Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, December 22, 2010

Puisi Untukku?

Bismillah....Salam....

Terkesima...atau lebih tepat terkedu bila aku menerima puisi ini..katanya khas untuku.....apa maksudnya...kerana selama ini aku tidak pernah merasa dia mempunyai apa2 rasa padaku..juga dia tidak pernah menunjukkan apa2 rasa padaku, jauh sekali menyatakan apa2 perasaannya padaku..cuma aku kerap menerima puisi2 indah yang ditulis buatku.

Dan bagiku puisi2 itu sekadar bacaan waktu santaiku...tiada mempunyai maksud yang tersurat di sebalik yang tersirat..sekadar puisi dari seorg sahabat kepada seorang sahabat..maafkan aku..untuk menerimamu tidak sama sekali kerana aku belum begitu mengenalimu dan aku lebih senang begini...

Di tengah malam syahdu nan pekat
ku teringat padamu, bayangmu
Selalu melintas di kelopak mataku
Ku cuba melupakanmu
Namun bayangmu, terus menghampiriku
Sunyiku kau tabur bunga rindu
kau bagaikan angin yang sejukkan
jiwa ragaku.
Namun kini sia-sia sudah mahligai cintaku
Mimpi indah tiada lagi, sirna terbakar
kayu arang menjadi abu
Ku cuba bertanya pada malam
Dia membisu
Angin berlalupun tidak memberi jawapan
Hanya satu yang terucap
Mengapa aku mencintaimu
Dan mengapa aku terlahir untuk terluka
Ku sedar, cinta tidak harus memiliki
Tapi aku tak bisa, aku tak rela
Mungkin ada yang lebih dariku..
Sampai masa pertemukan kita
Untuk kembali, atau terpisah selamanya
Sungguh hina diriku
Mencintai orang yang tidak mencintaiku
Dan takkan pernah menyayangiku...
p/s Puisi ini selayaknya ku tujukan pada 'dia' yang tak pernah luput dari ingatan.

12 comments:

IMANSHAH said...

salam kak

wah ada peminat nampak..dalam hati ada taman kah??

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

huhu
sedihnya puisi ni..

E.T.I.T.I.

zulkbo said...

salam..
puisi rindu..
sedih nadanya
moga anda tabah..

Adinda Amy Sensei said...

salam kak ida..

menjengah lg ke sini nak mengomen..hehehe...sihat ke??

waaahhh...siap ade yang tuju puisi lagi ni...ehem-ehem ke?hehehehe..


p/s:...........p/s yang ehem2 ke kak...hehehhee..sentiasa dlm ingatan erk?? good... :P

Idalara said...

Salam Imanshah..
peminat ada tp akak yg tk minat..so dalam hati tkde taman tau...:))

Idalara said...

Nur
yup..sedih buat hati2 yg kecewa..

Idalara said...

salam
puisi rindu
daripada seseorg..
menggambarkan kesedihan hatinya.
terimaksih.

sukaxplo said...

salam...
puisi best gak ni nak bagi kat yang dirindui dan disayangi..hehehe

wachak said...

salam sis ida.
hak cipta terpelihara ke ni sis ida ... he33

Idalara said...

salam wachak..
yup hak cipta sangat terpelihara..tapi dah mintak kebenaran tuanpunya diri..

Idalara said...

Salam..
memang bestpun tu sebab sis minta izin tuan punya postkan kat sini..

Idalara said...

salam cik amy..
kerap2lah singgah sini...
takde apa2 pada puisi ni..org memberi akak menerima saja..hehehe..

p/s....p/s tu pada yang mengerti saja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...