Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, July 11, 2009

Tsunami Melanda Hatiku....


Mendengar cerita itu seumpama tsunami yang menghempas pantai, hatiku yang tenang tiba2 bergelora umpama laut yang di hempas ombak badai.....apa tujuan dia menyampaikan cerita itu, hanya dia dan Tuhan yang tahu..dan airmataku tak dapat dibendung lagi..mengapa aku rasa terlalu sakit, mengapa aku tidak redha..sedangkan dia berhak atas dirinya, sedangkan dia pernah menolakku dengan berhemah...dia berhak untuk menentukan jalan hidupnya...dia berhak untuk rasa bahagia dengan dunianya....kalau bukan dengan aku..aku harus terima..dan bukankah sebelum ini dia telah katakan bahawa dia baru kehilangan dan tidak dapat menerima sesiapa pun dalam hidupnya termasuklah aku.....cerita itu walaupun belum ada jawapan namun jauh di sudut hatiku aku semakin jauh dari dia...memang sebenarnya aku telahpun kehilangan dia tapi....
mengapa aku masih tidak dapat menerima kenyataan itu?
Sebenarnya ada suatu sebab yang membuat aku terlalu hiba hari ini...apakah sebenarnya..biarlah hanya aku yang tahu.....cadanganku pada awalnya ingin menghasilkan satu entri motivasi tidak dapat aku teruskan... kerana satu berita yang buat aku terlalu sedih hinggakan aku menitiskan airmata dan aku memang terlalu murah dengan airmata....aku rasa terlalu lemah dan aku rasa terlalu kecewa..maafkan aku teman2..aku harus meluahkan isihatiku agar aku tidak terus sakit...mana dia iron lady yang di gelar oleh rakan2ku?...


Aku rasa aku memang seorang yang kuat dan tabah..sewaktu aku dijatuhi talak pun aku sangat tabah (namun aku tak kuat mendengar cerita itu)..sewaktu ucapan talak itu jatuh, tiada setitis airmatapun pun mengalir..walaupun dalam hatiku sarat dengan seribu tandatanya, mampukah aku besarkan anak-anak tanpa seorang lelaki bernama suami dan ayah, cukupkah aku menyara anak-anak dengan pendapatan ku yang teramat sedikit, di mana aku akan tinggal, bagaimana mahu menampung semua perbelanjaan dengan gaji bersih yang tidak seberapa.


Semua pertanyaan itu bermain-main dalam benakku..menjadi satu beban dalam mindaku hingga aku rasa tak mampu untuk berfikir..hinggakan aku rasa takdir yang menimpaku tidak adil..berdosa aku berfikiran begitu..aku mengucap dan berastagafar..aku sedar segalanya telah ditentukan dan ada hikmah yang menanti disebalik apa yang berlaku...hingga kini aku tetap menanti hikmah yang tersembunyi itu..


Di tahun-tahun pertama perpisahan kami..aku belum dapat menyesuaikan diri menghadapi keadaan ini..aku bukan tak rela kehilangan dia sebagai suami tapi aku tidak tega melihat anak-anak yang masih kecil hilang kasih sayang dari seorang ayah, bertahun aku cuba pertahankan rumahtanggaku kerana anak-anak..bertahun aku makan hati dan menderita jiwa kerana untuk tidak membenarkan anak-anak tidak berayah..bertahun aku menjadi pelakun terbaik demi mempertahankan rumahtangga...bertahun juga ku sembunyikan segala penderitaanku dari ibu ayah, keluarga dan rakan-rakan. Namun apa yang aku pertahankan musnah jua..segala yang menjadi rahsia bukan rahsia lagi..dan bukan sedikit orang yag terkejut dengan berita perpisahan kami.

Bertahun aku berusaha untuk terus hidup..kalau orang lain bekerja 5 hari seminggu, tidak aku..aku bekerja 7 hari seminggu..bermacam-macam usaha aku lakukan untuk menambah pendapatanku..kini..setelah hampir 5 tahun aku hidup sendiri bersama anak-anak, aku telah dapat menyesuaikan diri dangan kehidupan baruku, Alhamdulillah walaupun tidak mewah tidaklah sampai anak2 tidak dapat bersekolah dan tak dapat makan....
Sunyi dan sepi?..bohonglah jika aku katakan aku tidak rasai semua itu..aku seorang yang kuat bercakap..aku akan jadi buntu jika tiada sesiapa menemaniku bersembang dan bercerita..bila anak2 tiada aku seperti hilang arah..aku rasa terlalu sepi..lebih2 lagi jika suasana muram dan mendung..cuaca pun akan mempengaruhi hatiku..ahhh..teruknya aku ini..
Kini aku apa yang aku rasa 5 tahun dulu berulang kembali..aku rasa kekosongan dan kehilangan....hanya Dia tempat aku mengadu kesakitan yang aku rasai..hanya Dia tempat aku luahkan apa yang aku rasai..kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.
p/s kesakitan di dalam lebih parah dari kesakitan yang terlihat dek mata kasar...muga ayat2 Sucimu bisa menenangkan hati ini, pastinya..amin...
p/s jika takdir dia bukan milik kita akan tetap bukan milik kita, namun jika takdir dia adalah milik kita cepat atau lambat dia akan tetap jadi milik kita.

18 comments:

Adinda Amy Sensei said...

salam kak ida..

sabarla ye..jangan sedih2...mungkin dia bukan ditakdirkan buat kak ida..dah,tak mo sedih2 lagi k..ceria mcm biase ye...kalo murung pun, apa gune nye kan? hidup mesti diteruskan..Allah tetap bersama kita..

'LA TAHZAN'

Idalara said...

salam cik amy..
kadang kala kak ida mng tak boleh lari dr rasa sedih ini..cuba untuk terima hakikat dah memang bukan dia milik kak ida tapi..hati ni degil sgt..insyaallah kaka ida akan cuba jadi lebih ceria..hope cik amy akan sering ceriakan kak ida..

Rosez Leena (Org Ganu) said...

kak ida..kesiannyer..sy menitiskan air mata bce n3 kak ida kali ni..sedih sgt.
kak ida sabar byk2 yer..i really feel sorry to hear about the story behind u..ingtlah setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahNya..Allah tidak akan membebankan seseorang manusia itu dengan beban yang mereka tidak sanggup memikulnya.Allah itu Maha Adil..Dia tidak akan menimpakan sesuatu musibah kepada hambaNya dengan sia2 tetapi kerana sebab2 tertentu..
pepun kak ida banyakkanlah solat tahajud n beristighfar agar Allah menguatkan hati Kak ida utk menghadapi semua dugaan ni..
Hanya ini yg sy mmpu nasihatkan sebagai saudara sesama islam walopun sy yakin,berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
i wish u always sukses in ur life! n smoga anak2 kak ida pun semuanya berjaya pada masa akan datang..insyaAllah...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

akak..

tersentuh hati nur baca entry akak ni.. akak menangislah sepuas hati akak.. lepaskan semuanya.. buang semua kesedihan tu...

nur fhm kekosongan yg akak rasa tu... tapi kak, kita kena bangkit dari semua ni..

akak seorg yg kuat.. akak sedih mcm ni tak bererti akak lemah... kita manusia kak.. adakala kita gembira adakala kita sedih.. adakala kita hipokrit semata-mata tak mau org tgk kita sedih tapi kita tak boleh hipokrit dgn diri kita sendiri...

Tirana said...

Hanya orang yang pernah mengalami situasi ini saja yang tahu bagaimana rasa kehilangan.. Saya pernah rasa dan faham sangat keadaannya. Kuatkan hati..insyaAllah you'll get over it.

Adinda Amy Sensei said...

salam kak ida..

nak elakkan hati dari berlara yang tak tentu, kalo kak ida nak dengar lagu, jgn dengar lagu yang sedih2..selalu dengar lagu yang gembira..baru hati kita ceria..kalo dengar lagu sedih, hati kita akan turut sama berduka..

banyakkan baca Al-Quran agar hati kita akan menjadi tenang..itulah ubat dari segala ubat yang mujarab..insyaallah bi iznilallah..

Anonymous said...

assalamualaikum wbt..idalara,

Cinta bukan sekadar perasaan yang terlintas dalam hati . Cinta bukan sekadar ungkapan yang keluar dari bibir dan lidah atau fikiran tapi sebuah komitment, sebuah hakikat,

Perasaan bisa datang dan pergi begitu saja dan tak berbekas. Cinta kadang tak harus berakhir bahagia, karena Cinta tak akan pernah berakhir, Cinta akan kekal untuk selamanya. Cinta sejati menerima apa adanya, mendengar apa yang tidak dikatakan, dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, karena dia datang dari lubuk HATI yang paling dalam, Kadang Cinta harus penuh pengorbanan, penuh linangan air mata karena cinta memang sebuah misteri semakin menyakitkan semakin membuat orang merasa terbuai, Cinta akan datang dengan sendirinya tanpa harus diminta dan direka.

ida,

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan

salam ida,

Saya sangat menghormati ida, hidup saya penuh dengan sejarah suka duka, pahit manis, namun saya pasrah menghadainya.

Maafkanlah "dia" dari hujung rambut hingga hujung kaki. tidak ada niat langsung membuatkan /menambahkan kedukaan yang ada..

Pengasas said...

Salam Ida,
Antara yang saya fahami mengenai Ida ialah Ida mempunyai bakat yang kukuh untuk menulis novel.
Tulislah! Kerana tulisan Ida amat berkesan kepada pembaca.
Walaupun saya seorang ahli akademik tetapi saya juga membaca beberapa novel.

Khairul Onggon said...

salam iron lady.. sabarlah walaupun org kata sebut bolehlah, senang.. tapi waktu kwn2 masih ada kekuatan untuk menyebut perkataan sabar, tak salah kan kita sebut sabar untuk kwn kita yg down dan sedang bersedih..

Setiap masalah ada jalan keluarnya, setiap perkara ada himahnya.. Moga nanti rezeki brtambah, klu tak di dunia sekalipun, di akhirat nanti berkat kesabaran yg tinggi.. AMin.. :)

dya said...

salam
sy phm sedih,sepi tu
sabar ek kak

Idalara said...

salam org ganu..terimakasih kerana memahami apa yg melanda kak ida.jgn dibazirkan airmata kerana kisah itu..hnya sebagai pengajaran dan buat pedoman kelak bila org ganu sudah berumahtangga..kadang2 kaka ida rasa sudah dapat melupakan tp bila suatu kejadian sedih menimpa kak ida maka luka lama pasti berdarah kembali..
insyaallah..kak ida sedang dalam proses mengubat hati dengan mendekatkan diri padaNYa.
terimakasih kerana perihatin.

Idalara said...

salam nur..
nur masih terlalu muda tapi dapat mengerti naluri seorg perempuan..
ye..memang semalaman sewaktu membaca ayat2 suci Alquran kak ida menangis sepuasnya..kak ida sedar tkkan kemana jika mengikut hati yang lara ini..namun kak ida hnya seorg perempuan.terimakasih kerana beri semangat pd kak ida.

Idalara said...

Salam Tirana..
tirana banyak memberi saya nasihat dan pandangan yg bernas,kisah2 di entri tirana juga banyak membuka mata saya..namun kdg2 saya terlalu lemah bila ada kejadian yg sgt mendukakan saya.
terimakasih tirana.

Idalara said...

salam anonymous..
saya rasa sy kaenal dan tahu siapa anda..terimakasih..
buat 'dia' yang tak pernah bersalah kepada saya..hanya saya yang tk mengerti.

Idalara said...

salam Pengasas @ Dr
Terimakasih kerana Dr tetap sudi singgah di tempat saya..
terimakasih juga memahami diri saya..insyaallah kata2 semangat dr Dr itu akan saya jadikan kenyataan..

Idalara said...

salam khairul onggon..
dalam linangan airmata kak ida tersenyum bila di panggil iron lady..
terimakasih kerana sudi singgah dan beri kata2 semangat buat kak ida..insyaallah kata2 khairul itu akan jadi sebagai doa buat kak ida dan anak2.

Idalara said...

salam lintasan hati
terimakasih kerana memahami..apa daya kita manusia pasti tak lari dr rasa itu.

u-neey said...

kak ida seorang yg tabah dan kuat semangat. Jangan cepat rebah kerana seorang lelaki.
Mungkin Allah swt ingin mempertemukan kak ida dengan seseorang yg jauh lebih baik dari si 'dia' cuma belum masanya.
Jgn sedih2 lagi tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...