Allah S.W.T kemudian memerintahkan Malaikat Maut mencabut roh Baginda dengan penuh kelembutan dan kehalusan. Perintah Allah kepada malaikat itu,
"Kalau dia mengizinkanmu memasuki rumahnya, maka masuklah, tetapi jika dia tidak izinkan, maka kembalilah."
Malaikat Maut kemudian segera menemui Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk seperti orang Arab Badwi. Malaikat kemudian mengetuk pintu sambil memberi salam dan meminta izin masuk, tetapi Fatimah tidak membenarkannya masuk kerana Rasulullah s.a.w sedang sakit tenat.
Rasulullah yang mendengar ketukan itu bersabda:
" Tahukah engkau siapa dia?"
"Tidak" jawab Fatimah.
"Dialah Malaikat Maut yang akan mencabut segala macam kelazatan dan kenikmatan serta nafsu syahwat, dialah yang akan memisahkan kita" jawab baginda. Fatimah kemudian menangis.
'Masuklah hai Malaikat Maut" perintah Rasulullah s.a.w . Sewaktu Malaikat masuk, Rasulullah bersabda, "Engkau datang sebagai pengunjung atau untuk keperluan mencabut rohku"
Tanya Rasulullah s.a.w.
Malaikat Maut menjawab : " Untuk kedua-duanya sekali jika Rasulullah mengizinkan, tetepi jika tuan tidak mengizinkan, sekarang juga aku keluar."
Tidak lama kemudian Jibril pun turun dan duduk di sebelah Rasulullah dan Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidakkah kamu tahu bahawa ajalku sudah hampir sampai. Kerana itu tolong beritahu pahala dan kemuliaan yang Allah s.a.t sediakan bagiku di sisinya"
"Semua pintu langit telah terbuka dan Malaikat telah berbaris menunggu kedatanganmu, demikainlah juga pintu syurga" jawab Jibril a.s.
Rasulullah bertanya: "Bagaimana keadaan umatku pada hari kiamat nanti?"
"Percayalah kepadaku bahawa Allah s.w.t telah melarang semua Nabi-Nabi dan umatnya masuk ke Syurga sebelum kamu dan Umatmu memasukinya" Jelas Jibril a.s lagi.
Begitulah sayangnya Rasulullah kepada umatnya..bagaimana pula kita terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Kasih kah kita pada Banginda..mampukah kita mengikut apa yag di ajar oleh Baginda?..
"Ya Allah, perbaikilah urusan agamaku yang menjadi penolak dan pemeliharaan urusanku. Dan perbaikilah urusan duniawiku yang menjadi arena kehidupanku. Dan perbaikilah urusan akhiratku yang menjadi tujuanku kembali. Dan jadikanlah kehidupanku ini sebagai peningkatan dalam segala kebaikan. Dan jadilah kematianku, sebagai cara menghilangkan kepenatanku dari semua kejahatan"
p/s dia kata hidupnya terlalu sepi..seperti kehilangan sesuatu..adakah dia mahu mati? begitu soalnya..
hidup dan mati adalah satu ketentuan..jika kita dibenarkan hidup, biarlah kita hidup dalam rahmatNya dan jika kita mahu dimatikan, biarlah dalam keredhaanNya."
12 comments:
Yang Terbaik.......!!!
Salam Kak!
Umati..umati..umati..
subahanallah..sayang betul Rasulullah SAW ke atas umatnya..
moga kita sama2 memegang amanah sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan hamba Allah SWT yg taat dan menuruti segala sunnah dan perintahNya..
:)
salam..
mati adalah pasti..cuma kita tidak tahu bila..moga idalara dirahmati allah swt selalu.
salam...
insyaAllah..ambil iktibar pada perkara kebaikan.
salam kak Ida. artikel yg menarik. Sungguh nie 1st taim saya membacanya mengenai masa2 akhir kewafatan baginda. InsyaAllah kak, sama2 lah kita doa, seperti doa akak kt atas tu, moga kematian kita nanti mrupakan masa istirehat kita dari melakukan dosa.
salam DJepoi..
hope gitulah..thanks!
salam.. idalara,
dengar saya jawab pantun yang diulas dalam entri " mengikat tali hati" di blog anaklaut.
"Hujan turun laut membiru,
Dingin malam mengusik kalbu,
Biar batu menjadi debu,
Aku tetap sayang padamu."
:)) sori..mood miang ari ni.
tq singgah anaklaut
salam hysman..begitulah sifat Rasulullah SAW..mudah2an kita menjadi umat baginda di sana nanti.
Salam al..
right.
salam mar..
insyaallah..thanks singgah.
salam cik skaf..
kak iad pun baru tahu dr pembacaan kaka ida.insyaallah cik skaf
salam al..
wah..mekasih mekasih jwb pantun..
eh..sayang kat idalara ke..ahaks!
pastinya syg sebagai sahabatkan..
Post a Comment