Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, August 16, 2010

Kesiannya Lelaki...

Bismillah.

Tengahari tadi ke kilnik bawah ofis@rumah, bawa Abdullah Zaki ambil gas...lelahnya menjadi sejak petang semalam..tengah malam tadi batuk tak berhenti...berserta dengan demam...harini dua kali ambil gas...agak lega walaupun batuk masih ada.

Bulan lepas dua kali ambil gas berserta ubat2 hanya dikenakan bayaran RM24..tadi harganya dah meningkat RM36 untuk benda yang sama.....itupun doktor tak kenakan charge pemeriksaan, hanya ubat2 dan ambil gas...ialah..semua barang dah naik harga, tentu ubat2an juga turut terlibat...aku rasa klinik ini termurah dibandingkan klinik2 lain di BBST..sebab itulah klinik ini sentiasa ramai pengunjung... doktornya pulak seorg wanita.

Aku cukup beruntung...kerana tiap kali membawa anak2 ke klinik itu, doktor hanya mengenakan bayaran untuk ubat sahaja..rezeki anak yatim..Alhamdulillah.

Semasa menanti giliran, seorg demi seorang masuk membawa anak atau diri sendiri untuk bertemu doktor..seperti biasa aku akan menjadi pemerhati tetap...dalam klinik telah menanti beberapa orang wanita juga lelaki. Tiba2 masuk seorang wanita yang agak gempal tubuhnya (lbh kurang 65kg) dan bertudung...semua mata tertumpu padanya...

Astagafirullah...bisik hati aku(ampukan aku ya Allah sebab terdetik begitu)..aku pandang muka tiap2 lelaki dalam klinik tersebut....masing2 tak berpaling..hehehe..(kesian..kuranglah pahala puasa kamu hai lelaki2, termasuk aku kot) apa taknya..perempuan tadi tu nak kata tak berseluar tapi berseluar...nak kata berseluar tapi macam tak berseluar...seluarnya TERlalu ketat dari jenis kain jersey..(umpama inner yg kita pakai jika baju jarang).....manakala t-shirt yg dipakai hanya separas pinggang...bayangkanlah keadaanya...aku faham lelaki2 dalam klinik tadi tak tahu mana nak halakan mata mereka kerana perempuan itu berdiri betul2 di hadapan mereka......... Masyaallah..!!

Lepas perempuan tadi keluar, beberapa minit kemudian masuk pula seorg perempuan mendukung anak kecil...(diaorg ni terlupa ke ni bulan puasa...sekurang2nya hormatlah org yg berpuasa)...pakaian yg dikenakan pun ala2 perempuan yg pertama tadi..baju pendek dengan seluar ketat..cuma bezanya dia agak kecil sedikit dari perempuan pertama...sekali lagi lelaki2 dalam klinik tak tahu mana nak halakan mata mereka...alahai....

Siapa harus disalahkan dalam hal ini..tentulah kaum wanita yang berpakaian begitu, walaupun tidak mendedahkan aurat tapi keadaannya tetap sama......lebih memalukan kerana mereka bertudung...aku sendiri rasa amat malu menghadapi situasi begitu....apa agaknya dalam fikiran lelaki2 yg melihatnya waktu itu!!!

Bak kata sorang blogger..mudah menahan diri dari lapar dan dahaga, mulut dan telinga..tapi nak menahan mata dari pandangan beginilah yg agak susah..wahai wanita fikir2kanlah...kerana anda berpakaian seksi dan menggoda...kesian lelaki2 di luar sana.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanafaat, dari hati yang tidak kyusuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dari doa yang tidak diperkenankan"

36 comments:

Pengasas said...

Salam Ida,
Saya amat bersimpati dengan keadaan anak Ida.
Pernahkah dia cuba berubat melalui sistem yg lain.
Ida pun tahu, saya adalah pengamal perubatan homeopati. Jika ingin mencuba boleh hubungi saya:
universiti.maya@yahoo.com
Manalah tahu jika Allah memakbulkan.
Itu pun jika sudi mencuba.

alehkayong said...

Ameen. salam Ramadhan salam perkenalan.

Semoga setiap amalan baik kita diterima oleh Allah.

Jejaka Desa said...

Tu la yang koi pelik sangat nye.Ngape bulan pose je deme ni sibuk makei seksi2 ni.Mase lain tak pulok.

Idalara said...

Waalaikumsalam Prof
terimaksih atas sikap perihatin prof..insyallah sy akan menghubungi prof..

Idalara said...

Alehkayong
terimaksih singgah dn mengaminkan doa sy..insyallah yg baik dan buruk pasti ada balasannya.

Idalara said...

Jejakadesa..
tu lah..sengaja nak mencabar dan mengugat keimanan lelaki2 seprti jejaka.

fa*atip said...

susah nak cakap kan? bertudung hanya tutup rambut...sedangkan aurat tu segala2nya termasuklah suara...

en_me said...

aiseh naper akak ida x tangkap gambar wanita2 seksi ittewww.. ahaha

salam ramadhan akak ida..

ber_u_wang said...

nak tunjuk body dia lawa.. sebab tu malas nak kuar rumah...banyak sangat yang mengurangkan pahala puasa

Ibu n Abah said...

Ida.
kesian betul... masing2 tak menjaga Aurat yang sesungguhnya...
yang lelaki... habislah puasa mereka apabila dihidangkan percuma begitu..
yang perempuannya.. jagalah adab dan aurat mereka dengan sempurna...

Hanz said...

Subhanallah kan. Tak tahula kenapa zaman skrg perempuan macam tu. Tak tahu mereka memakai pakaian tu dalam sedar ke tidak. Yela, pakai tudung kalau ketat dari badan ke kaki.. macam mana tu. hmm

LiNda said...

dan itulah tugas lelaki ..
aka suaminya ..
menegur cara pemakaian sang isteri ..

blueCITY® said...

salam,

adik beradik saya dan anak2 buah juag ramai yg lelah. saya belum tapi rasa2 mcm nak kena dah, penyakit keturunan kan...

tu la sebab kena fikir, bazar ramadhan dan pasar2 juga pasaraya, macam2 ragam pempuan berfesyen yg mengundang fitnah dan segala macam gejala sosial kan.

wallahhualam...

Yua Zawa said...

salam akak.
mmg ramai prmpuan yg mcm tu skrg kan. pkai tudung, tp terdedah sana sini.
pkai sluar ketat, baju ketat, baju lengan pendek... smoga mreka dberi hdayah oleh-Nya utk mnutup aurat scara proper. kesian org2 mcm ni...
mgkin bg mereka, bertudung itu sdh dikira menutup aurat. hmmm

kak Erna said...

salam ida..bukan mereka2 itu terlupa bulan ramadhan..tapi sebab dah terbiasa..begitulah pakaian mereka setiap hari..

ainnoraini said...

apa nak jadikan org zaman sekarang nikan...
ade tu bartudung kat kepalanye tapi pakaianye..tak sanggup nak nengoknye..

AuntieYan said...

Salam Ida,

Salam kenal dari Auntie, selamat berpuasa, selamat berbuka nanti.

Ramai wanita/gadis sekarang bertudung sebab ikut-ikutan. Zaman Auntie mula pakai tudung dulu, masyaallah, yang bertudung memang dihormati, dan yang bertudung pulak sentiasa menjaga peribadi. Wallahhualam.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ia kesian gua

maiyah said...

yalah kak ida.. slalu tgk camni, dlm hati mmg x brkenan.. tp nak wat camne kan, doakan aje lerr.. kang kalo tegur silap2 kene sedas dua.. itu yg x fhm nih huhuuu

MSMN said...

salam ziarah dari orang kampung...teruskan penulisanmu ye

Idalara said...

betul tu maiyah..
nak tegur tu tk delah...nnti takut kata kita sibuk hal diaorg..

Idalara said...

ye lah kesian ko brutalsolo..

Idalara said...

Waalikumsalam Auntie Yan
salam kenal juga dr saya...terimaksih singgah dn bg komen..
setuju dgn auntie..kenalah pakai tudung kerana menjaga aurat tapi bukan aurat rambut saja...

Idalara said...

ainnoraini..apa pulak tu pakai tudung tap dedah leher dan bahu..masuk pula pertandingan ala2 ratu...

Idalara said...

salam kak erna..
ialah bak kata sorg artis tu...singlet dan bare back tu memnag pakaian mereka seharian...so dah biasa tk kira wktu mereka pakai juga.

Idalara said...

Waalaikumsalam yua zawa
mudah2an kita sentiasa membatasi pakaian kita...kdg2 rasa ngeri tguk mereka berpakaian.

Idalara said...

waalaikumsalam biru
sebab keturunanlah maka anak2 juga mengidap sama..

semuanya bermula dari rumah...

Idalara said...

linda... ada juga suami yg suka melihat pasangannya seksi...malah nak pakai tudung pun dia tk bagi

Idalara said...

ibu n abah
kdg2 rasa mcm tak tk boleh pandang cara mereka berpakaian...sgt memalukan kaum sejenis.

Idalara said...

ber-uwang..
kdg tu bukannya lawa pun 40 30 45 tp masih tk reti nk berpakaian yg sesuai..

Idalara said...

en_me..ada pulak yg cekak leher baju kak ida nnti sbb curi2 ambil gambo mereka..ngeee...pulak tu letak kat entry menambah kurang pahala yg melihatnya.

Idalara said...

fa'atip
tu lah yg kdg2 tak faham..mereka aseolah tk faham apa itu menutup aurat..

Ann said...

huhu seksi tu plus seksa...

Derus said...

hehe..rasanya dkt tiap2 hari kurus pahala puasa..huhu..:(

zedmagel said...

Idalara,

Kesianlah saya sebagai seorang lelaki yang terpaksa menghayati keadaan wanita yang sebegitu....nak buat macamana, keimanan seorang lelaki sangat nipis jika dihadirkan seorang wanita yang mengiurkan nafsu lelakinya....

Idalara said...

Salam zedmagel
oleh itu sentiasa tundukan pandangan matamu hai zed..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...