Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, March 12, 2009

Mutiara Dan Pasir


Al kisah, seorang pemuda yang baru mendapat segulung ijazah mengalami perasaan yang sangat tertekan dan putus asa kerana sukar mencari kerja hingga memutuskan untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam laut. Ketika dia sampai di pantai dia berkenalan dengan seorang tua yang ramah dam bijaksana dan mereka berbual sehingga pemuda tersebut menberitahu hasratnya untuk bunuh diri.

Setelah mendengar cerita pemuda tadi, orang tua itu meminta si pemuda melihat apa yang dilakukannya. Orang tua itu membongkok mengambil segenggam pasir dan kemudian melemparkannya kembali ke bawah, seketika pasir tersebut lebur dan menjadi satu dengan pasir pasir lain yang ada di bawah, lalu orang tua berkata kepada si pemuda:

"cubalah kamu ambil pasir yang saya lemparkan ke bawah tadi"

si pemuda kehairanan dan berkata:

"mana mungkin saya dapat mengambil pasir tersebut kerana pasir tersebut telah bercampur dan menjadi satu dengan pasir lain".

Orang tua tersebut tersenyum dan kemudian mengambil sebutir mutiara dari dalam kantungnya dan melemparkan ke bawah seraya berkata kepada pemuda tersebut:

"ambillah mutiara tersebut"

Dengan mudahnya pemuda tersebut mengambil mutiara itu.

Lalu orang tua itu memberitahu pemuda tersebut bahawa untuk menjadi atau mendapat apa yang kamu inginkan maka kamu harus berbeza dengan orang lain, jikalau kamu sama dengan orang kebanyakan maka kamu tidak akan nampak berbeza dan terserlah, demikian juga jika kamu mencari kerja dan sebagainya...kamu mesti membuktikan diri kamu lain dari orang lain.

Kesimpulannya apabila kita lemah terhadap diri kita maka kehidupan tidak akan berubah ..bila kita yakin terhadap diri kita maka kita akan berusaha mengubah diri dan kehidupan kita.


9 comments:

amirul said...

Salam Kak Ida,
Yes! Untuk mencapai sesuatu... kita perlu kelihatan luar biasa drpd org lain... perlu ada kelainan... bak kata pepatah ini... u do the same... u will get the same...

Tima Kasih sudi kongsi... :)

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

mmg perlu kuat kalau nk terus hidup..
hidup ini mmg kadang2 meletihkan..
:) selalu kak!

hysman said...

betul kak,
kita mesti lain dari yang lain..
dan biarkan org lain meniru kelainan kita..dengan itu kita akan berfikir utk mencari kelainan terbaru di masa akan datang justeru itu juga ia akan menjadikan kita kreatif dan inovatif dan kemungkinan org akan menjadikan kita sbg ikon@idol (benda yg baik) dimasa mendatang..

oleh itu,berfikir dan terus berfikir utk memberi kelainan..
kelainan adalah kejayaan..
heheee..
:p
jgn

Unknown said...

salam akak... banyak betoi citer
citer tauladan aku dapat kat
sini.

thanks you~

Danni Nahason said...

WoW
Nasehat yg baguz kak Ida.
Memang tuk mendapatkan kesuksesan kita haruz berbeda dengan orang lain.

hysman said...

Akak..
amek la award dari blog saya...
heheeee..
:p

Anonymous said...

susah sikit nak baca, wanr font bersilau...

kuIna said...

menarik... tq.

Idalara said...

Amirul...sama2..inginkan kelainan dr org lain maka kitalah yg kena berusaha..

secret..yup senyum selalu..mng meletihkan bila terlalu bnyk nk digalas dalam hidup ini.

hysman...rite...kena kuat berfikir untuk jd lain dr yang lain..

man...untuk kongsi apa2 saja maka selalulah singgah kan sini..

Dzn...betul...bukan senang nak jadi berbeda dr yg lain jika tanpa usaha..

aisyan...sori...lain kali ida kurangkan kaler kat tulisan tu..

kulna...sama2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...