Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, August 05, 2009

Bertemu Kembali

Assalamualaikum semua sahabat..lamanya aku tidak ke sini..ada sesuatu yang tidak mengizinkan aku ke sini..sesuatu ynag hanya aku yang tahu..dan terimakasih yang tidak terhingga kerana singgah walaupun aku tiada..aku tahu..dunia blog tetap meriah tanpa IDALARA di sini..

Ada seorang sahabat bertanya..kemanakah aku menghilang..ada juga yang menghubungiku bertanya khabar kerana sudah agak lama tidak muncul di blog....aku ingin melarikan diri dari seseorang atau aku mahu menghindarkan diri dari sesiapa? Soalan bonus tu..

entahlah..hatiku menangis bila melihat kemesraan 'dia' bersama seseorang..seperti yang pernah aku katakan pada 'as'..,mungkinkah dia kini sedang bahagia dengan seseorang... sedar atau tidak ketiadaan aku ini..entahlah.

Terlalu sukar untuk bercerita, terlalu payah untuk berkata-kata..cuba untuk menghindarinya, cuba untuk melupakan, cuba untuk menjauhkan, namun segalanya terlalu payah..mengapa aku diuji dengan begini rupa..aku tidak pernah menyalahkan dia...dia berhak untuk menetukan jalan hidupnya sendiri..siapa yang dia pilih itu adalah hak dia.

Berkata memang mudah, yang mengalami yang menghadapinya adalah aku....aku sudah puas berdoa..aku sudah puas merayu pada Allah supaya dia dapat aku lupakan..namun aku tak berdaya juga..Allah tetap mengujiku dengan mengingati dan merindui 'dia'..bagaimana mahu melupakan jika setiap ruang ingatan ini ada dia, di setiap sudut hatiku ada dia..

Orang kata adalah lebih baik aku berterus terang..sudah ku lakukan, biar jawapannya sakit dan melukakan, itu lebih baik dari aku menunggu tanpa kata...namun hingga saat ini..aku terbiar tanpa jawapan..tanpa kata-kata..malah aku lebih sakit melihat kemesraan itu..

Bila perkara ini berlaku aku macam lumpuh, aku seakan sakit..seolah2 yang memandu dan menentukan hidupku adalah dia, semacam aku sudah lupa aku ada Tuhan iaitu Allah yang akan beri aku petunjuk dan akan melegakan hatiku dari sengsara ini.

Bukankah lebih baik kalau aku menangis, berdoa dan memohon supaya Allah mengampunkan kesalahanku..bukankah allah itu pelindungku, yang menyelamatkan aku..aku kena yakin dan percaya 'dia' bukan untukku. Aku kena letakkan Allah yang pertama di hatiku,bukan dia atau sesiapa saja.

Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban..aku akan membaca Surah Yasin dan berdoa lagi muga Allah memberi aku ketenangan, dapat melupakan dia dan aku ingin doakan dia bahagia walau dengan siapapun pilihan dia. Muga Allah perkenankan doa-doa hambaNya yang kerdil ini.

p/s seseorg yang istimewa bukan selalu depan mata tapi di hati dan didalam setiap doanya.

p/s maafkan aku...kataku tak ingin berlara lagi namun..sebagai insan biasa aku tak mampu..

22 comments:

Beruwang said...

allah suka pada hambanya yang selalu memujinya dan merintih kagum akan kebesaran nya.

Idalara said...

salam ber_uwang
hnya Allah yg mendengar luahan hati kita..hambanya..

secretname said...

kesabaran adalah kunci pada setiap masalah..gd luck ye

Idalara said...

salam secret..insyaallah..thanks singgah bg kata2 semangat.

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

kak ida..
nape kak?

jgn cedey2..
pastinya akak kuat utk mendepani semua ujian yg diturunkan..
be strong kak!
you're not alone..
kami di sini..
kawan2 akak akan menceriakan akak ok...

p/s: teringat lak lagu michael jackson-you're not alone..

GRuNGe said...

Lari dari seseorang bukan penyelesai masalah kak. Kan lebih bagus bersemuka, walaupun secara alam maya.

Erk, maaf kak, saya merepek lebih ni.

Kalau rajin, update la selalu kak.

anaklaut said...

salam...

tq singgah anaklaut..:))

Anonymous said...

aii syg,jgnlh kau menitiskan airmata kerna 'dia',ensem sgt ke dia tu?ensem lagi abg nih..hehe.abg ni nak bermadah berhelah berpuisi pujangga idak ler retii..tp nak ngorat idalara ni boleh aje.Kenapa lh tertarik sgt pd kata-kata si dia,si dia hanya pandai berkata2 saje.semuanya nak diayat dan nak dibungakan tapi untuk buktikan si dia mgkn tidak mampu.Jangan mudah terpedaya pada si dia.ramai lagi yang ensem kacak bergaya sedang memerhatikan dirimu idalara..ku menantimu di pintu syurga.:-)

Unknown said...

sabar ye kak ida.. insyaAllah ada yg lebih layak utk kak ida...

("Kadang2 Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, Kita tertanya2 ke mana hilangnya matahari, rupa2 nya Allah memberikan kita pelangi...")

Kakcik Seroja said...

Teruslah berserah dan berdoa padaNya, adikku Ida.. andai sudi bercerita, kakcik sedia menjadi pendengar..... Semoga ketenangan dan kebahagiaan akan Ida temui jua nanti, InsyaAllah...

Cik Skaf said...

Sabar dan dan tabah lah akak. Walau pedih, walau bagai disiat2 hati.. akak kena kuat. Cabaran dan dugaan lebih besar dr ini akak boleh tempuh, jd ujian perasaan spt ini akak anggap mcm tersepak batu kecil aje la - sakit cuma dihujung jari, ia tak akan membuatkan akak lumpuh. Kuatkan hati kak Ida! jgn menangis lg kerana dia.

Idalara said...

salam nur..
kak ida ok je..just nak lepaskan apa yg terpendam..nothing..kak ida mng sgt strong..demi anak-anak.

Idalara said...

salam grunge..
sudah berterus terang namun dia hnya membisu tnpa kata2..so kak ida faham..

grunge tk merepek..itu mng betul..

insyaallah kak ida akan lebih kerap update.

Idalara said...

salam anaklaut
sama2 :)))))

Idalara said...

salam anonymous
siapakah gerangan anda ini...amboi..mahu menungguku dipintu syurga..silakan jika mahu memadu kasih mencipta bahagia dgn ku di dunia dan akhirat..

Idalara said...

salam chayachenta
itu yg sering kak ida tanamkan dlm hati..ada hikmah yg menanti kak ida pastinya.

Idalara said...

salam kakcik
terimakasih yg tak terhingga..
kakcik pasti seorg kakak yg sgt mengerti,ida tkde kakak so ida mahu kakcik jadi kakak angkat ida..boleh.

Idalara said...

salam cik skaf
insyaallah dan alhamdulillah sejak lepas bc Yasin mlm td kak ida rasa lebih tenang dan redha dgn apa yg berlaku..terimakasih ye..

Hanc said...

salam~ hanc tak de kata2 yang indah untuk di coretkan. hanya kata semangat dari seorang anak kecil.. kekek~~ cayuk2 akak~~ hope hppy selalu ya~

Idalara said...

salam hans..
itulah kata2 yg sgt bernmakna buat kak ida..thanks syg.

honeyamirul said...

Salam Kak Ida,

Akak...Janganlah bersedih lagi... Kebanyak kan entry akak semuanya sayu-sayu je... Bukan dia sahaja kumbang di bumi ini... Biasalah tu Kak... Perjalanan hidup kita ada suka dan duka... Apa yang kita inginkan tidak semestinya akan menjadi milik kita... Jangan terlalu ikutkan hati Buang je perasaan itu jauh-jauh... Fikirkan tentang diri akak dan masa depan anak-anak akak itu yang lebih utama... Soal jodoh berserahlah padaNya... Hanya dia sahaja yang mengetahui dan menentukan apa yang terbaik untuk akak... Jodoh akak ada tu Insyaallah...

P/S: Tidak ada gunanya kita... Mengingati / Menyanyangi /Mengasihi Mencintai/Mengharapkan... Orang yang tidak mengharapkan langsung kehadiran kita di dalam hidupnya...

Enjoy your life... :)

Idalara said...

salam honey
insyaallah selepas ini kak ida tkkan berlara lagi..terimaksih dik kata2 honey sgt menyentuh hati kak ida..kak ida akan ingat sampai bila2..betul..kak ida dah tak harapkan apa2 lagi..sekarang tumpuan kak ida hnya pada kerjaya dan anaka2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...