Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, August 19, 2009

Puasa

Assalamualaikum..tiga hari lagi seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Bulan Ramadhan yang mulia..tak sabar dan teruja menanti Bulan yang penuh rahmat dan penuh berkat ini..bak kata Bro Radhi Rahman..bulan ini juga adalah bulan bertemu jodoh..kalau nak tahu benar tak kata2 Bro Cinta itu, silalah lawati ke blog beliau yang ada di list blog idalara...banyak info menarik tentang Ramadhan dari Bro cinta itu:))

Selain puasa wajib dalam bulan Ramadhan, terdapat puasa-puasa sunat, bagi puasa sunat pula, antara hari-hari yang digalakkan untuk mengerjakannya termasuk:

1. Puasa selama enam hari pada bulan Syawal
2. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
3. Puasa pada hari Asyura iaitu pada 10 Muharram
4. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Selain itu terdapat juga hari-hari yang diharamkan menunaikan puasa iaitu:

1. Puasa pada hari Syak iaitu oada 30 Syaaban
2. Puasa pada 1 hari Raya Aidil Fitri iaitu 1 Syawal
3. Puasa pada Hari Raya Aidil adha iaitu 10 zulhijjah
4. Puasa pada hari Tasyriq iaitu pada 11, 13 dam 13 Zulhijjah
5. Puasa bagi perempuan yang sedang haid dan nifas
6. Puasa sunat bagi seorang perempuan tanpa mendapat kebenaran suaminya
7. puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya sekiranya mengerjakan ibadat puasa
8. Puasa untuk orang yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah swt

Mudah-mudahan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna di samping mengelakkan perkara2 dan perbuatan yanag mengurangkan pahala puasa. Mudah2an puasa mengajar kita menjadi insan yang lebih mulia dan sentiasa sabar dengan segala ujuan Allah..muga puasa ini juga menjadikan kita lebih berjimat cermat dan lebih bersyukur kerana masih mampu menjalani ibadah puasa dengan tenang dan damai.


p/s muga aku diberi kekuatan dan kesihatan di bulan yang mulai ini..agar iabadah ku sempurna dan tempahan Almpnd London dapat ku laksanakan segera! :))

31 comments:

al said...

salam..


terima kasih atas ucapan tahniah tu..saya sangat hargainya..:)

ya puasa tak lama lagi..sama2 kita perbanyakan ibadat di bulan yang barakah ni..:))

al

Amieynna Amin said...

gud info kak ida..
maaf lama x jenguk teratak akak..
ade masalah skit..
skg da ok...

Idalara said...

salam al..
sepatutnya al mng layak terima ucapan dr semua sahabat.idalara hnya semut kecil di antara semut2 merah yg terselit dicelah2 semut2 merah itu..

Idalara said...

salam al..
sepatutnya al mng layak terima ucapan dr semua sahabat.idalara hnya semut kecil di antara semut2 merah yg terselit dicelah2 semut2 merah itu..

Idalara said...
This comment has been removed by the author.
Razak said...

Salam...selamat menyambut bulan Ramadhan, moga mendapat keampunan

ber_uwang said...

selamat menyambut puasa

setiasahabat said...

kak ida..
selamat berpuasa...
somoga kita dapat mjalankan ibadat ini dengan tenang...

ai@reel said...

wah betul2 tu puasa dah dekat..dok bujang ni rindu plak nak balik sahur dengan keluarga dan buka puasa bersama dan yg paling penting tarawih bersama ayah..uhuhu

rindu kampung

birU said...

salam idalara,

yehyeh!!! nak poser hehehh

wakai sahabatku idalara, ni mesti mengantuk or melara time masuk blog biru. punyalah ada nama dan gambo dia, dia kata tak ada ,huwaaaaaa

hehehheh =p

kalo kau semut merah, aku semut biru, hahahah

mamai said...

puasa sunat pun dah jarang buat sekarang nie

Idalara said...

salam dik myna..
mana yg baik jdkan panduan..
tkpe kak ida fhm..samalah dgn kak ida jrg dpt ziarah menziarahi..
slmt berpuasa dik

Idalara said...

salam razak..selamat berpuasa buat razak juga..insyaallah mudah2an kita sama2 mendapat keberkatannya.

Idalara said...

salam ber_uwang
ye..mudah2an tk tinggal pose ye..

Idalara said...

salam biru..
ler..ye ke..apa tknya masuk umah org dah dinihari..mata lak tu rabun..tp puasgak ida cari..mng betullah tu mata dah mengantuk dan lara bila nama ida tk tersenarai..nnti ida tguk dan amik ye..thanks biru..muaaah...

ye ye..ida nk smbut pose dgn mak abah..tp nmpknya ida pose yang yuk je..hehehe

Idalara said...

salam mamai..yg penting yg wajib didulukan..baru yg sunat..

Idalara said...

salam mamai..yg penting yg wajib didulukan..baru yg sunat..

Idalara said...

salam aireel..
wah..aireel buat kak ida tmbh teruja nak balik smbut puasa dgn mak abah..
bila ada free tu baliklah berpuasa,bertarawikh dgn mak ayah..mst diaorg seronok..

Idalara said...

salam setiasahabat..insyaallah..dan selamat berpuasa juga dr kak ida

Rashid said...

a'ahh kak ida, moga bulan posa ini kita dapat banyakkan merenung diri dan beramal..


SELAMAT beramadhan dan bertarawih. Seronoknya..

anaklaut said...

salam..Idalara,

terima kasih atas ucapan tahniah dari idalara tu.

untuk mencapai sebanyak tu segala onak dan duri harus dihadapai.kecekalan hati dan usaha yg sangat gigih adalah harganya. sehinggakan beberapa pensyarah menyatakan kagum dengan ketabahan saya.. pelabagi dugaan dihadapai,
daripada tesis yang dihantar hilang, terpaksa print semula, masa yang sangat terbats sehingga terpaksa membuat kelas malam, kelas pada pagi hari, di saat semua guru masih belum datang, saya dah buat kelas untuk pelajar2 saya.- bagi mengganti waktu yang saya ambil untuk belajar.

di sekolah kena surat layang, dipanggil ke jabatan, dimalukan, dihina dengan pelbagai kata-kata nista.

hidup dengan penuh dugaan, impian yg dihajatkan hidup semati dengan orang yg tersayang tidak terlaksana. ibu meninggal dan ayah pula sakit kena strok, yang kini terlantar di rumah.

semuanya asam garam kehidupan saya penuh warna warni. saya menjadi seorang yang sangat tabah, cekal, akan berusaha sedaya upaya saya kerana itulah janji saya pada awrah ibu saya.

saya terus hadapi hidup ini dengan sabar, sokongan rakan2 yang memahami adalah tonggak kekuatan saya mengharungi segala dugaan yang saya hadapi.

-anaklaut-

Idalara said...

Salam cikgu Rashid
insyaallah..apa yg penting agar kesihatan kita tmbh baik dan amal ibadat dpt dijalankan dgn sempurna..

Idalara said...

salam al
terharu saya membaca ulasan al yg panjang lebar ini...ye saya faham dan terlebih maklum akan apa yg al pernah dan sedang lalui..anggap kejayaan itu adalah kenangan terindah dan hadiah yg paling bernilai buat al..

dan selepas ini al kenalah pula mencari seseorang yg dapat menemani hidup al yg sentiasa kesunyian..
tahniah, ketabahan dan kecekalan al sudah membuahkan hasil yg setimpal..

doa sy muga al akan terus tabah dan bahagia nnti..

p/s maafkan saya jika ada kata2 yang mengguris hati.

cahayachenta said...

selamat berpuasa kak ida....

hysMan.. said...

Salam Kak Ida,
hehehe..
Salam Ramadhan kak..
hope tahun ni kita bersungguh2 berpose lebih dr tahun yg sebelumnya..
moga2 dapat kerahmatan dr Nya Yang Maha Esa..InsyaAllah..

lebih dr 15 syaaban pon tak digalakkn berpose tp still boleh jugak nk banding 30 syaaban haram..
gewd info kak..thanx..:p

~aiman pose da penuh tak??hehe

Abelitokjoro said...

salam.. selamat berpuasa.. semuga ida ceria di samping teman-- bloger assalam..

Idalara said...

salam cahayachenta
muga puasa menjadikan kitainsan yg lebih mulia

SYAbAR said...

Selamat berpuasa Ida dan selamat buat tempahan kuih raya. Moga Ida diberikan kesihatan yang baik supaya dapat beribadah dan bekerja dengan sempurna di bulan yng mulia ini.

Idalara said...

Salam Hysman...
wah..lama tk singgh kt rumah kak ida ye..sebenarnya kak ida pun dah lama tk singgah umah man..
selamat berpose ye..(tk tahu esuk pose ke tak)mudah2an pose ini akan menambah amalan kita..muga kita diberkati dan dpt menjalankan ibadah ini dgn sempurna..

Idalara said...

Salam abelitokjoro
selamat berpuasa juga..muga sentiasa diberkati dn dirahmati.

Idalara said...

salam Sybar
selamat berpuasa juga buat syabar..insyaallah..kesihatan itu penting untuk melakukan kedua2 tugas apenting itu..terimakasih syabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...