Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, March 25, 2009

Al Kisah...Kepandaian Yang Menjerat Diri..

Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan. Apabila dia mendengar bahawa Nabi Musa faham bahasa binatang, dia merayu Nabi Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya.
Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya.
Satu hari dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian.
Beberapa ketika kemudian,dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjing bahawa tak lama lagi keledai akan mati. Jadi untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya. Selepas peristiwa itu, sekjali lagi kaldai berkata-kata dengan binatang lain, kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tak lama lagi, dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelak kerugian. Dia sangat gembira dengan tindakannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang yg sgt berfaedah ada padanya - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya dan memudahkan urusannya.
Satu hari, lelaki itu terdengar pula ayam itu berkata kepada anjing bahawa tuan dia , tuan mereka pula akan mati...dalam ketakutan lelaki itu pergi berjumpa Nabi Musa dan meminta nasihat.
Kata Nabi Musa : " Sekarang anda boleh pergi jual diri anda pula"
Moral of the story : Bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar - diri kita sendiri..oleh itu janganlah terlalu tamak dengan apa yang kita ada.

7 comments:

Zamz said...

hehe patutnya boleh la start bertaubat

Eiba said...

Betul...betul...betul..saya sokong citer nie ngan dia punya moral of the story...

Betul zamz..kena bertaubat kan???

Dj Epoi said...

Ummmmmmmm.......

Gua terpikir sejenak....
Nak kena paham betul2 storey nih.....

amirul said...

Salam kak Ida,
Itu sebabnya Allah ta'ala menjadikan kita dgn berbeza-beza... semuanya ada hikmah yg tersembunyi... cuba bayangkan binatang buleh bercakap... tumbuh-tumbuhan boleh bercakap... semuanya akan jadi serba tak kena...

P/S: Thks 4 sharing...

Idalara said...

ye lah zamz..kalau kita boleh dgr perbualan haiwan awal2 lg kena bertaubat.

Eiba...hehehe betul eiba mcm ipin dgn udin..

Simple je citernya Dj Epoi..takyah pikir2..


Salam Amirul..yup tiap kejadian Allah dah diatur begutu rapi..kalau tak tunggang langgang jadinya.

hysman said...

boleh disamakan dengan anjing dan bayang2 tak??
hehee..
tamak betul tuannya itu ye..
kalu pokok,gunung,tanah,binatang bole berkata2 dan kita paham akannya,takkan tercipta ler syurga dan neraka,dosa pahala utk manusia..
hmm..
abes tu suma takut dgn kata makhluk Tuhan sekeliling yg bole berbicara...
takde yg jahat..tak adventure la..
:)
itu Allah swt jadikan +ve dan -ve..

Idalara said...

salam hysman...betullah tu...huru haralah dunia ni jika berlaku begitu..sbb tu mcm akak kata semua kejadian Allah telah diatur begitu halus dan cantik..cuma kita manusia ni kdg2 lupa dan terlalu tamak..mudah2an kisah ini jd pengajaran buat kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...