Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, March 09, 2009

Airmata Terharu..

Apa bahasa nak ku ucapkan pada teman-teman yang sentiasa menyokongku dari belakang..

Sewaktu jejari mengetuk2 keyboard semalam..aku tidak merancang atau menyediakan apa2 teks untuk menghasilkan entry yang mengkisahkan hal diriku..dan bukan maksudku untuk meraih simpati jauh sekali minta belas ikhsan seseorg..aku hanya ingin meluahkan rasa yang amat tertekan ini..pada siapa?

Apa yang ku harapkan muga ada yang memahami perasaanku dan memberi sedikit sokongan dan dorongan..kerana insan sepertiku sntiasa perlukan kata2 semangat untuk pulih dan bangun menuju kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.


Terima kasih..semua..terimakasih tidak terhingga..airmata tidak berhenti mengalir saat membaca komen2 kamu semua yang membangkitkan semangatku....sedih dan terharu...

Tera...Insyaallah kak ida akan lebih tabah..

Redynne..Kita serupa? tentu redynne juga dapat menyelami apa yang akak rasa..mudah2an kita akan terus bersahabat.

Su..Insyaallah..doa dari teman2 hanya Allah jua yang membalasnya.

Aira..right tu...putus cinta dgn bf tak sama dgn kehilangan teman hidup yang kita cintai..sesuatu yg sgt berbeza..sakit yang hanya kita rasai..

Hysman..kamu lebih matang dari usia sebenar kamu..pandangan dan pendapat hysman sentiasa menenangkan hati akak..mudah2an hysman jadi anak yang soleh..dan satu masa nnti pasti jadi hsb yang bertanggungjwb.

DJ Epoi..yup..kat sini akak temui teman2 yang memahami..teman2 yang tidak menikam dari belakang..walaupun kita bertemu hanya di alam maya namun terasa dekat di hati..

Amirul...Akak sering memujuk hati dgn kata2 Amirul..akak adalah insan terpilih menerima dugaan demi dugaan..supaya lebih mendekatkan diri dengan Allah.Muga2 Amirul dan wf berbahagia dan berkekalan di dunia dan akhirat pastinya..

Insyaallah teman2 yang memahami..insyaallah dengan pandangan dan doa kamu semua ida akan lebih tabah dan ceria hadapi apa jua..mudah2an Allah memberkati kamu semua...mudah2an kamu menjadi seperti:

Mata : sentiasa melihat anda seadanya
sentiasa melihat yang terbaik dalam diri anda.

Telinga: sentiasa bersedia untuk mendengar
memberikan perhatian pada setiap apa yang anda tuturkan.

Mulut: berkata benar dan jujur dalam memberi pandangan
menjadi mulut anda sekiranya anda tidak boleh berkata2 lagi
jujur dalam setiap tutur kata.

Bahu : akan menjadi kekuatan anda tatkala anda tidak mampu membawanya lagi
sentiasa menjadi sandaran tatkala anda berada dalam kesedihan.

Tangan: sentiasa memberi pelukan mesra tatkala anda memerlukan
sentiasa membuat anda berasa selesa
membimbing anda sekiranya anda memerlukan
menarik anda bangun ketika anda jatuh.

Hati: Mencintai anda tanpa syarat
anda sentiasa diingati olehnya setiap waktu.

Kaki: berjalan bersama anda sepanjang hidupnya
menjadi sahabat anda yang paling baik.

"Aku ingin punyai sahabat yang akan menemani waktu2 dukaku"

9 comments:

Dj Epoi said...

Akak Ida....

Walaupun Luahan Hati yang Akak ungkakpkan ini melalui KATA2 dalam Slot * IDALARA * ini....
Sekurang2 nya apa2 yang terbuku didalam HATI akak dapat Akak Luahkan..

Gua kat cini Bangga juga bila sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 Blogger semuannya...

Inshaaallah Akak tak keseorangan...

hysman said...

Iye betul tu kak ape yg dibicarakan oleh Bro DJ Epoi..(wallaweiii...:p)

InsyaAllah akak tak keseorangan..
Kitorang kat sini support akak dr belakang..
pengalaman hidup setiap individu berlainan kak..
tak semestinya ape yg org lain rasa kita akan rasa..begitu juga sebalikya..
jadi segala cerita akak boleh dikongsi dan dijadikan pengajaran utk rakan2 blogger yg lain di masa mendatang..
no worries k sis..:p
senyum sikit...
cheeeees..
:)

Anonymous said...

kami sentiasa ada untukmu.

amirul said...

Salam Kak Ida,
InsyaAllah kak... selagi ada kudrat... selagi itulah kami akan menyokong akak dari belakang... Kami sebagai pemberi semangat... hanya mampu memberi nasihat... dorongan dsbg... selebihnya akak perlu bangkit dari kejatuhan itu sendiri... perlu meneruskan hidup ini tanpa menoleh kebelakang lagi... Pokok pangkalnya... kembali ke Allah yg Maha Esa... mintalah kepadaNya... InsyaAllah ada sinar harapan baru dikemudian hari...

P/S: Allah Maha Adil... InsyaAllah ada keadilan dlm hidup akak... semoga sabar... tabah dan cekal mengharungi hidup yg hanya sementara ini... Wallahualam...

su said...

salam kak...

su faham perasaan kak ida...sbb ibu su turut alami perkara yg sama..

su sbg anak perempuan sulung turut merasa keperitan ibu & kak ida...

kering airmata...yg tinggal hanya smgtkan kak...

sabar byk2 ye kak...

senyum slalu :)

Kamsiah yusoff said...

ida,luahkanlah segala yg terbuku dihati
andai itu dapat memberi ketenagan padamu...jgn dipikirkan anggapan org lain...bkn semuanya faham apa kita alami...

Idalara said...

Dj Epoi..terimakasih yg tak terhingga..rasa hidup bersinar2 bila bc komen dar dj epoi..

Hysman..rasa bertuah dapat teman2 spt kamu..walaupun rata2 masih muda tp sarat dgn pandangan yg membina..mudah2an apa saj kisah yg baik jdkan tauladan dan yg buruk buang2 jauh..

Thanks Tera..

Salam Amirul... apa yang mirul kata kan itu benar belaka..yg memberi sokongan dan dorongan adalah rakan2 tp yg harus bangkit adalah akak sndiri..insyaallah.

Su..bila su rasa dan lihat apa yg ibu su tnggung maka su tahu bagaimana perasaan akak..insyaallah..akak rasa lebih bersemangat skrg..tak mahu sedih2 dan lara2 lagi..nak ceria dan senyum selalu.

Kamsiah..alhamdulillah bila ada yg mengerti dan memahami..t.kasih..muga persahabatan kita tetap berkekalan.

kuIna said...

salam ida...
sy memhami apa yg ida lalui kerana sy jugak pernh lalui perkara ini.

kita kena kuat demi anak2
klu kita lemah anak2 akn punah

take care

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

betul kak..
kita bukan nk simpati,tp kita mmg perlukan org yg boleh bg kita semangat..
tapi kadang2 ade org slh sngke,pk kita ni skadar nk tagih simpati,..hai..tak kne batang hidung,mmglah senang nk cakap..
apa2pun,akak ada kiterang..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...