Selamat bertemu kembali...alhamdulillah, Abdullah Zaki sudah beransur pulih,walaupun kesihatanku tak berapa bagus..semalam aku gagahkan diri balik ke kampung menjenguk abah yang tak sihat haritu..anak-anakku tinggalkan dengan anak perempuan sulungku..pagi2 bertolak ke Melaka, sebelah petang sebelum maghrib aku sudah kembali ke BBST, keadaan tidak mengizinkan aku bermalam di kampung, ada tugas penting yang harus aku selesaikan di pejabat hari ini.....itu lah aku..wanita berjiwa besi kot...naik teksi, naik bas, naik komuter dan naik bas semula.....rasa penat hilang bila lihat mak abah sihat, wajah abah ceria lihat aku balik..aku pegang jejari abah dan ku cium lama2 sambil berdoa..mudah2an abah dan mak diberi kesihatan yang baik dihujung2 usia mereka...mujurlah ada menantu baru yang nampaknya sesuai dan rajin..aku balik sekejappun sempat merasa masakan adik ipar baru..dan sempat juga aku memetik buah rambutan yg sedang masak ranum..tu...jangan terliur lihat gmbar yg sempat ku ambil.
Baru-baru ini aku bertemu seorang teman yang ku kenali melalui ruangan yang dikelola oleh Dr HM Tuah Iskandar di internet..berasal dari Kelantan tapi menetap di Terengganu.( Eh! 'Dia' juga berasal dr Kelantan tp menetap di.....)..aku kenal dengannya atas urusan bisness..banyak juga produk yang diperkenalkan pada ku termasuk HPA dan Bioasli..Alhamdulillah dengan bisness sampingan yang aku buat dapatlah juga menambah sedikit pendapatan aku di samping untuk kegunaan sendiri. Sepanjang tempuh 3 tahun aku kenali lelaki ini, dia seorang yang baik, jujur dan tidak pernah sekalipun mencampur adukkan hal bisness dengan hal perasaan, apa lagi cuba mengambil kesempatan terhadapku....sementelah pula aku tidak pernah menaruh apa2 rasa padanya..mungkin dia juga begitu terhadapku...kadang2 cuba juga untuk menyemai rasa itu tapi ..hati mana boleh di paksa..(hatiku tetap pada 'dia' yang bernama A..hehehe..maafkan aku A..)
Tiga minggu yang lepas dia memberitahuku tentang anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah lari dari rumah di Johor Bharu. Keesukkan harinya, anak beliau telah sampai di rumah neneknya (ibu kepada kawanku) di Kota Bharu. Dia nekad lari dari rumah kerana menurut katanya tidak tahan dengan sikap ibunya (bekas isteri kawanku) Sejak awal tahun lagi dia telah meminta izin ibunya untuk tinggal bersama ayah dan neneknya di KB, namun ibunya tidak mengizinkan..akibatnya dia nekad meninggalkan ibu dan sekolah di JB dengan menaiki bas ke KB.
Kawanku menghubungi bekas isterinya dan memaklumkan hal itu..dan meminta bekas isterinya membuat surat pertukaran sekolah anak mereka. Namun bekas isteri beliau tetap berkeras tidak mahu membuat surat pertukaran dan memaksa anaknya pulang ke JB. Hingga saat entri ini dihasilkan aku difahamkan anak beliau masih tidak bersekolah kerana keengganan ibunya (seorang guru) meminta pihak sekolah mengeluarkan surat berpindah sekolah. Pihak sekolah di KB juga tidak boleh menerima anak beliau selagi tiada surat pertukaran sekolah.
Mengapa perkara ini harus berlaku.. kerana perpisahan dan pertelingkahan ibu bapa, patutkah anak2 yang menjadi mangsa keadaan. Anak tetap berkeras tidak mahu pulang ke JB manakala ibu pula tetap tidak mahu mengeluarkan surat bertukar sekolah...andai aku berada di tempat bekas isteri kawanku itu, aku lebih utamakan kehendak anak-anak...tidak salah rasanya anak lelaki mereka memilih untuk tinggal bersama nenek dan ayahnya..dan lebih adil rasanya jika salah seorang dari anak yang seramai lima orang itu memilih untuk tinggal bersama ayahnya...
Jangan babitkan anak2 jika kita berpisah..perasaan anak-anak harus dijaga. Ketepikan rasa marah dan dendam demi anak-anak. Walaupun telah berpisah kita tetap ibu dan ayah mereka walaupun tidak lagi tinggal sebumbung..aku tidak pernah menyuruh anak2 melupakan abah mereka, aku tidak pernah menafikan dia adalah abah kepada anak2ku dan aku tidak pernah menyiram api kebencian di hati anak2 terhadap abah mereka..walauapapun yang berlaku antara kami anak2 adalah anugerah dari Allah yang lahir dari rasa kasih sayang kami suatu masa dulu.
Aku berdoa suatu hari nanti bila anak-anak telah dewasa dan sudah ada kehidupan sendiri, mereka tidak akan melupakan abah mereka... akan mencari abah mereka dan berbakti kepadanya...
"Jangan biar kesedihan menutup senyum di wajah..jangan biar ada insan lain yang tahu kelukaan hati kita..biar hanya kita yang tahu"
18 comments:
Kak, saya rasa kakak seorang yang kuat dan tabah. Saya hormat dan sanjung kakak kerana tu.
salam grunge..
terimakasih..insyaallah kak ida akan terus tabah dan kuat hadapi segalanya..terimakasih atas kunjungan dan sokongan yg grunge berikan.
Salam Kak Ida..
Mungkin saya tk pernah mengalami perkara tersebut. Tetapi hati kita pasti akan dapat rasa sesuatu bila ada teman atau insan lain yang melaluinya..Tahniah kak, jadi seorang ibu yang mempunyai pemikiran sebegini dan semangat yg begitu kental..Semoga Allah melindungi akak sekeluarga..
Dunia oh dunia... :)
salam...idalara,
tq idalara sudi singgah..ketawa tu dah kira bonus..target anaklaut memadailah kalau ada orang senyum pun baca ;))))
Grunge, saya pun sanjung jugak..
Amacam biz akak skrg? harap2 bertambah maju. wah.. ada crita baru nampaknya. kak Ida dah jatuh cinta kat dia ker? nampaknya saya boleh makan nasik minyak la x lama lg... semoga apa yg kak Ida doakan akan termakbul... :)
Semoga anak2 kak ida nanti menghargai segala pengorbanan ibu mereka bersusah payah seorang diri.
salam..
wah!!! lambutan heheheh...
wanita mmg dilahirkan mampu utk tanggani hari2 mereka tanpa lelaki disisi kot,
u go gurl =)
Cian anak2...
Even dah BERPISAH, anak2 tak patut DI ABAIKAN oleh si Ayah..
Kak IDA terus TABAH yer...
auntie mmg seorang 'wanita besi"hahahaha....terus tabah ya...
salam pejuang kesan..
jika dapat memahami apa yg dirasai org lain pun dah memadai..terimakasih..insyaallah kak ida akan sentiasa jd yg terbaik buat anak2
salam jhairul..dunia tak pelik tp penghuninya yg semakin pelik..
salam al..
sungguh..bila di anaklaut saya bisa tersenyum dan menangis..terimakasih
salam naz..biz..oklah alhamdulillah..ramai yg suka guna buatan tempatan dan keluaran tulen org Islam...jatuh cinta?..kak ida rasa hanya kak ida yg dah jtuh cinta.mungkin dia tidak pd kak ida..lmbt lg lah naz nak makan nasi minyak..kot2 naz dulu..
salam u-neey..itulah yang kak ida harapkan dr anak2.
salam biru..rite..ida setuju 150%..jrg ada lelaki yg boleh hidup tnpa seorg wanita...thanks..
salam mama..yup..jgn jdkan anak2 mangsa keadaan..berpisah ibubapa namun anak tetap anak..thanks.
salam ieyra..iyera pun harus jd segagah auntie...wanita mst kuat dan tabah..buktikan pd lelaki kita boleh hidup tanpa mereka..
Post a Comment