Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, August 07, 2010

Bagaikan Balik Kampung

Bismillah.

Suatu hari, Khalifah Sulaiman Abdul Malik singgah ke Madinah untuk bertemu dengan Ibnu Hazim, satu2nya sahabat Rasulullah SAW yang masih hidup ketika itu. Antara soalan yang dikemukakan Sulaiman ialah keadaan seseorang yang akan meninggal dunia.

Kata Ibnu Hazim. "Ada dua keadaan orang yang hampir meninggal dunia.

Pertama : Seperti seorang perantau yang balik ke kampung halaman untuk melihat hasil penat lelahnya selama ini. Dia diberitahu, semua yang dia hantar ke kampung ialah hasil kerjanya di perantauan. Kita dapat bayangkan perantau yang berjaya tentu mempercepatkan tarikh kepulangannya ke kampung. Tambahan pula jika dia tahu nahawa dia akan disambut orang kampung dengan riang kerana dia telah berjaya.

Kedua: dia seperti penjahat yang lari dari penjara, kemudian ditangkap kembali. Dia akan diheret ke mahkamah untuk pengadilan, diseksa dan dimasukkan semula ke tempatnya dengan kejam dan hina. Dapatkah kita bayangkan betapa takutnya dia?

Menangislah Sulaiman ketika mendengar penjelasan itu. Dia lalu berdoa kepada Allah,

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku ketika aku kembali kepadaMU seperti penjahat yang melarikan diri itu, kemudian ditangkap kembali"


ps sentiasa mengingati mati kerana mati adalah pasti.

sumber : MIDI

26 comments:

Pengasas said...

Salam Idalara,
Tazkirah yg sungguh bermanfaat.

Unknown said...

insylh...sesungguhnya mengingati mati itu perlu...supaya kita tidak lalai...

shameel Iskandar said...

mati itu pasti. Dan kubur pula merupakan salah satu taman dari taman2 syurga. dan ia juga boleh mnjdi salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Nizam Awang Brahim said...

Same2 lah kite muhasabah diri.

Acik Erna said...

salam ida..semoga kita juga bila sampai masa dan ketikanya tidak seperti penjahat itu..

sonata anak kancil said...

mati itu pasti...

Tukang cerita said...

salam kak...
tazkirah yg sangat terkesan di hati...

salam ramadhan kak......

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Bila tiba masanya kita pun akan ke sana. Cuma amalan yg diterima Allah mampu menolong dan mencerahkan 'hidup' di akhirat.

Rashid said...

kak ida

Satu renungan kisah yang menarik. Satu buatkan rasa tenang dan satu lagi buat rasa debar dan seriau ..

Abu Amirul said...

salam ida. pertama sekali terima kasih kerana sudi ziarah blog saya. kedua, harap ida terus menulis artikel sebegini yang penuh info. saya dah link kan blog ida di blog saya. harap ida juga sudi linkkan blog saya di blog ida. sememangnya hidup ini penuh ranjau iaitulah dugaan dan ujian dari Allah SWT, kita sebagai hambaNya hadapilah dan harungilah dengan penuh tabah dan mesti menerimanya dan menganggap itu semua takdirNya. Semoga ida tabah dan sabar dalam hidup ini. Sekian, wassalam.

zedmagel said...

Salam Idalara,

Satu ta'alim yang sangat bermakna untuk renungan semua, semoga dijadikan panduan bersama. Agak lama saya tak singgah di blog rakan-rakan, agak sibuk dengan urusan sendiri dan kerja yang sentiasa menanti. Terima kasih kerana Ida sudi menjenguk saya...

Ibu n Abah said...

salam ida...
mudah-mudahan kita akan jadi seperti contoh yang pertama...
'perantau yang pulang kekampongnya setelah menghantar segala wang perbelanjaannya....'
untuk kita renungi sama-sama kerana mudah nak difahami dan lebih berkesan perumpamaannya...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. Ida...

hysman said...

salam kak..
mmg betul mati itu pasti tp kenapa org masih lg munafik buta akan hal yg -ve.. hurm...
moga kita yg igt ni akan slalu igt akan mati.. moga mati kita dlm dakapan iman... insyaAllah..

Idalara said...

waalaikumsalam hysman@budak kentang
ingat mati kerana ia paling dekat dgn kita..

Idalara said...

salam ibu n abah
kita sentiasa berharap kebaikan bersama kita waktu hidup apalagi kala mati kelak...biar mati dalam iman..

Idalara said...

salam zed
wah..tak sangka zed singgah sini smula setelah lama menghilang..tazkirah buat renungan kita bersama.

Idalara said...

salam Abu Amirul
terimaksih juga singgah dan beri ulasan yg sgt menarik..insyallah sy akan berusha memberi yg terbaik dan bermanafaat utk diri sy dan rakan2...terimaksih kata2 dr Abu Amirul ada lah doa buat sy dan anak2.

Idalara said...

rashid..betul tu...mudah2an kita termasuk golongan yg pertama..

Idalara said...

salam shaniza
masa dn ketika yg sudah pasti namun tidak kita ketahui bila...cuma kita kenalah bersiap sedia.

Idalara said...

salam nurul@Tukang cerita
buat renungan dan panduan kita bersama..selamat menyambut Ramadhan juga buat nurul

Idalara said...

sonata anak kecil
kerana akhirat tempat yg kekal abadi

Idalara said...

salam kak erna

insyallah..itu yg kita harapkan..

Idalara said...

insyallah jejaka desa...

Idalara said...

salam shameel..
mudah2an kita termasuk dlm golongan ahli syurga..

Idalara said...

khairul azmi..
sgt penting mengingati mati...supaya kita sentiasa bersedia.

Idalara said...

waalaikumsalam Prof
insyallah untuk renungan kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...