiba-tiba je rasa sedih bila baca entri ni. Rasa kita sebagai anak ni tak bertindak adil dan sewajarnya sebagai seorang anak. Selalu sibuk ngan keje.. masih berkira dengan masa daripada meluangkan masa ngan emak..

Moga hati ini tidak pernah melupakan jasa emak..

SYAbAR said...

Lelaki camnalah pulak teman kita di syurga nanti kan Ida... doa akak moga dapat bertemu dgn suami, anak2, ibubapa dan adik2 serta kawan2 yg baik dgn kita

Abd Razak said...

Salam...

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.

hysman said...

salam kak ida,
ya Allah kak..
terasa diri ni terlalu down..
byk dosa sy kpd parent sy..
trima kasih kak atad artikel kesedaran mcm nih..
sy bebetul tersentuh..
thanx kak ida..

anaklaut said...

salam..idalara,

lama menyepi, apa khabr?
moga idalara dan anak2 dirahmati allah swt..

Eiba said...

INsyaAllah kak...Thanks sharing the story.. I love u mum & Dad...

Anonymous said...

insaf seketika membaca entry ini...

Idalara said...

salam nur..
tiada ayah anggaplah ibu itu juga ayah nur.

Idalara said...

salam easza
hargailah mama easza ye..
sayangi lah dan jgn sakiti hati ibu..

Idalara said...

salam arapink..terimakasih snggah..
semua syg kat mak kan ara
salam perkenalan..nnti kka ida linkkan

Idalara said...

salam fia.thanks singgah..
kdg2 ramai anak yg rasa bukan anak yang baik buat ibu mereka kan..kak ida juga rasa gitu..dan kak ida rasa kak ida bukan ibu yg terbaik..

Idalara said...

salam grunge..
syurga terletak ditelapak kaki ibu..doakan yg terbaik buat ibu..

Idalara said...

salam al..sama-sama kasih..idalara tetap akn ulas walaupun sesibuk mana.terimakasih juga singgah di sini.

Idalara said...

salam cik amy..
amy pun sama sudi singgah di blog kak ida yg penuh lara ini..hnya amy yg mengerti..

Idalara said...

cik skaf..kak ida pasti menangis bila rasa tak dapat bahagiakan bonda kak ida..

Idalara said...

salam cikgu Rashid
kata org ibu seorg boleh menjaga 10 anak..tapi 10 anak belum tentu dapaat menjaga seorg ibu..muga kita bukan anak seperti itu..

Idalara said...

Salam syabar..
ida doakan syabar akan bersama suami dan anak2 di Sana nnti..

Idalara said...

salam Razak..memnag benar..ibu adalah yg terdahulu dr sesiapa di dunia ini..terimaksih razak singgah dan beri komen yg sgt bermakna.

Idalara said...

salam hysmna..
bila kak ida buat entri macamni kaka ida mengingatkan diri kaka ida juga..kak ida juga rasa bnyk sgt melukakan ht ibu ayah..

Idalara said...

salam al...bila al baca entri terbaru ida al pasti tahu mengapa..ida dan anak2 sihat2 je..muga hidup al pun sentiasa dirahmati dan bahagia selalu.

Idalara said...

salam eiba..
alhamdulillah..yg baik pasti kak ida share..we love our parents very2 much..

Idalara said...

salam aireel
muga keinsafan membuka mata kita sentiasa patuh dan sayang ibu ayah..terimaksih singgah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...