Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, March 08, 2009

Mengapa Aku...


Memang...siapa yang mengenali ku semua akan menilai diriku seorang yang peramah..seorang yang agak ceria dan suka bercerita...yang baru mengenaliku pasti tidak menyangka aku mengalami sejarah agak pahit dalam hidupku.

Aku menulis bagaimana hendak melupakan kenangan pahit, aku bergurau senda untuk menghiburkan hati org lain..aku mengajar teman2 yg sewaktu dgnku bagaimana untuk survive hidup..aku meredakan kesedihan teman2 yang bercerita tentang kepayahan hidup mereka..aku menjadi bahu tempat teman2 bersandar bila menangis..aku menjadi penglipur lara kala teman2 berduka...aku jadikan contoh kegagalan rmahtanggaku bila teman2 mengadu tntg keburukan suami mereka, supaya mempertahankan rmahtangga mereka....segalanya aku..

Tapi...pernahkah sesiapa menyelami perasaanku..merasai apa yang aku rasa..saat aku dijatuhi hukuman talak dari seorg suami..diawal2 perpisahanku..aku seperti mati akal..aku tak boleh duduk sendirian..aku tak kuat untuk teruskan kehidupan..hinggakan cuaca yang muram dan redup juga mempengaruhi perasaanku..aku jadi sangat sedih..sangat hiba dan hnya airmata yang menemaniku..aku seperti hilang punca untuk teruskan kehidupan..

"Pernahkan kau terfikir seketika berada di tempatku..merasai pahit manis berlaku tak siapa yang tahu"..itulah lirik lagu dato CT yang akan mengundang airmataku setiap kali mendengarnya..tak siapa tahu setiap malam bila anak2 tidor aku akan mengalirkan airmata..melihat mereka berdakapan..melihat mereka hilang kasih sayang seorg lelaki bernama ayah...aku hanya mampu berdoa memohon muga anak2ku menjadi anak2 yang soleh,berjaya di dunia dan akhirat nnti.

dan saat teramat indah dalam hidupku.....bila ku kira aku telah temui sesorang yang dapat menyayangiku dan anak2..ku kira dialah yang akan menemaniku hingga akhir hayatku, yang akan menjadi pelindungku bila aku disakiti..yang akan menjadi bahu tempatku bersandar bila aku menangis..yang menghiburkan aku bila aku kesedihan...yang akan memimpin tangan ku bila aku tak daya berjalan..dan akan menjadi suamiku di dunia dan pastinya di akhirat..tapi kiraan dan jangkaanku semua tidak benar belaka..aku silap...aku hanya bermain dgn perasaanku sendiri..ah!..perasaan gila apakah ini...

salahkah seorg aku untuk jatuh cinta lagi dan merasai kebahagiaan..berdosakah aku bila perasaan itu ujud lagi tanpa dipaksa..sesungguhnya rasa cinta itu adalah anugerah dari Yang Maha Berkuasa..rasa yang ujud dari hati ke mata..bukan dari mata ke hati..mgkinkah kerana darjat...rupa...status..atau jarak usia yang menjadi benteng penghalang...maka..aku ditinggalkan tanpa kata,tanpa penjelasan....malah aku disedarkan dan disakiti dgn cara yang paling halus...supaya aku sedar diri dan menjauhkan diri darinya...aku pasrah dan menerima tiap ketentuanNya..seseungguhnya tiap yang berlaku pasti ada hikmah yg diciptakan untukku..

Aku ingin terus melupakan dia..terus melupakan walau sekelumit kenangan manis sewaktu mengenali dia..kerana aku tahu aku tiada di hatinya..aku akan bangkit dari kegagalan ini dan menjadi diriku semula...aku ingin menjadi ibu yang tabah..ibu yang berhati waja dan membesarkan anak2 tanpa lara lagi.

Kini telah hampir 5 tahun aku survive hidupku bersama anak2ku..dgn segala kepayahan dan kesukaran..aku merasa lebih tenang dan agak bahagia kerana sepanjang tempuh itu aku ada tempat mengadu...tempat meluahkan rintihan hatiku..menceritakan tentang kekurangan dalam hidupku..dan tempat aku meminta bantuan dan pertolongan..Dia yang tak pernah jemu mendengar rintihanku..tak pernah memalingkan PendengaranNya pada tiap doaku..Dia yang sentiasa memerhatikan tiap gerak langkahku.....muga aku dan anak2 akn temui kebahagiaan yang sebenar kalau tidak di dunia tapi di akhirat yg pasti.

"Mengenalimu adalah satu kesilapan tapi ianya kenangan terindah dalam hidupku"

19 comments:

Anonymous said...

semoga wanita ini terus tabah

Redynne™ said...

Salam kak...

Semoga kecekalan hatimu menabahkan diri mengharungi hidup..

Salam perkenalan dr sy yg serupa..
:)

su said...

semoga kak ida lebih tabah yer...


hanya Allah yg tau isi hati kita...dan xsalah jika ade yg sudi berkongsi hidup dgn kita...


senyum slalu ;)

a i r a said...

wah...
last entry aira pun bercerita pasal dugaan hidup skrg."this is fate"

hmm...aira ngaku tak sama rasanya putus cinta dgn boyfren... daripada hilang teman hidup.. =(

mmg benar kata mama, hidup takkan sama selepas berkahwin...
waaaa..

hysman said...

Salam kak Ida,
sabar kak..
mugkin ada hikmah disebalik suma yang berlaku..
Saya nak cakap pon,saya tak kawen lagi..
yang boleh saya cakap kat sini dugaan akan datang dan pergi tapi kita 'wajib' menghadapinya..
tak boleh lari..sebab itu suma da tertulis di 'sana'..
byk2 berdoa supaya anak akak da besar nanti lebih berjaya dari ayahnya dan mampu membanggakan akak..
hanya Allah yg tahu ape kita rasa dan buruk baiknya kita..
yang penting kita hadapinya dengan SENYUMAN..
:)

kakyong said...

Ya Allah Ya Tuhanku..wanita ini wanita terpilih oleh Mu untuk menghadapi ujian ini. Tabahkanlah hatinya dan tenangkanlah jiwanya dalam setiap hela nafas yang dihirup. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaMu. Berikanlah keredaanMu kepada wanita ini Ya Allah dalam setiap detik masa yang berlalu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Dj Epoi said...

Kak.........sebagai teman dalam Jaluran IT..
Untuk makluman Kak !! Akak tak keseorangan.......
Akak tengok follower2 Akak tak pernah putus2 memberi harapan dan semangat buat Akak dan Anak.......
Gua Yakin Akak BOLEH!!

Gua ikut/setuju jer.....ngn komen semua rakan2

Gua Doakan Agar Yang Terbaik Akan bersama ngn Akak... dalam segala....

amirul said...

Salam Kak Ida,
Setiap Manusia yang berada di Muka bumi Allah ini pasti akan merasai dugaan DariNya... Mereka yg terpilih... lebih hebat dugaannya... Saya berharap akak bebanyakan bersabar dan tabahkan hati... dan bebanyakan doa kepadaNya... Allah tidak akan membebankan hambanya dengan dugaan yg tidak mampu dipikul... InsyaAllah...

Apapun... saya&isteri mendoakan agar akak akan menemui jodoh yg sempurna dan dpt membimbing akak dan sekeluarga ke jalan yg benar... InsyaAllah masa itu akan tiba... ameen...

Dj Epoi said...

Amirul......?

Btul Ker?

Hahahahahah....

Inshaallah........!!!
Nanti Gua jadik Dj kat sana....

Kedepap....Kedepaaaaaap!!!!
Kedebung...Kedebunuuuuuuug...Kedebunggggggggggggggggggg!!!

P/S Bunyi Kompang .......heheheheh

amirul said...

Salam Bro Dj,
Terjah sampai ke sini nampak? hahaha.. InsyaAllah... kita sama2 doakan Kak Ida no?...

Idalara said...

Terima kasih dik tera..muga semua wanita senasib akak akan tabah.

Redynne..salam perkenalan..insyaallah..kita serupa dan senasib?bnyk yg boleh dikongsikan..

Su..terimakasih bg akak semangat..hanya yang duduk di tempat akak yg mengerti.

Betul dik aira..sakitnya hingga ke akar umbi..hingga kita tidor sebantal dgn org yg jadi hsb/wf kita,baru kita tahu bagaimana dirinya yg sebenar..

Idalara said...

Hysman..walaupun masih muda hysman sgt bagus bila memberi pendapat dan pandangan..ye..segala yg berlaku ada hikmah dan sudah tertulis walaupun kita cuba elakkan.insyaallah akak lebih tabah.

Kakyong..terimakasih atas doa kakayong..mudah2an Allah memberkati kakyong sekeluarga dan berbahagia serta berkekalan hgga akhir hayat.

Dj Epoi...ye...sbb itulah akak sgt senang berada di sini..pasti ada yg lebih teruk nasibnya dr akak dan anak2. kata2 kamu buat akak menangis lagi..sgt terharu dgn sokongan dan dorongan dr teman2.

Amirul...terimakasih...akak mng tahu teman2 di sini sgt memahami dan mendoakan yg terbaik buat akaka dan anak2.mudah2an doa2 kamu semua dimakbulkan...insyaallah..

Teman2 semua terimakasih yang tidak terhingga..

hysman said...

Allahu Akhbar!!
Allahu Akhbar!!
Allahu Akhbar!!


:p...............

Idalara said...

Akak doakan hysman jadi anak yang soleh..suami yg bertanggungjwb di dunia dan akhirat..(wlupun belum kwen lg hehehe)

kakyong said...

Ida, sbnrnya apa yg Ida lalui, saya juga telah melaluinya. Ida tidak keseorangan. Saya memahami situasi Ida. Mujur saya masih punya kekuatan dan dilindungi Allah sehingga kini. Malahan sesuatu yang diambil oleh Allah dari kita itu sebenarnya memang tidak lagi sesuai untuk kita. Alhamdulilah saya dapat melaluinya meskipun dalam payah dan kini saya terus bahagia bersama suami tercinta. Saya yakin Ida pasti akan ketemu dengan insan yang lebih baik dari yg terdahulu Bersabarlah. Allah Maha Mengetahui dan DIA sentiasa bersama kita. Ida masih punya harta yang tak ternilai dunia akhirat. Peliharalah amanah Allah itu dengan rasa syukur dan penuh tanggungjawab. Insyaallah, segala kedukaan Ida pasti akan terubat satu hari nanti.

Mrs. ORENSEED said...

be strong :)

Idalara said...

kakyong..terimakasih yg tidak terhingga atas kata2 semangat dr kakyong..innsyaallah ida akan tabah dan lebih bersemangat teruskan kehidupan ini..

Qaseh...insyaallah. thanks.

azza_irah said...

salam kak ida..
tabah kan hati..kuatkan semangat. setiap kali akak rs seperti melayang..pandanglah mata anak2. akak ada mereka...mereka lah sebenarnya kekuatan akak..
cekalkan hati..mmg sakit tapi insya allah jika selama ini akak lalui kepahitan..pasti kan ada jalur pelangi di hujung jalan..tawakal lah kak..

Idalara said...

salam syg azza..mekasih..kata2 azza sgt bererti buat akak..insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...