Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, July 14, 2009

Dugaan Bertimpa-timpa........

Saat hati masih berbekas dengan kedukaan, aku diuji lagi dengan dugaan dariNya..aku tahu itu adalah isyarat dari Nya supaya aku memperbetulkan niatku, membersihkan hatiku...memperbanyakkan ibadahku dan mendekatkan diri denganNya...mungkin tanpa sedar atau dengan sedar aku telah melukakan hati seseorang atau ramai orang di luar sana atau di hadapan ku sendiri....aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku andai aku pernah melakukan kesalahan..maafkan aku kerana Allah tidak akan mengampunkan dosaku sesama manusia...pada Allah aku bisa memohon ampun tapi dengan insan?

Kedua-dua 'pengarang jantungku" sedang tak sihat..tiap malam bila melihat mereka melelapkan mata aku sering mengalirkan airmata..bertanya2 dalam hati..apakah perasaan mereka,apakah yang difikirkan dalam hati bila melihat teman2 bersama ayah dan ibu..sedangkan mereka sudah hampir 2 tahun tidak bertemu abah mereka..inilah aiman zarif..anak yang tak banyak kerenah tapi kerap buat jantungku bergoncang kerana terikut dengan sikap rakan-rakan..

Abdullah Zaki..anak yang sangat manja..mungkin kerana hilang kasih sayang abah di usia yang masih kecil buat dia sering diminta perhatian..aku tak dapat bayangkan andai kedua2 anak-anakku diambil pergi dariku, tidak, aku tidak mahu membayangkan perkara itu.....aku kerap menahan hati dan terpaksa bersabar dengan kerenah anak-anak, namun mereka adalah anak-anakku..belahan jiwaku..apapun mereka lakukan aku harus bersabar dan berdoa yang terbaik buat mereka.
Inilah ubat2 yang terpaksa mereka makan setiap hari..untuk sembuh, aku yang kena bijak mengatur segalanya..syukur Allah beri aku kekuatan dan kesihatan untuk menjaga anak-anak di saat begini...kalau aku juga sakit...
Biarlah Ya Allah kesakitan yang ku alami di dalam, kerana aku masih mampu untuk berdiri dan berlari..namun andai aku sakit fizikal siapakah yang akan menjaga dan memelihara anak-anak...
Aku masih mencari erti kebahagiaan..aku masih mencari siapa diriku.

"kehidupan menjanjikan segalanya..pahit, manis, suka dan duka..satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan.."
"andai aku bersalah....maafkanlah aku"

36 comments:

Tirana said...

Semoga Aiman Zarif dan Abdullah Zaki cepat sembuh. Semoga ida tabah dan bersabar.

Adinda Amy Sensei said...

salam kak idalara..

dugaan yang bertimpa usah disesali kerana melaluinya kita dapat menghampirkan diri kita kepada yang Maha Esa..

bersabarlah kerana Allah akan bersama orang-orang yang sabar..

usahla berlara lagi yee..

PK said...

Slm kak ida..
Kesian tengok pict diorang ni kak..akak bnyk2 besabar ya..nikan ujian dariNya..

Idalara said...

salam tirana..insyaallah..mudah2an doa tirana dan rakan2 akan dimakbulkan.

Idalara said...

salam cik amy..
ok..mulai hari ni kak ida tkkan lara lagi..klaau kak ida lara juga cik amy tegur ye..dugaan buat kak ida tmbh tabah.

Idalara said...

salam pejuangkesan..ye..dugaan untuk uji kesabaran kita hambanya..terimakasih dgn kata2 semangat dr pk.

Zamz said...

jgn risau2 sgt..kena ceria sokmo baru anak2 pun ikut ceria..

harap2 sumenya sihat sejahtera

Idalara said...

Inayaallah..ida tk pernah tjukkan kemuraman wajah depan anak2,nnti diaorg pun ikut tk seronok..diaotg tak perlu tahu apa ibu dia rasa dan alami..thanks zamz.

GRuNGe said...

Bersabarlah,
Dan bertawakallah,
Dalam kehidupan ini,
Sesuatu yang terjadi itu,
Tentu ada hikmahnya,

Penderitaan,
Yang engkau alami,
Hanyalah suatu cobaan,
Dan janganlah kau bersedih hati,
Tuhan maha penyayang,

Hatiku memahami (saya tak rasa saya betul-betul faham),
Derita yang kau hadapi,

Kak, hanya lirik lagu ni yang saya mampu beri untuk Kak. Itu pun tak habis. Tabahlah yea kak.

Idalara said...

salam grunge
tersenyum kak ida bc komen yg grunge sampaikan..
jgn bimbna..kak ida sebenarnya seorg yg sgt ceria..namun ada waktu2nya bila dugaan dan kelukaan menimpa kak ida akan jd terlalu sensitif..terimakasih..lirik lagu yg betul2 bermakna buat kak ida.

~ShiMa~ said...

tak dapat saya bayangkan jika saya ditempat akak, adakah saya boleh setabah kak ida.
Harap2 smuanya sejahtera. bsabarlah.

Natsu said...

Smoga tuhan mmprcepat hikmah ats sgala ksusahn n ktabahn anda..

Amieynna Amin said...

kak ida..
sabar yer..
akak seorg insan yg sgt tabah..
walaupun pelbagai ujian melanda..
akak tetap tempuh dengan tabah..
insyaALLAH..
setiap kesakitan kite pada hari ini..
akan dbalas dengan kemanisan suatu hari nanti..
mungkin di dunia..mungkin di alam yg satu lg..

~syg akak~

Rosez Leena (Org Ganu) said...

salam kak ida,
Lately sy cukup tersentuh dengan n3 kak Ida, walopun pendek tapi penuh dgn penderitaan..
sy doakan akak selalu tabah dalam menghadapi dugaan hidup..
Allah ada berfirman..tak beriman seorang itu selagi dia belum diuji
So,ujian itu adalah untuk menguji keimanan kte kepadaNya..
Ceria ceria selalu k

p/s : semga dua2 anak akak cepat sembuh. Amin..

hysman said...

salam kak ida..
sabo ye kak..
insyaAllah mudah2an 2 pahlawan akak cepat semboh..
ini suma dugaan yg tertulis..
susah skrg senang kemudian..

~nangis bila dorg tidow je oraitt..

Хаcмaди Хамдан said...

baca entri ni buat saya sedih. kak ida, tolonglah jangan berlara sangat. Ya Allah! Dengarlah rintihan hambaMu ini. Bantulah dia Ya Allah!

Anem Arnamee said...

salam akak.

bersabar ye. smoga yg baik2 aje:)

biru said...

salam........

kita tak boleh lemah. kita kena kuat, kena tabah...

kalo kita lemah, kita juga yg akan merana...

so, relax. fikir yg mana terbaik selain berdoa...

may allah bless u n ur family =)

SYAbAR said...

Saya juga diuji pagi semalam dgn satu peristiwa. Saya berkata pada diri, dah rezeki dia, kan Allah dah kata bukan semua rezeki yang kita terima itu milik kita.... dan yang paling penting saya muhasabah diri dgn berkata, aku tyerlalu banyak dosa dengan Allah, sebab itu diuji sebegini supaya tidak alpa selalu

u-neey said...

Semoga anak2 kak ida cepat sembuh.
Tabahnya kak ida boleh jaga anak2 seorang diri, kalu saya tak tahula.. semoga kak ida terus tabah dan senoga Allah berikan ganjaran yg setimpal dengan kesabaran kak ida selama ni. Insyaallah..

mohad said...

banyak kan bersabar.. ya..

Anonymous said...

salam kak...skrng ni tngah musim demam selesema&batuk..
sian ank2...sian kt bkl mnantu sy gak..he....
anak dara sy pn dh bape hri ponteng sek,cz dmm...
smoga ank2 akak cpt smbuh ye..

Idalara said...

Salam shima.
berdoalah muga shima tidak mengalami nasib seperti kak ida..terimakasih singgah.

Idalara said...

Salam intel-inside
terimakasih atas doa anda..insyallah.

Idalara said...

salam dik myna.
insyaallah..semua doa dari rakan2 mudah2an jd kenyataan..sayang myna juga.

Idalara said...

salam org ganu..itulah namanya perempuan tp tk kurang juga ada lelaki yg sgt sedih bila baca kisah kak ida..
jgn turut larakan hati dgn kisah kak ida ni..kak ida faham semua adalah dugaan buat kak ida..terimakasih kerana perihatin dan singgah kat kak ida.

Idalara said...

salam hysman..alhamdulillah dua2 hero kak ida dah sembuh..dah ke sekolah pun.

Idalara said...

salam Ustaz Hasmadi
terimakasih kerana mengunjungi kak ida..mungkin Hasmadi tenguk kak ida nampak ceriakan, tp hati sebaliknya....insyaallah kak ida akan kurangkan berlara lagi..mudah2an doa Hasmadi di makbulkan Allah.

Idalara said...

salam arnamee..
terimakasih..

Idalara said...

Salam biru..terimakasih
muga2 ida akan lebih tabah.sokongan dan kata2 semangat dr biru menguatkan ida.

Idalara said...

salam syabar..ida tak sempat menjenguk blog rakan..dan tak tahu perkembangan terkini..muga2 syabar juga tabah menerima dugaan itu..itulah yg sering ida fikirkan..tentu iada banyak dosa dan ada menyakiti hati org lain..itu sebaba dugaan bertimpa2.

Idalara said...

salam u-neey..
terimakasih singgah kat kak ida..mudah2an apa yg u-neey katakan akan jd doa yg terbaik buat kak ida..

Idalara said...

salam ijad..insyaallah..terimakasih sudi singgah.

Idalara said...

salam reen..ler..mcm tau2 je..sama2 demam..bakal menantu kak ida tu..tapi hero dua org tu dah baik dah..alhamdulillah..kaka ida risu gak kalau berterusan..

anaklaut said...

salam...idalara,

maaf lambat singgah,

idalara,

Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan. Dan perjuangan seorang mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali ketika kedua telapak kakinya telah menginjak pintu syurga.

anaklaut yakin, idalara seorang ibu yang tabah, kecekalan idalara menjadi semangat sahabat2 seperti saya menneruskan hidup.

idalara,

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan Memerlukan ketabahan,
Ketabahan memerlukan keyakinan,
Keyakinan pula menentukan kejayaan, Kejayaan yang akan menentukan KEBAHAGIAN..

moga idalara dan anak-anak dilimpahi rahmat allah swt..amin.

anaklaut;-

Idalara said...

salam al
terimakasih yg tak terhingga singgah walaupun sediamaklum al sgt sibuk dengan berbagai aktiviti.
terimakasih dengan kata2 semangat dr al..
apa kurangnya teman2 di sini termasuk al..juga adalah sumber inspirasi saya..kata2 al akan sya jadikan panduan dan pedoman meneruskan kehidupan ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...