Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, August 09, 2009

3 Elemen Cipta Kejayaan


Percaya atau tidak kita kaum wanita mampu mencapai kejayaan dengan mengaplikasikan tiga perinsip yang sediada dalam diri iaitu persepsi, pengaruh dan kuasa. Tapi ingat setiap satu mempunyai risiko dan halangan tertentu!

1. Persepsi
Penampilan diri mempengaruhi persepsi orang lain terhadap kita, jadi berusahalah menjaga penampilan agar kita dipandang positif

Tips:

Mulakan dengan pakaian, tak mengapa melabur sedikit untuk memastikan anda tampil bergaya.

Bijak suaipadan pakaian dari segi potongan dan dan warna untuk apa juga majlis.

Kekalkan eye contact jika sedang berinteraksi, sifat ramah anda mampu jadi penarik.
Berikan senyuman sebanyak mungkin, ikhlas dari hati.

Jika bercakap pastikan ia jelas, bernas dan teratur.

Jika tak mahu berjabat tangan cukup sekadar tundukkan kepala tanda hurmat.


11. Pengaruh

Daya pujuk yang baik mampu menguatkan lagi pengaruh anda, jadi bagaimanakah caranya?

Tahu siapa sasaran anda.

Yakin kepada diri sendiri sebelum menyakinkan orang lain.

Elakkan sebarang keraguan ketika anda menjelaskan sesuatu kepada orang lain.

Ungkapkan perkara-perkara yang positif.

Kaitkan idea dengan keperluan - misalnya mengaitkan makanan kesihatan yang anda jual dengan keperluan zat makanan, keselamatan makanan yang diambil dan sebagainya.


111. Kuasa

Apabila anda punya pengaruh, bagaimana pula untuk mengekalkan autiriti yang ada, namun awas..jangan pula gila kuasa!

Jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran.

Tunjukan kuasa anda secara berhemah agar orang lain boleh bekerjasama baik dengan anda.

Laksanakan tugas sebaik mungkin untuk diri anda dan orang lain.

Bijak mengawal emosi terutamanya bila berdepan dengan perasaan sedih, marah, kecewa dan sebagainya.

Jangan sesekali salah guna kuasa kerana ia boleh menjejaskan kepercayaan orang lain terhadap anda.


Tip Penting Memotivasikan Diri


* Keinginan seseorang akan hanya dicapai sekiranya ada tenaga motivsi dalam diri sendiri.

* Kejayaan seseorang bergantung kepada kesedaran pentingnya memotivasikan diri sendiri.

* Mengabaikan tenaga motivasi diri sendiri membawa seseorang menuju kegagalan.

* memotivasikan diri sendiri sebelum memotivasikan diri orang lain.


p/s kegagalan dan kekecewaan semalam bukan bererti kita akan terus gagal..kita akan terus kecewa..
berjaya dan bahagia sebenarnya terletak ditangan kita.

10 comments:

GRuNGe said...

Erk, rasanya, elemen ketiga tu paling penting. Sekarang ni, ada kuasa, barulah berjaya. Kalau tak, kena lar melalui onak duri.

mamai said...

tip untuk berjaya tambahan...berbudi bahasa

anaklaut said...

salam...idalara,

tips yang sangat bagus..berulang-ulang kali anklaut membacanya..:)

kakcikseroja said...

Betul tu Ida, kegagalan atau kejayaan terletak pada kemahuan kita. Masalahnya kadangkala kita lebih cenderung untuk tunduk pada kata hati dan bersikap negatif kerana bukan susah nak susah kan? Nak senang yang payah! (Ni kakcik tuju pada diri sendiri ni... )

SYAbAR said...

semoga motivasi diri yang ada dalam diri ida dapat memberikan satu anjakan paradigma yang cemerlang buat kamu dan anak2

Idalara said...

salam grunge
zaman skrg manusia kejar kuasa..tiada maka ketinggalanlah ia..

Idalara said...

salam mamai
right..idalara terlupa..thanks..budi bahasa cermin jiwa bangsa.

Idalara said...

salam al
thanks...bukan utk wanita saja juga untuk lelaki..

Idalara said...

salam kakcik syg
betul apa kata kakcik..bukan susah untuk susah dan ras sedih..dan bukan senang untuk capai kesenangan.

Idalara said...

salam syabar
insyaallah..kata2 motivasi bukan hnya utk semua tp lebih ditujukan pd ias..thanks syabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...