Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, August 14, 2010

Email yang menyentuh hati...

Bismillah...

Alhamdulillah sudah masuk hari ke 4 kita menjalani ibadah puasa, syukur Alhamdulillah, kerana sepanjang 4 hari berpuasa ini aku dan anak2 dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa segar dan ceria sepanjang menjalani ibadah mulia ini...satu anugerah yang tidak ternilai harganya.

Sudah beberapa hari aku tidak bersiaran dan ziarah ke rumah teman2....cuma sesekali menjengah sebentar supaya tidak berabuk dan bersawang, setiap malam lepas Solat Isyak aku menunaikan Solat Sunat Tarawikh di rumah sahaja, seorang diri kerana anak2 ke surau...takpelah yang penting aku berkesempatan melakukan juga.

Biasanya sebelum Ramadhan menjelma banyak pesanan ringkas dan emel yang aku terima, semuanya hampir sama dan biasa2 saja, namun 1 pesanan yang masuk ke kotak emailku ini sungguh berkesan di hatiku, dihantar oleh seseorang...pesanan ringkas ini cukup berkesan di hatiku, tidak pernah aku menerima pesanan begini sebelum ini dan insyallah aku akan melakukannya sedaya mungkin.


" Assalamualaikum Dik,

Selamat menyambut Ramadhan dan cuba banyakkan amal dibulan ini kerana pahalanya berlipat kali ganda dan Allah saja yang Maha Mengetahui..

Cuba buat solat Dhuha tiap pagi antara 8-11 pg.. rakaat pertama baca As-Shamsi selepas Al-Fatihah dan rakaat kedua baca Ad-Dhuha selepas Al-Fatihah.. setiap dua rakaat satu salam.. boleh buat hingga 4/6/8 rakaat..

Kalimah Shahadah jgn tinggal dan kalau boleh 1000 kali sehari...

Tadarrus tiap malam tu buat slowly dgn baca terjemahannya sekali dan fahamkan..

Never miss your Witir too..

Semoga adik abg sentiasa diberkati dan Allah bukakan pintu rezeki bagimu...

Ingat, minum air masak putih 3/4 gelas...specially masa bangun sahur...

Wassalam...




Mudah2an insan yang memberi pesanan ini sentiasa dirahmati dan diberkati hidupnya...mudah2an kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT...insyallah aku telah mula mempraktikkannya sejak awal Ramadhan lagi...

*************************************************************************************
Dalam dingin subuh hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan,
bergema takbir raya menitis airmata,
terbayang suasana permai desa,
rindu hati ini inginku kembali,
pada ayah bonda dan saudara,
tetapi aku harus mencari rezeki,
membela nasib kita bersama.
Hanya ku sampaikan doa
dan kiriman ikhlas
dari jauhku pohonkan ampun maaf,
jgn sedih pagi ini tak dapat kita bersama
meraikan aidil fitri yg mulia,
restu ayah bonda ku harap selalu
hingga ku pulang kepadamu..

ps...Raya masih jauh namun aku sangat suka mendengar lagu Allahyarham Sudirman ini, cukup menyentuh hatiku...tanpa sedar airmata mengalir, segala kenangan bersama arwah dulu menjelma kembali....tiba2 rasa rindu nak berbuka dan bersahur bersama mak dan abah..namun apakan daya....

30 comments:

AiZ said...

bagus org tu sharing ilmu nye.. thanks to u juga sebab publish di blog ^__^



Aiz latest entry
hairy VS aiz part 1 - Dendam kesumat Mr.Hairy terhadap aiz

kakcik said...

Salam Ida..

Alhamdulillah, syukur bila ada yang sudi mengingatkan tanda ada yang mengambil berat. Semoga Ida dan anak2 terus dikurniakanNya dengan kesihatan yang baik dan kehidupan yang tenang dan damai. InsyaAllah. :)

blueCITY® said...

salam,

alhamdulillah, kan ada yg sudi berkongsi...
uhuh, cepatnya sentimen raya ya, hehhee..
semoga sihat2 selalu

azieazah said...

Terimakasih berpesan-pesan. Semoga terus sejahtera menjalani ibadah puasa...

Tukang cerita said...

salam kak ida...
maaf...
lama tak menjenguk kemari...
bz skit kak...
anyway...
salam ramadhan tuk akak sekeluarga yea.......
:)

Khairul Azmi said...

semoga dipermudahkan oleh Allah utk kak ida beribadah kpd nya...
terima kasih jugak sb share nasihat tu...
insylh..cuba amalkan...

LiNda said...

Kak Ida sayang.

Tersentuh hati saya baca luahan hati kak ida tentang kerinduan arwah suami dan mak abah .

Tiada daya saya , hanya doa yang dpt saya ucapkan , moga kak ida diberkati dan bahagia bersama anak2 sepanjang ramadhan ini .

miss u !

Yunus Badawi said...

Pesanan yg bagus. Semoga kita diberi kekuatan melakukannya. Org yg memberi pesan juga dapat pahala termasuk awak kerana memanjangkan emel tersebut.

kak Erna said...

ida..alhamdulillah..ada yang mengingatkan ida..cuba lah.jika berkesempatan..walaupun dhuha..rsanya paling sukar kan..sebab kita ditempat kerja..

piewahid said...

semoga dpt menunaikan sgala ibadah dgn penuh keikhlasan dan sempurna.

t kasih atas pkongsian ini. smoga bertambah ganjaran pahalanya.

nidus2 said...

Berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran..amin. Salam dari Pak Nidus.

hans said...

semoga dapat menjalani ibadahnya dengan gembira

P/S : Header Baru H.P.B Blog. Thanks Blogger Dark Half!

en_me said...

salam ramadhan akak idalara tewww..

thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

luahfikiran said...

Salam,
Selamat Berpuasa dan Selamat Membuat Pengisian yang Terbaik Untuk Bulan yang Mulia ini dan bulan-bulan seterusnya. Allah menyediakan segala rahmatNya dan terpulang kepada kita untuk mengusahakannya

cikgupj said...

ameeinn...mudah-mudahan semua muslimin dan muslimat diberkati...

Idalara said...

amin juga dr kak ida...insyallah.

Idalara said...

waalaikumsalam luahanfikiran
Selamat berpuasa juga buat LF..insyallah andai kita pandai memanafaatkannya pasti akan mendapat ganjaran yg terbaik.

Idalara said...

waalaikumsalam en_me...
thanks juga sbb en_me yg femes sudi jenguk2 sini...insyallah nnti akak singgah lagi ye..

Idalara said...

insyallah hans...mudah2an hans juga begitu.

Idalara said...

salam pak nidus
itulah yg sebaik2nya yg baik kita kongsi2kan dn buat pedoman..

Idalara said...

muga2 piewahid pun begitu...dpt menjalankan ibadah puasa dgn sempurna...perkongsian yg baik untuk kita semua..walaupun ramai yg tahu perkara tersaebut.

Idalara said...

kak erna...insyallah ada kesungguhan pasti boleh kita lakukan..apa kata waktu rehat di opis kita pendekkan mengganti waktu yg kita ambil untuk solat dhuha...adilkan.

Idalara said...

Salam YB
insyallah...ilmu yg baik wlupun sebesar zarah akan diambil kira,begitu juga tiap kesalahan yg kita lakukan.

Idalara said...

salam linda yang manis...
kadang2 rasa itu dtg tanpa diundang..dan di sinilah tempat meluahkan..

miss u too...

Idalara said...

mudah2an untuk azmi juga..diberi kesihatan dan kelapangan untuk beribadah..

Idalara said...

waalaikumsalam nurul@TC
kita semua ada komitment yg lebih utama..kak ida pun jrg2 dpt singgah tempat nurul..

Idalara said...

sama2 azie...muga azie juga..perbetulkan apa yg salah dan ingat mengingati sesama kita.

Idalara said...

waalalaikumsalam biru..
alhamdulillah ada yg sudi ingat mengingatkan...

Idalara said...

waalaikumsalam kakcik
beruntung sebab ada yg sudi ingat mengingatkan..mudah2an kakcik pun sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik supaya dpt menjalani ibadah puasa dgn sempurna.

Idalara said...

betul Aiz..walaupun nampak simple ingatan itu namun sgt besar manafaatnya buat yg melakukan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...