Sepanjang meniti kehidupan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, setiap orang pernah mengalami dan melalui onak dan duri serta berbagai kenangan pahit. Tidak mustahil ada yang menghantui fikiran anda hingga kini, jangan biarkan kenangan silam membelenggu diri seakan ia tidak dapat diubah lagi. Hayati masa hadapan yang masih panjang. masih banyak perkara yang anda boleh lakukan. Anda harus tanamkan dalam diri bahawa MASA itu NYAWA yang tidak akan menunggu kita, jangan biarkan kebimbangan lalu meghalang diri mencipta kejayaan hari esuk!.
Tips Lupakan Kenangan Silam
1. Fokus pada masa depan kerana ia memberi peluang untuk kita menjadi lebih baik, dengan sisa kehidupan yang tinggal ini, janganlah dipersiakan. Pejamkan mata seketika dan bayangkan kehidupan yang ceria, berjaya dan bahagia.
2. Selalulah beristighfar (syaitan paling benci org yg kuat beristighfar)memaafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri, memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, kesal dan tekanan.
3. Tidak ada manafaat mengenang kenangan pahit dan dosa-dosa silam jika anda tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menyingkirkannya. Walaupun payah anda harus lakukannya.
4. Banyakkan solat dan jangan putus asa untuk terus berdoa memohon bantuan dariNYA, jika kehidupan anda yang lalu penuh dosa, bersihkan jiwa dengan taubat yang sungguh-sungguh.
5. Berdamping dengan orang yang lebih baik sama ada mereka yang lebih berjaya, beriman dan berilmu, berkongsilah ilmu yang mereka ada untuk memperbaiki diri anda.
6. Berikan tumpuan atau fokus pada keinginan hati, sudah berpuluh-puluh tahun mencari matlamat hidup tetapi masih kabur, tidak mengapa kerana anda masih belum terlewat, jika anda tetapkan matlamat ingin lupakan kenangan lalu dan cipta impian baru yang lebih indah, pasti anda akan lebih teruja.
7. Tulis satu persatu perkara-perkara yang anda ingin lupakan pada sekeping kertas, lipat dan masukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian campakkan ia jauh samada ke sungai, ke laut atau ke dalam jurang. Ringkasnya 'hapuskan' kotak itu. Sebagaimana lenyapnya kotak itu dari pandangan mata anda, begitu jugalah kenangan pahit itu..dan setelah itu jangan diingat lagi perkara itu.
8. Jika kenangan masih terlintas di fikiran, cepat-cepat anda tukar atau alihkan pemikiran anda kepada pekara lain yang lebih menarik.
9. Cuba keluar daripada perangkap emosi iaitu asyik teringat kesedihan lalu misalnya, kehilangan suami,anak,tunang,kekasih atau sebagainya. Jika tidak melakukannya, diri akan terus terperangkap dalam dunia yang kita cipta sendiri, kesannya diri akan terus terkenang kesilapan lalu dan percayalah dengan bersikap demikian kita akan terus melakukan kesilapan.
10. Gunakan minda separa sedar untuk menjadikan hidup lebih bersemangat. Anda boleh cuba dengan "aku mahu" sebagai contoh, "aku mahu kelihatan ceria", "aku mahu jadi lebih kuat dan bertenaga", "aku mahu lebih tenang dan tidak mahu menangis lagi"
11. Bayangkan di fikiran apa yang anda jadi seperti yang anda mahu, bila anda mahu jadi orang yang ceria, bayangkan di minda anda sedang tersenyum gembira. Anda boleh nampak diri anda yang ceria berdepan dengan sesiapa saja, tiada lagi wajah yang murung!
12. Tukar penampilan diri kepada yang lebih positif, jika sebelum ini anda tidak ambil peduli tentang gaya berpakaian, cuba belajar untuk bergaya misalnya sebelum ini anda hanya bertudung hitam, selepas ini tukarlah warna lain, merah untuk lebih ceria.
13. Contohi orang yang cemerlang, kerana mereka ini bijak mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran. Apabila anda mampu mengawal emosi, diri akan lebih tenang dan tekanan akan berkurang.
14. Cari teman-teman baru yang boleh memberi anda sokongan moral dan dengan cara ini anda tidak akan bersendirian, sentiasa sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan masa anda memikirkan hari-hari semalam yang penuh kepahitan.
15. Kerap solat sunat taubat, solat tahajud sepertiga malam dan banyakkan membaca Ayat-ayat Suci AlQuran..adalah terapi yang paling mujarab untuk ketenangan hati dan jiwa.
p/s manusia yang paling hebat ibadahnya: "orang yang merasa terluka kerana dosanya dan jika dia ingat dosanya maka dia memandang kecil amal perbuatannya"
p/s...sesungguhnya 'dia' telah meninggalkan sebuah kenangan terindah dalam hidupku...akan ku bawa hingga ke hujung nyawaku.
Friday, July 24, 2009
Lupakan Kenangan Atau Kekesalan Silam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
salam..
wah..entri yang sungguh bagus ni..
salam al..
buat ht nan lara dan kecewa..eluklah dibuat panduan..
Alangkah bagus sekiranya memori manusia ni umpama hard disk computer. So kita boleh delete memori yang kita tidak mahu simpan. Malangnya, kita bukan seperti Hard Disk computer. ;)
Hidup mesti terus walau apa pun halangan dan rintangan yang berlaku.
Assalamualaikum...
Terima kasih atas kunjungan ke xiiinam751...
Semoga Tuhan mudahkan kita menyusuri lorong di hadapan...
thanx kak ida for this new entry..sy akan cuba praktikkan tips ni dalam kehidupan
nak memaafkan senang tapi untuk melupakan satu kenangan pahit amat susah.
salam kak ida..
terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog saya..
salam grunge
right..tk semudah berkata2,kdg2 cuba namun untuk melaksanakan amat payah..apa pun life must go on..
waalaikumsalam xiiinam..
insyaallah muga dipermudahkan..terimakasih juga kunjung balas.
salam org ganu
muga apa yg kak ida paparkan boleh kita share bersama..
thanks..biar terluka kita tetap kena memaafkan.
salam cik amy sensei
sama-sama pd amy juga..hepi2 dear.
gud entry..gud info..
kite sgt memerlukan bende ni..
coz sedang cube melupakan org yg da bertakhta dlm hati kite..
org kate berat mata memandang..
berat lg bahu yg memikul..
='(
salam dik myna
kdg2 kita cuba tp tak berjaya..namun kita harus cuba lagikan dik..
Post a Comment