Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, August 20, 2009

Mencari tempat mengadu.......

Seringkali dalam hidup ini kita diuji dengan bermacam-macam cubaan dan dugaan. Jatuh bangun seseorang sepanjang melayari kehidupan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Setiap kali jatuh, kita berusaha untuk bangkit kembali. Kita belajar daripada pengalaman dan mengambil iktibar melalui kejadian yang berlaku. Semuanya memberi pengajaran dan mendewasakan kita.

Kadang2 bila ditimpa masalah kita jadi buntu mencari jalan keluar, dada sesak mengenangkan masalah yang melanda, fikiran tidak menentu, sukar membuat keputusan atau memilih keputusan atau memilih mana yang terbaik antara yang terbaik.

Bukan tidak biasa berdepan dengan masalah, tapi ada masanya kita ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa, jadi kepada siapa kita harus mengadu? pada siapa harus meluahkan isi hati yang terbuku..adakah seseorang yang mahu mendengar masalah kita?

ALLAH tempat mengadu.

Tiada yang lebih baik daripada mengadu kepada Allah swt, luahkan isihati dan berdoalah kepadaNya, berbicaralah dengan bahasa yang lembut, suara yang rendah, berasakan diri amat kerdil dan lemah di sisiNya, berdoalah, lalu berserah padaNya, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui segala sesuatu yang berlaku kepada setiap makhluknya.

Barangkali selama ini kita lalai padaNya, kita jauh daripadaNya, maka dengan itu Dia datangkan ujian pada kita, dia menyedarkan kita, lalu kita pun tersentak, rasa terpukul tatkala menyedari selama ini kita tidak pernah mengadu paadNya. Bersolat, berzikir dan berdoa ialah jalan untuk kita berbicara dan mengadu pada Allah, banyakkan solat sunat seperti solat sunat tahajud dan solat hajat disamping solat taubat. Insyaallah Allah akan mendengar rintihan dan doa kita hambaNya. Bukankah kekuatan umat Islam ialah dengan doa?

Sahabat karib

Kata orang, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui, namun ada juga orang yang bertuah kerana dapat memiliki sahabat yang dapat sama-sama berkongsi sudah dan senang, tawa dan tangis, dia sentiasa ada di sisi kita pada saat2 kiat sangat memerlukannya, Dia sedia mendengar dan menyandarkan bahu untuk kita luahkan masalah yang mencengkam jiwa.

Sahabat yang baik tidak berkira baik dari segimasa, tenaga, wang ringgit, malah perasaan. Dia sanggup berkorban demisahabatnya..sahabat abeginilah baik untuk anda mengadu.

Anggota keluarga

Orang yang paling hampir dengan kita tentulah anggota keluarga seperti suami, isteri, anak2, ibubapa dan adik beradik, namun dalam kumpulan ini kita lebih cenderung kepada salah seorang daripada mereka. Jika menghadapi masaalah kewangan atau rumahtangga, ahli keluarga tidak seharusnya diketepikan, Nasihat dan pandangan mereka wajar diambil, mereka boleh menegur atau memberi pendapat.

Teman sekerja

Bagi mereka yang bekerja, bukanlah mustahil sahabat karib juga terdiri daripada teman sekerja kerana mereka bersama kita dalam tempuh yang lama. Sering berlaku kita berkongsi cerita dan maaalah dengan teman sekerja. Sebaik-baiknya carilah teman sekerja yang jujur dn tidak bermuka-muka.

Carilah tempat mengadu yang betul, jika tersilap, padahnya akan kita tanggung sendiri, namun sebagai insan yang dikurniakan akal fikiran, pilihan terletak ditangan kita, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan,,lambat atau cepat hanya Allah yang menentukan.
seorang sahabat yang sejati mempunyai intuisi atau kesedaran oleh gerak hati sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak baik pada sahabatnya, dia bagai dapat merasai ada yang tidak kena menimpa teman baiknya, biarpun dia berada jauh dari kita, gerak hatinya dapat merasakan.

p/s sahabat yang sejati mempunyai intuisi atau kesedaran oleh gerak hati sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak baik pada sahabatnya, Dia bagai dapat merasai ada yang tidak kena sedang menimpa teman baiknya, biarpun dia berada jauh dari kita, gerak hatinya dapat merasakan.

sumber : majalah midi

6 comments:

Kakcik Seroja said...

memang sukar mencari sahabat sejati.. yang sanggup menagis bersama saat kita dilanda lara...

mamai said...

boleh mengadu dengan blogger juga walau tak bersua tapi kita juga sahabat yang sedia membaca dan berkongsi cerita

Cik Skaf said...

Salam kak Ida. Selamat Menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa utk akak dan anak2. Bagi saya Allah satu-satunya tempat mengadu. Yg lain, jika pun saya bercerita, itu cuma meluah rasa - bukan mengadu.

Idalara said...

salam kakcik
betul kata kakcik..ida tahu sbb baru2 ini kena batang hidung ida sendiri.

p.s thanks bg no nnti ida hubungi kakcik

Idalara said...

salam mamai
kak ida setujuh dgn mmai..itu sebabnya kita ada blog..kat sinilah tempat kita mengadu dan meluahkan apa yg terpendam

Idalara said...

salam cik skaf
sama2..betul kata cik skaf..hnya Dia tempat kita mengadu dan Dialah yang Maha Mendengar dan tidak pernah memperlekehkan apa yg kita curahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...