Sesungguhnya kita patut bersyukur...
1. Untuk suami atau isteri yang tidur berdengkur di waktu malam - kerana dia tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
2. Untuk anak atau adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan - kerana itu bermakna dia berada di rumah,bukan di jalanan berpeleseran.
3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar - kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. Untuk pakaian kita yang sudah tak muat - kerana itu bermakna kita cukup makan...
5. Untuk lantai yang perlu dimop,tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas - kerana itu bermakna kita masih mempunyai tempat tinggal.
6. Untuk bunyi bising jiran-jiran - kerana itu bermakna kita masih lagi mendengar.
7. Untuk keletihan dan kesakitan otot selepas seharian bekerja - kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
8. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci dan digosok - kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
9. Untuk tempat letak kereta yang jauh dari lif - kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi - kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut....
Oleh itu jika kita tidak dapat apa yang kita suka,belajarlah menyukai apa yang kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
7 comments:
Salam Kak Ida,
Memang kita kena selalu berfikiran +ve..
sebab kalu tak,kita susah nak menyesuaikan diri pada sesuatu environment.biar org pikir kita lemah utk bertindak tapi tak nyakitkan ati org yg mendengar..
kadang2 org pon benci.
setiap yg berlaku ade baik dan buruk.yang baik kita bersyukur dan yg buruk pon kita harus bersyukur.
take it easy sis..
kita tak sakit,rambut tak gugur,mata tak sembab dok pikir masalah depa2 nih..
so always tink +ve..
:p
hahaha tips no 7 tuh macam
ditujukan kat aku jer akak,
keh keh keh... tapi tak pe
aku take as a chellenge.
time kasih atas nasihat akak.
best betoi aku bace entri macam ni.
walaupon berat.. tapi mudah
untuk paham... erk.. akak terukan
konsep berblog macam ni ek.
memang paveret aku blog macam ni.
simple.. tapi pointed <-- betoi ke
ni... taram jer ar... hahaha
Yeszaaaaaaaaaaaaa!!!!
Gua setuju ngn semua itu!!!!
Dj Epoi Bershukur Beb!!!!
Tq Akak....
Terima kasih diatas undangan Dj Epoi.....Inshaallah...mana tau kot 2 ada masa Inshaallah....Gua Turun.......
Salam Kak Ida,
Sebagai Hamba yg kerdil... wajib bersyukur dgn apa yg ada... terimalah dgn seadanya... dan berusaha utk mencapai yg lebih baik... InsyaAllah...
salam kak ida......
segala yang berlaku telah ditentukan oleh Allah yang maha kuasa dan kita sebagai manusia hendaklah berfikir dgn menggunakan otak dan bukannye mengambil jalan singkat yang boleh merosakkan diri sendiri dan org lain.....always be happy
salam hysman...rite..jika kita terlalu memikirkan yg negatif kita akan cepat jatuh sakit..so think positif..
man..hahhaha..betul ke..tak perasanlak akak..nnti akak bc smula..simple but pointed...maybe right kot..insyaallah akak akan teruskan mencari sumber2 yg ringkas tp mmeberikan impak yg baik pada semua...ceewahh..
DJ...bila kita dapat terima apa yg ada dikeliling kita..redha dan bersyukur..insyaallah jalan kita dipermudahkan..akak pasti jemput djepoi dan yg lain2..
Amirul...yup..terima seadanya..kerana tiap yg Allah kurniakan ada hikmah yg tersembunyi...yg tersedia utk kita..
Salam fairus...betul kata2 fairus tu..Allah jadikan sesuatu bersebab dan kita insan yg lemah harus terima seadanya kerana hanya Dia yg Maha mengetahui..
salam...
kak...bagus betul entri ni...
hehe, skarang byk betul org tak bersyukur & suka komplen itu ini...sedang kepayahan itu yang meguatkan kita....hehe...:)
Post a Comment