Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, May 30, 2010

Cintaku Tertinggal di Kelantan.....:)

Syukur Alhamdulillah..berkat doa ikhlas teman2 aku selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 2 pagi tadi, tanpa mengalami sebarang masalah semasa pergi dan balik..

Akhirnya tercapai hasrat aku nak ke Kelantan lagi setelah hampir 11 tahun tidak ke sana....kira2 pukul 10 malam kami bertolak dari Agrobank KL...pukul 5 pagi kami selamat sampai di Hotel Apartment Maharani di Kubang Kerian. Siap check in kami rehatkan badan sebentar sementara menanti waktu Suboh.

Pukul 8 pagi, setelah selesai minum pagi distinasi pertama ialah Rantau Panjang..wah...masing2 borong sakan termasuklah aku...semenjak dua menjak ni aku memang suka memasak..jadi matlamat utama aku ialah mencari kukus, kuali bertutup, loyang dan genseng..semua dapat aku beli dengan harga yang amat berpatutan.
Sempat berposing depan bas Agrobank sebelum bersoping....masing2 dah tak sabar2 nak ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor..
Dalam bas menuju distinasi...rombongan cik kiah ni sememangnya nk bersoping...penuh bonet bas dengan segala macam barang2 dari Kelantan...

Bergambar di hadapan Maharani Hotel sebelum memulakan perjalanan....siap membeli belah di Rantau Panjang kami bertolak ke Pengkalan Kubor,..tak banyak barang yang kami beli sebab kedudukan bas yang jauh dari tempat membeli belah menyukarkan kami membawa barang...lagi pun hampir 70% barang2 sudah dibeli di Rantau Panjang.
Suasana di Pengkalan Kubor...sempatlah aku membeli beberapa pasang baju anak2 dan sehelai dua kain batik basahan untuk adik di Kampung..
Teruja juga melihat pinggan mangkuk yang agak berpatutan harganya..tapi bila memikirkan nak 'mengangkut' ke bas yang terlalu jauh dari pintu keluar buat aku padamkan keinginan.
Semasa di Rantau Panjang aku sempat makan laksam di sebuah gerai di tengah2 pusat membeli belah itu....hmmmm....sedaaaappp sangat..kuahnya pekat dan cukup rasa...cuma aku tak sempat merasa nasi kerabu...memang aku frust sgt kerana program yang aku tunggu2kan iaitu ke Pasar Siti Khadijah di batalkan di saat2 akhir kerana tak cukup masa....ramai juga yang merungut sebab kat situlah kami nak membeli makanan2 dan buah2an...namun apakan daya..aku hanya mengikut bukan menganjurkan rombongan cik kiah itu.
Malamnya pula kami ke Wakaf Che Yeh...seseorang menunggu aku di sana, (kalau dulu A sentiasa dalam hatiku kini 'B')...walaupun dah beberapa kali aku bertemu dengannya atas urusan bisnes, namun pertemuan kali ini aku rasa agak lain...mungkin kerana aku yang mengunjunginya..bedebar2 pulak rasanya nak berjumpa...berdebar sebab apa? ntahlah...
Malam itu dia menemai aku membeli beberapa pasang pakaian anak2 dan kain pasang untuk anak perempuanku...untuk aku pula? surprise!!!....dia membelikan aku sepasang kain sutera berharga RM250.00...aduh..... terkesima aku dibuatnya.......ni nak menambat hatiku supaya menetap terus di Kelantan ke!...
Semasa sibuk bersoping, dia asik mengusik aku supaya tinggal terus di Kelantan...jadi orang Kelantan atau pun menetap di Terengganu membantu dia menjalankan perniagaannya di sana....bukan aku tak mahu..bukan aku tk suka...tapi terlalu banyak yang perlu aku fikirkan sebelum membuat apa2 keputusan untuk masa depanku dan anak2.
Kadang2 kita asik mengharap dan menanti pada seseorg yang memang sudah pasti tidak perlukan kita dalam hidupnya tanpa kita sedar rupanya orang yang berada di depan mata, yang sering berhubung dengan kita, yg sering bertanya khabar, sebenarnya itulah yang kita perlukan dalam hidup kita...namun aku serahkan semuanya di tangan Allah...andai ada jodoh...insyallah.

Akhirnya...semalam...kira-kira pukul 9.00pagi..kami bergerak meninggalkan Kelantan dengan seribu kenangan manis yang tak akan aku lupakan..percutian yang menggembirakan walaupun agak keletihan bershoping...percutian yang buat aku lupa sebentar semua masalah keja dan masalah hidup..
Percutian yang membuat hatiku berbunga2, rasa seperti terlihat bunga2 berkembang mekar depan mataku......buat aku mampu tersenyum sepanjang jalan pulang, walaupun rasa sedih nak meninggalkan dia dan Kelantan yg permai.....dan mungkinkah agaknya....
"Cintaku Tertinggal di Kelantan"

ps...rasa berbunga2 itu masih tetap ada dalam hatiku...'tidak ada hari2 yang berlalu tanpa aku merasa rindu'

27 comments:

azieazah said...

Amboiii... makin kembang bunga di taman dalam hati tu yerrrr...

Saya dah lama gak tak pi Kelantan. Sempat juga ke Pasar Khadijah, cuma Wakaf Che Yeh lum sampai lagi...

Besar makna nyer tu kalu kain sutera mahal gitu (pada saya mahal), dihadiahkan orang...

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah, shopping sakan Cik Kiah, tak pe hati gembira, dan ehemmm

azieazah said...

Amboiii... makin kembang bunga di taman dalam hati tu yerrrr...

Saya dah lama gak tak pi Kelantan. Sempat juga ke Pasar Khadijah, cuma Wakaf Che Yeh lum sampai lagi...

Besar makna nyer tu kalu kain sutera mahal gitu (pada saya mahal), dihadiahkan orang...

Idalara said...

salam azie...
mudah2an tmbh berkembang..sebab dah lama sgt tk g lah yg rasa seronok sgt..lgpun ada seseorg menunggu ida kt sana..

ida pun tk mampu nk beli kain sutera semahal tu..tu yg terkesima bila dia cakap nk belikan..tanya berkali2 sbb mcm tk percaya...tp mng betul2 dia belikan juga.

Idalara said...

salam kak nora..
seseklai je soping sakan ni..pasni kenalah ikat sikit perut ni...
ehemmm..ada mksud ni...

Ibu n Abah said...

salam ida..
hah!.. (nada seronok...)
bertambah lagilah nanti sedara kita orang melaka yang bertemu jodoh dengan orang kelantan... (kak zai, ada seorang menantu orang kelantan... nampaknya ida akan menaikkan statistik orang melaka bertemu jodoh dengan org kelantan...)Lalalalalalallalalalalla
Saya turut mendoakan....

CITY® said...

salam,
waaaaaaaaaaaaa... so sweet!!!
berbunga2 rasa yang baca n3 ni
apa lagi yg tukang tulis kan
ekekekkek...
lupakan A yang tap pasti
bahagia bersama B yg depan mata
heheheh...
dpt kain silk lagi
semoga bahagia juga akhirnya
lalallal

tumpang bahagia jerk

shameel Iskandar said...

Kak ida tak pergi ke Bachok ke. Setengah jam dari KB, dan 15 minit dari Kubang kerian. Bachok tu daerah saya. Tapi saya kerja kt Ipoh perak.

piewahid said...

salam,
amboi2... patutlah seronok sgt jalan ke sana ya...:)

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..:):)
memang seronok sgt ke KB tuu..
tak tahu kenapa...yg pasti sukaaaaaaa sgt2..hehehehe:):)

Idalara said...

Salam my dear tinie..
samalah seronok sgt2..rasa nk duk kat sana terus..hihihi

Idalara said...

salam piewahid..
hihihi...ada udang di sebalik mee tu..:))

Idalara said...

salam shameel..
shameel tkde mcmne nk g..
nnti kak ida duk sana boleh g umah shamel ye.

Idalara said...

salam biruuuu..
muga2 bahagiaku akan berkekalan dgn B..wlupun A tetap dalam kenangan..
Silk tu mungkin mukaddimah dr dia kot...
tq biru..muga biru juga bahagia..

Idalara said...

salam biruuuu..
muga2 bahagiaku akan berkekalan dgn B..wlupun A tetap dalam kenangan..
Silk tu mungkin mukaddimah dr dia kot...
tq biru..muga biru juga bahagia..

Idalara said...

salam akak..
hihihi..senyum2 ida baca komen akak ni..sbnrnya ida pun ada kakak ipar org kelantan,kt pengkalan chepa..doakan ida mudah2an ada jodoh dgn dia..t.kasih akak..

Adinda Amy Sensei said...

salam kak ida..

hanya ucapan ini saja yang saya nak kata..

TAHNIAH... :)

Chenta said...

ehem..ehem.. kak idaa..

hati berbunga-bunga .lalalaa


ahhh...manisnya senyuman kak ida !

azman said...

mcm di lamun cinta sahaja. bercinta memng seronok apatah lg berjauhan

Rashid said...

yup! setuju.. mungkinkah cinta itu sebenarnya dah ada di depan mata.. sedar tak sedar je..

Idalara said...

salam Cik Amy...
tahniah kerana apa ye..hihihi

Idalara said...

salam syg linda..
mudah2an bunga2 it tetap berkembang mekar...

Idalara said...

salam azman..
hmmm..tak tahu nak kata..:)

Idalara said...

salam Rashid..
terlalu mengejar yg jauh yg tk pasti..tk sedar yg didepan mata itu yg sebenarnya ada di hati kita..

Anonymous said...

tahniah......setuju with biru..

lupakan A tu..moga bahagia selalu..
tak lama lagi kita sama2 makan nasi minyak....

Idalara said...

salam anonymous..
apa yg tahniah? sy belum lg dh tetapkan perancangan nk makan nasi minyak..semuanya hanya Allah yg tentukan..kemungkinan besar sy akan kekal hidup sendiri bila memikirkan terlalu bnayk mslh yg hendak sy hadapi bila berhujrah ke tempat yg asing bg sy dan anak2.

tahniah buat anda kerana akan mkn nasi minyak tk lama lg (cuti sekolah kot)mudah2an menjadi suami@isteri yg baik.

Idalara said...

anonymous..
terlalu ramai A dalam hidup sy..tk mungkin sy lupakan..terutama A yang berasal dr Klntn tp menetap di Selatan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...