Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, August 26, 2010

Merisik Khabar....

Bismillah..

"Owg baru baik demam kak, 4 hari tak boleh bangun...anak2 sihat...akak ngan anak2 sihat? Eika mcmne? sejak abah dia meninggal dia tk penah msg owg, owg kat Pokok Mangga umah flat, owg nak g mana kak, dah takde sape dah"

Itulah balasan sms yang aku terima setelah merisik khabar pada isteri arwah bekas suamiku, kesian dan sedih dengan khabar yang aku terima....tapi apa dayaku...aku jauh di sini...tiada kenderaan untuk menziarah..hanya sms dan panggilan telefon jadi penghubung kami....dan doa muga dia sentiasa diberi kekuatan ketabahan untuk membesarkan anak2 tanpa suami.

Setiap hujung bulan aku akan memasukkan sedikit wang belanja untuk adik anak2ku..walaupun tak banyak aku rasa cukuplah untuk membeli susu dan pampers anak2nya..aku tak mampu untuk memberi lebih memandangkan keadaan ekonomiku pun tidak sekukuh mana..bagaimana agaknya persiapan hari raya untuk anak2nya...

Aku dapat rasa apa yg dia rasa..kehilangan suami saat anak2 masih kecil dan sangat memerlukan perhatian dari seorang ayah, aku sangat beruntung kerana mempunyai pekerjaan saat aku kehilangan suami dulu.....anak2ku? apa yang mereka rasa? bertahun hidup tanpa seorang lelaki bernama ayah, aku tidak dapat menyelami hati mereka...apa perasaan mereka...

Aku pernah bertanya.."Abg dengan adik rasa apa abah dah takde?" abg hanya senyap, adik datang memeluk dan mencium pipiku.... "Adik dengan abg nak abah baru tak" aku bertanya sekadar menduga...... kedua2 anak2ku mengeleng kepala..."Tak tahu" kata mereka dua patah, aku tahu tentu sukar bagi mereka untuk menerima orang baru dalam hidup mereka...begitu juga aku...rasanya lebih selesa hidup begini...soal ajal maut, jodoh pertemuan aku serahkan pada Allah SWT....Dia yang penentu segalanya.

Kiranya aku sangat beruntung, hingga usiaku begini aku masih punya emak dan abah..tempat aku mengadu dan bercerita, balik kampung ada tujuan dan seseorang nak aku temui....namun aku tetap bersyukur kerana anak2 masih ada aku.

*************************************************************************************

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 16 kita menjalani ibadah puasa...alhamdulillah sepanjang 16 hari ini aku diberi kesihatan yang baik..tempahan almond london telah separuh aku siapkan..insyallah sebelum 31 ogos ini semua tempahan akan aku siapkan dan agih2kan kepada pembeli..malam ini aku kena siapkan 10 botol untuk diambil pagi2 esuk.

Dalam kesibukan..hanya waktu2 begini aku dapat merisik kabar di sini, ke sebuah dunia yang tiada sempadan, mencuri2 ziarah ke blog kawan2 mana yang termampu...jadual harian ku sangat padat..kerja, rumahtangga,anak2, masak, buat kueh, sesekali up date blog dan peruntukan waktu untuk beribadah..itu yang paling penting..

Ada orang bertanya..bagaimana aku membahagi masa dan tenaga antara keja dan mengambil tempahan biskut raya? bagaimana staminaku yang bukan muda lagi...alhamdulillah..bagiku bila melakukan sesuatu dengan niat mencari rezeki untuk anak2 pasti kekuatan itu datang...soal penat dan letih itu tetap ada namun segalanya ku ketepikan bila aku bayangkan bagaimana orang2 yang bekerja di bawah panas terik matahari..mereka lebih teruk dibanding dengan aku yang membuat kueh sambil bersantai2 mendengar radio atau menonton tv..

Mudah2an kita semua dipermudahkan dalam apa saja urusan di dunia dan akhirat...

ps mulai esuk aku akan bercuti hingga 31 ogos - akan aku manafaatkan sebaik mungkin...Selamat bercuti....

32 comments:

blueCITY® said...

salam,

selamat bercuti dan buat tempahan dgn jayanya..
sedih baca kisah isteri arwah, dan mulianya hati puan kerana sudi membantu. semoga ikhlas dan diberkati Allah swt selalu, amin

kakcik said...

Salam Ida..

selamat bercuti. Jaga kesihatan, ya? Ada wang pun tidak akan bermakna kalau kesihatan merosot...

Semoga Dia sentiasa memberkati hidup Ida dan anak2 serta diberikan kekuatan menepuhi apa jua ujian dan dugaan. Amin.

Sayang selalu. :)

sop said...

selamat bercuti..
moga diberi kekuatan dan kegembiraan bersama kluarga sentiasa..

al-lavendari said...

dalam kepadatan jadual tu sempat juga melawat blog saya. terima kasih.

selamat bercuti dan selamat meneruskan puasa.

dah nak ada orang baru ke ?

zedmagel said...

Salam Ida,

Mudah-mudahan mereka semua tabah menghadapi aidilfitri tanpa kehadiran abah mereka disisi buat pertama kalinya saya rasa....

Ibu n Abah said...

Ida...
murninyer hati ida masih bertanyakan kabar pada 'madu' yg pernah jadi racun dalam hidup ida...
kalau saya... tak boleh nak kata lah...
Alahmdulillah.. ida masih punya ibu dan abah dan anak-anak untuk dikasihi dan mengadu kasih... Gitulah hidup ini.. diberi kita dugaan tapi diberikan kita juga nikmat kasih sayang yang tak terhingga..... ALLAH itu Maha Adil..

Ibu n Abah said...

Ida...
murninyer hati ida masih bertanyakan kabar pada 'madu' yg pernah jadi racun dalam hidup ida...
kalau saya... tak boleh nak kata lah...
Alahmdulillah.. ida masih punya ibu dan abah dan anak-anak untuk dikasihi dan mengadu kasih... Gitulah hidup ini.. diberi kita dugaan tapi diberikan kita juga nikmat kasih sayang yang tak terhingga..... ALLAH itu Maha Adil..

fazli said...

smoga Allah permudahkan segala urusan...

azieazah said...

Kata orang bercerai hidup dengan bercerai mati, ada bezanya..

Susah nak selami hati orang yang mengalami, kecuali diri kita sendiri yang melaluinya.

Semoga terus tabah dan semoga sejahtera selalu.

Anonymous said...

slm akak. sy confuse dgn statement 'isteri arwah bekas suamiku' dan 'adik anak2ku'.. sy rasa akak salah tulis kot.

sbb kalau dfikir logik, 'isteri arwah bekas suamiku' mestilah diri akak sdiri kan.

'adik anak2ku pula, mesti anank2 akak kan?' ke mcm mana tu?

g3n said...

Kak..
baguih dok ada !!!
=)
memang sukar semua org nak buat apa yg kak buat ni..
mmg saya respek..

MyToha.com

Azmi said...

baiknya kak ida...semoga Allah sentiasa disisi kak ida...
amin.

mokjadeandell said...

Ida,
Seiring lagu syahdu dilaman Ida,tersentuh hati makcik membaca coretan anda.
Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk menempuh hidup ini.Suci hati Ida membantu madu.Susah nak jumpa dalam sejuta.

wachak said...

Salam sis ida.

Murni hati sis ida. masih lagi
membantu walaupun tak sebanyak
mana kepada bekas 'madu'. Berbuat
baik pasti balasan yang diterima
baik2 belaka - Insya Allah.

Selamat bercuti. Peruntukkan 10%
cuti tu untuk merehatkan diri. Jgn
terlampau mencari duit sehingg
menjejaskan kesihatan sis ida.

CIKGU ZAM said...

salam kak,
terharu saya baca kisah "keperihatinan" akak pada isteri itu, sangat tersentuh. Mulia dan baiknya hati akak, semoga segala urusan akak sekeluarga dipermudahkan dan dikurniakan keberkatan InsyaAllah, semoga akak sekeluarga sentiasa happy ye....

sahromnasrudin said...

salam..selamat bercuti utk akak sekeluarga..semoga ikatan kekeluargaan akan semakin rapat lg

Pn Kartini said...

salam sis:)

Selamat Bercuti...:)
agak2 time2 cuti ni buat biskut almond london ke siss..:):)

Pe2..jaga kesihatan yaa..rest kena cukup:)

ainnoraini said...

salam ida...
saye tersentuh bile membacenye...semoga ida diberikekuatan menempuh cabaran hidup ini..setiap org ade dugaannye ida...

imanshah said...

Mulianya hati mu kak Ida..semoga allah merahmatimu

Pengasas said...

Salam Ida,
Letaklah iklan dalam blog ni.
Bisnes kuih tak mesti untuk hari raya sahaja.
Mudah-mudahan diberkati Allah.

hans said...

selamat bercuti sis
semoga tabah menjalani kehidupan seharian bersama anak2 dan keluarga yer

P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog

piewahid said...

salam ida,
saya kagum dgn semangat, keikhlasan, pengorbanan dan keterbukaan puan dalam soal ini.

saya doakan semoga org2 spt puan sentiasa mendapat rahmat dan inayah Ilahi. semoga puan dan anak2 berbahagia dunia akhirat.

sesungguhnya apa jua yg kita miliki hanyalah pinjaman semata2...

Idalara said...

salam anonymous..
kak ida hanya sempat menjawab soalan anoynmous.

setelah berpisah dgn arwah,arwah bernikah lain dan mendapat 2 org anak..itu sebab akak sebut isteri arwah bekas suami..akak tujukan kepada isteri arwah yg ada sekarang.anak2 mereka tentulah 'adik' kepada anak2 akak..satu ayah lain ibu..

muga2 anonymous faham dengan penjelasan akak ye.

luahfikiran said...

Salam,
Teruskan apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat. Selamat beribadah di bulan Ramadhan ini dan bulan-bulan seterusnya

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dlm masalah ini, yg penting adalah Pn Ida sendiri krn Puanlah ayah dan ibu pada anak2, mrk ikut sahaja. Tapi apa yg saya nak fokuskan disini adalah mengenai `akidah. Ramai org tak sedar, sejak jatuhnya Daulah Islamiah pada 1924 diTurki, bhwa kita terdedah kpd keruntuhan `akidah dan gejala murtad menulari setiap org Islam yg x dpt nak ceritakan disini serta fitnah berleluasa berdasarkan Surah AlMaidah:54. Terpulanglah samada perkahwinan dpt menyelesaikan masalah atau tidak tetapi yg nyatanya apalah yg dpt seorang ibu menyelesaikan semua permasalahan lebih2 lagi bab agama. Wallahulam

LiNda said...

Salam kak Ida..

Kuatkan hati and tabah selalu .
Insyallah , ada rezeki untuk anak2.

Jaga diri and kesihatan ok . mmmuaah !

Jejaka Desa said...

Selamat bercuti.Moge tabah hadapi dugaan dan cabaran

maiyah said...

salam.. sudi kiranya terima kad raya dr sy.. makasih

Abhamz said...

salam, semoga terus tabah dan mendapat keberkatan rezeki dan kesihatan pada bulan yang penuh barakah ini....

sekadar perkongsian ilmu,
http://mazha-2010.blogspot.com/2010/08/malam-lailatul-qadar.html

@e_da said...

salam kak ida.. lama tak ziarah sini.. makin cantik blog akak... kejap je dah nak abis posa kan..

en_me said...

nih dah 2 september.. kanns

Said Saiful Fazli said...

tumpang lalu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...