Suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu,datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah encik,saya lapar,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi"
Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking pengemis itu.
Dalam hatinya berkata " aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk org lain,tetapi untuk diriku dan keluargaku."
Si isteri tidak dapat berbuat apa2 dengan sikap suaminya walau dalam hatinya ada niat hendak bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dgn lelaki lain.
Pada suatu hari,sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba2 seorg pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorg pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenana :
"Demi Allah.sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulullah S.A.W.bersabda yang maksudnya: : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".
"Barang siapa mempunyai harta,maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga,bersedekahlah dengan tenaganya."
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekafiran,dari kemiskinan(yang menyedihkan)dan dari seksa kubur (yang membinasakan) Ya Allah,tiada Tuhan selain Engkau"
7 comments:
salam ida...
Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kita lakukan...
Semoga kita sentiasa dibawah limpahan rahmat-Nya..insya-Allah!
Ibu junes suka n3 ni...
salam kak ida,
saya vote this n3 10star..
hehe..
suke dan so touching sangat..
'kita hidup macam roda'..
yg penting jgn putus asa dan sentiasa ingat akan Dia..
InsyaAllah kak..
:p
kak ida..
cukup mberi pengajaran dan penginsafan utk aza..
berbuat baik itu dituntut kerana balasan setimpal pasti akan diterima samada cepat atau lambat,..
Wah.....si hysMan pon ader gak kat sini? hahahhahaha
Kak Um!!!!! Goyang Gua baca Entry nih........
Salam Kenal untuk semua rakan2 Kak eida
Inshallah Gua pasti bertandang kesini lagi.....
kita selalu terlupa..ingatkan kita berada dlm keadaan senang selamanya
Salam kak..
tumpang lalu sat..
hehee..
To bro DJ Epoii..
Hahaaa..
Wa kat mane2 pon ade bro..:p
kat uma lu je wa takde..
tapi InsyaAllah kat banglo yg lu tgh bikin la ni ade la jap lg..
wakakakaa..
Saat yang paling berbunga2 dalam hati ida bila bc komen dr jejari2 teman semua..seseungguhnya kamu adalah pemangkin smangat ida untuk terus menulis..
eibu..sgala yang berlaku ada hikmah yg hnya Allah yg mengatur untuk kita.
Salam Hysman...tengkiu..nnti akak bg hadiah sbb vote this n3..ada pengajaran yg patut kita ambil dr kisah td..
Azza...kadang2 kita tak sedar kebaikan yg sedikit rupanya memberi impak yg besar dan kita tak sedar keburukan yg sebesar hama juga diberi balasan di dunia ini.
Dj..thanks sudi bertandang di sini yg tiada apa nak dibanggakan..sbnrnya dr Hysman akak knal Dj..
Betul zam..dan lagi kita harus selalu melihat ke bawah..kepada yg lbh susah dr kita..baru kita lbh menilai apa yg kita ada.
Post a Comment