Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, August 07, 2009

Nak Dengar Kata Siapa?

Bila baca paper..kerajaan suruh segera pegi hospital bila demam atau ada tanda2 macam penyakit yang sedang menular sekarang menyerang kita. Hospital yang disebut hanya 3 saja iaitu HUKM, Hospital Selayang dan HKL.

Semalam anak seorang teman pejabat demam, budak usia 4 tahun..lemah longlai tak bermaya dan sangat panas..ibunya bawa ke klinik swasta..namun doktor syorkan supaya bawa segera ke HUKM di Cheras..sudahlah pergi tanpa suami, parking punyalah jauh dan terpaksa memanjat tangga yang agak tinggi sambil mendukung anak berusia 4 tahun...bila masuk dalam hospital, terpinga2 mencari tempat pendaftaran..bertanya pada staff HUKM dimana nak buat pemeriksaan penyakit tu..namun masing2 kata..kat situ KOT, kat sini KOT..alamak..kitaorang pun tak tahu..(mcmne pekerja hospital tak tahu)

Akhirnya dengan inisiatif sendiri kawan aku tadi pergilah ke bahagian kecemasan..mak oi..memanglah ramai..tkpe lah..demi anak yang asyik merengek dan masih kuat panasnya..tapi yang teramat malangnya bila beliau bertanya kepada seorg staff di situ untuk dapatkan rawatan, apa yang dijawabnya:

"Siapa yang pandai2 suruh datang sini? baru demam malam tadi dah sibuk datang hospital, kat sini pemeriksaan sama macam kat klinik swasta, kalau dah masuk wad baru kita periksa betul2, ha! kalau nak tunggu jugak tunggulah!"

Mungkin terkejut atau terpana dengan jawapan yang diberi kawan aku tadi tak menjawab apa-apa, tak tahu lah aku kalau suami kawanku ada bersama..mahu kena sebijik staff yg tak sayang mulut itu..memang kita faham awak tu penat melayan kerenah ramai pesakit, tapi sekurang2nya janganlah dikeluarkan kata2 yang agak mengecewakan.

Akhirnya kawan aku balik dengan hampa..rasanya kalau aku yang kena masa tu mungkin harini staff tersebut dah diambil tindakan..aku akan perjuangkan hakku jika diperlakukan begitu..patutlah bertambah ramai yang meninggal akibat H1N1 ini..bila dah nazak baru nak ditahan di wad dan diperiksa..apa gunanya, dah terlambat..

Sekarang ini tak tahu cakap siapa yang kita mahu dengar..kata kerajaan segera ke hospital bila demam, kata staff hospital pula, siapa yang suruh datang hospital?..pening memikirkannya!!

p/s mungkin zaman dah nak berakhir..bermacam2 penyakit ganjil diturunkan untuk jadi peringatan pada kita..mudah2an kita dilindungi.

22 comments:

ber_uwang said...

harap harap staff tu ke kena H1N1 kemudian ada staff lain cakap kat dia mcm dia cakap tu.. dunia ibrat roda.. sekejab diatas dan sekejab lagi di bawah....

Zamz said...

emm tulah kan..sian org ramai tak tau nak buat apa..mana la tak merebak cepat

anaklaut said...

salam..

dunia akhir zaman, pelbagai penyakit yang pelik2 diturunkan tuhan...moga diselamatkan kita semua.

honeyamirul said...

Salam Kak Ida,

Mmang betul tu kak... Menyakitkan hati je bila pergi hospital gomen ni... bila sakit sikit kita pergi untuk check di katanya... asal tak pergi klinik je... kalau yang dah teruk tu bila pergi pulak di katanya... asal dah teruk baru nak datang... ada saja soalan2x yang membingitkan telinga orang...

Hie!!!...geramnya!... Dengan
Orang yang takda insurans mulut... Belom jumpa buku ngan ruas lagi tu...

Dj Epoi said...

Mungkin......tersangat penat & tension kut hehehehhe.....

Bisalah tuh Kak.....ospitat gomen hehehehehhehe

Krasz bAtu said...

i lak dah 2 minggu demam tak baik2 nii..

Amieynna Amin said...

kak ida..
kdg2 bukan nak ckp pe laa..
dorg mcm xpaham keadaan org sakit..
aritu sy teman kwn g klinik..
kwn sy da laa ngah skit..
ade ke staff klinik tu suh isi sendiri borg pdaftaran..
pastu dtg sorg pompuan bwk baby...
kene gak isi borang tu sendiri..
ape2 je..
bukan susah pon..

intan shaheera@ieyra said...

wabak ni adalah ujian yang diturunkan ALLAh S.W.T.........

kerna......zaman skarang manusia dah lupa diri......

mamai said...

pasal nie juga la aku petak kepala...rasanya hospital dah jadi tempat paling tak selamat sekarang

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Idalara,

"semuanya sebagai peringatan daripadaNYA',

"dan bagi urusan hospitaliti, benar KKM perlu lebih bersikap cekap dan teratur".

LiNda said...

Salam idalara...,

Betul tuh , peraturan yang ditetapkan sangat mengelirukan ..
Harap anak kawan idalara semakin sembuh.

kakcikseroja said...

Ida baca tak post kakcik pasal angah demam tu? Penatnya kakcik menunggu 3 jam masa angah ditempatkan di wad kecemasan dan disuruh balik begitu saja!

Cik Skaf said...

Staff hospital cakap mcm tu??? melampau nyaaaa. jahatnya mulut dia. KALAU pun tindakan kawan akak tu tak betul (sekali lagi - kalaupun),bukan begitu cara dia menegur. Frust sy dengar ada lagi org kita, terutama mereka yg bekerja dgn memberi perkhidmatan kepada org ramai berlakuan mcm tu. huhu. "Budi bahasa budaya kita"

Idalara said...

salam ber-uwang
mng patutpun dia kena baru dia tahu..tak de belas lnagsung pd budak kecil yg tak bermaya tu..

Idalara said...

betul zamz...kita mcm bola..ditendang terajang suka hati.

Idalara said...

salam al
mng betul..semua tu untuk ingatkan kita.

Idalara said...

salam honeymirul..tu belum kena dgn kak ida..kak ida ni nmpk je kecik tp kalau di perlekehkan siaplah..hak kita mst kita jaga kan..

Idalara said...

salam djepoi..
rite..kita fhm dia penat tp cuba fkir kwn kak ida yg lg penat..

Idalara said...

kraszbatu
ler...lamanya..tp mnglah biasa kak ida dgr bila demam payah nak baik,

Idalara said...

salam myna..
biasalah dah kalau klinik@hospital kerajaan..nasib lah siapa yg dapat staff yg tk berteimbang rasa..

kakcikseroja said...

lupa nak sarankan...
suruh kawan Ida tu masuk kat portal KKM dan buat aduan kat situ.. Kakcik pernah buat tau... memang ada respon...

Idalara said...

salam kakcik..
betul ke...nnti ida bgtahu dia..anak kwn ida tu smpai skrg masih tak eluk demam..kesian dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...