Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, August 25, 2009

Tips2 Kesihatan Di Bulan Ramadhan

Ya Rabbi..
Andai Ramadhan ini
adalah yang terakhir buatku
terimalah ibadahku
terimalah amalanku
terimalah aku
sebagai hambamu.
Ya Rahman..
Andai Ramadhan ini
Adalah yang terakhir buatku
ampunilah aku
terimalah taubatku
masukkan aku dalam
gulungan umat KekasihMu
Ya Rahim..
Aku mohon padamu
muga bertemu lagi Ramadhan
yang akan datang..
muga Ramadhan ini
bukan yang terakhir buatku.

Bulan Ramadhan ialah bulan Ibadah yang penuh keberkatan, Selain menunaikan ibadah kepada Allah swt, melalui puasa individu mendapat kekuatan spritual dan belajar mengawal tuntutan hawa nafsu. Ramadhan mendidik kita supaya bersabar dan lebih berdidiplin terutama bila berhadapan dengan pelbagai menu yang pasti menaikkan nafsu makan lebih daripada hari biasa walaupun ketika berpuasa.

Secara umumnya, puasa yang kurang berkesan berpunca daripada tabiat pemakanan atau gaya hidup tidak sihat, makan secara berlebihan, berulang-ulang makan sepanjang malam, makan makanan kurang berkhasiat, kurang minum air, tidur ketika kenyang adalah beberapa tabiat tidak sihat dan sama sekali perlu dielakkan agar manafaat puasa dapat dicapai.

Perkara yang harus dilakukan:

1. Makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia atau kandungan gula rendah yang boleh menyebabkan kelesuan.

2. Makan makanan yang yang lambat dihadam terutamanya sewaktu sahur. Ia mampu bertahan sehingga 8 jam. Kabohidrat kompleks seperti oats, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyak fiber.

3. Minum banyak air kosong untuk mengelakkan sukar buang air besar dan penyahhidratan.

4. Makan makanan yang banyak mengandungi gizi seimbang.

5. mengambil supplement kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan.

Perkara yang harus dielakkan:

1. Elakkan makan secara berlebihan terutamanya ketika berbuka dan sahur. Ia akan menyebabkan anda merasa malas dan letih.

2. Elakakn mengambil makanan yang cepat dihadam, ia hanya mampu bertahan sehingga 3 atau 4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat hadam ialah yang mengandungi kabohidrat ringan seperti gula, roti putih dan sebagainya.

3. Elakkan mengambil makanan yang digoreng dan berlemak. Ia menyebabkan ketidakhadaman dan sakit perut dan penambahan berta badan.

4. Elakkan minum air teh secara berlebihan kerana ia mengandungi theophyline yang menyebabkan kita kerap membuang air.

Sebenarnya banyak tips2 yang baik untuk mengekalkan anda tetap segar dan bertenaga semasa berpuasa. Mudah2an tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu kita menjaga pemakanan agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

18 comments:

Natsu said...

tips tambahan, sblm mkn msti bce doa dlu. hehe.

slmt mnyambut ramadan:)

anaklaut said...

salam..Idalara,

pertama sekali saya mengucapkan terima kasih pada idalara kerana sudi singgah di blog saya yang serba kekurangan ini.

semua enti2 saya adalah datangnya dari jiwa saya. tidak terniat walau sebesar zarah pun untuk mengenakan sapa2, jauh sekali untuk melukakan hati seorang sahabt saya, iaitu idalara yang begitu saya kagumi dan hormati itu.
mana2 yg baik datang dari allah swt, dan jika ada kelemahan adalah datangnya dari kelemahan saya sendiri..

Idalara said...

salam natsu
betul tu...niat penting..mst betul..

Idalara said...

salam al
jutaan kemaafan saya pinta..
tak berniatpun idalara berkata entri al itu untuk mengenakan sesiapa..mungkin silap idalara berkata begitu..jika al tk suka biarlah idalara deletekan saja komen2 tersebut..maafkan idalara sekali lagi..imsyaallah selepas ini tiada komen seperti itu lgi..

SYAbAR said...

Tkasih kongsi info, tp camna la nak elak dr masak makanan tidak bergoreng... utk anak2 tambah lg la. Minum air masak byk pun tu yg payah time2 posa ni...

ai@reel said...

alhamdulilah bagus sugguh info ni...

senang citer masa nilah kita nak tahu pat mana nafsu kita ni.....eheheh

birU said...

salam idalara..

andai ramadhan ini terakhir buatku
ingin aku lakukan segala2nya...

idalara, komen biru kat n3 bawah adakan, hehhehe
ya lah, dah panjang2 tulis, takut tak send ke apa kan. risau gak takut idalara kata i tak bagi komen laks. dah la ada citer2 biru, ekekekk

LiNda said...

Salam ida...

tq sbb ada n3 ini . Sebab kekadang tuh, kita lupa banyak mana kita makan ..kann kann.. ( itu sayale ..) hik hik

MaMaQaYPo FaMiLy said...

TQ atas TIPS berguna ni...

arnamee said...

Salam akak, ehehe.

suke entri ni, suapaya kita beserderhana dalam kehidupan, insyaallah. kena maintain ni suapaya boleh pakai bju rye.lalala;p

u-neey said...

info yg bagus. tapi nape yea saya kalu sahur ngan nasi cepat jd lapar. jadi, skarang saya sahur ngan roti jelah...

Idalara said...

salam syabar..
hmm itulah yg susahkan,,kita ni dah sejak azali lg mkn yg bergoreng..utk kita mingkin boleh tp ye lah utk anak2 mau nya tk makan nnti.,tp kita try dulu..

Idalara said...

salam aireel
yg bagus tu kita jadikan panduan..betul tu..puasa ni patutnya melatih kita mengawal nafsu..tp jd sebaliknya.

Idalara said...

salam biru..mudah2an ramadhan ini bukan yg terakhir..rasanya belum bersedia..

p/s ida heran gak nape biru tk komen apa2 kt entri award tu..rupanya ada teknikal prblm kot..tp dah okeh dah..thanks biru..

Idalara said...

salam linda
info ni bagus tp kita yg payah nak ikut kan,kan..:))

kak ida pun suka makan wlupun slimtel je..

Idalara said...

salam mamaqaypo..thanks singgah..baik untuk kita semua.

Idalara said...

salam arnamee
rasanya masa bulan pose ni kita boleh kuruskan badan kan..takut lepas raya nnti badan naik mendadak..:)

Idalara said...

salam u-neey
ooo mcmtu lak..kak ida mst makan nasi kalau tk nak jln pun tak larat,,hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...