(Surprise!!..memang aku rasa satu kejutan yang buat aku gembira sangat...minda yang terasa letih sertamerta hilang bila buka blog, tenguk header dah berubah...terimaksih wachak...terimaksih banyak2 sebab designkan header yang cantik...jasamu dikenang)
Kiranya aku ni penting juga dalam Syarikat, ramai yang berbunyi bila aku bagitahu esuk aku nk bercuti....bukan buat persiapan untuk ke Kelantan,tapi hanya nak mengemas rumah dan memasak untuk anak2 sebelum aku ke Kelantan malam esuk....awal2 lagi semua keja2 telah aku siapkan..FD, Bank Reconcilition, Cek Pinjaman, boucer2 bayaran dah up-date dalam fail, semua keja2 settle menjelang petang tadi...bos pun senyum sampai telinga bila aku senaraikan semua keja2 yang dah aku siapkan...'ok akak boleh cuti esuk' kata bos..yahoooo...aku menjerit kuat2 tapi dalam hati....hihihi...
Aku tak mahu bercuti masuk dalam tempat begini..tapi aku nak cuti lapangkan mindaku...luaskan pandanganku.
Bukannya aku cuti lama pun sehari je, esuk...lusa, tulat, langkat memang cutipun....rasanya dah terlalu lama aku tak bercuti merehat2kan badan dan minda...panas gak telinga bila ada berbunyi..."kak midah tak de menjeritlah ahli, pinjaman tak boleh proses.."..bila aku nak ajar staff lain gunakan sistem masing2 semua buat tak tahu...bos pun penah arahkan sorg staff belajar dengan aku tp asik nanti, nanti akhirnya tk siapa pun belajar...padan juga muka bos sebab tak tegas...
Bila aku nak cuti masing2 kelam kabut...semua bayaran guna sistem...kalau aku cuti, sistem beku...pinjaman dan segala bayaran tak boleh dibuat...susah gak mcmni...tapi takkan sampai aku tak boleh nak cuti..apa kata kalau aku sakit dan cuti sampai berhari2..tak ke haru dibuatnya..mentang2lah aku ni single...boleh balik lambat, boleh datang weekend buat keja..jadi semua keja kena aku yang buat...aku rasa dah terlalu letih...hampir beberapa bulan aku bekerja 7 hari seminggu..aku kerap dibebani dgn berbagai2 tugas...so..
Izinkan aku pergi.....izinkan aku bercuti merehatkan minda dan memenangkan hatiku......doakan aku selamat pergi dan kembali kerana anak2 menanti kepulanganku.
Ya ALLAH.
Engkaulah pertama, tiada sesuatu sebelumMU
Engkaulah yang terakhir, tiada sesuatu selepasMU
Hanya padaMU aku bersujud dan bersimpuh
Hanya padaMU aku serahkan hidup dan matiku
Ya ALLAH
Aku mohon kepadaMU rahmat istimewa dariMU
Engkau hidayahkan hatiku
Engkau selesaikan urusanku
Engkau aatasi segala kesukaranku
Engakau betulkan batinku
Engkau angkat Dzahirku
Engkau bersihkan aamalanku
Ya ALLAH
Dengan segala rahmatMU
Engkau ilhamkan hidayah kepadaku
Engkau pelihara aku dari segala kejahatan
Engkau tuntun aku dijalanMU
Engkau beriku jalan terang
menuju syurgaMU
Ya ALLAH
Aku tenggelam dalam sujudku
Aku terisak dalam doaku
memohon ampunanMU
Alam samudra dosa dalam bumiku
Tiada dayaku Ya ALLAH
Tiada yang lain hanya padaMU
Jadikan aku terus berpegang padaMU Ya ALLAH.
Kata-kata berbentuk doa dikirim oleh THORA HARIMAU..seorg silent reader di blogku..terimaksih atas doa2 ini dan juga doa2 mengiringi pemergianku..
ps....bukan pergi membawa hati tetapi pergi mencari sekeping hati.....
16 comments:
semoga selamat pergi dan balik,,
Semoga selamat didalam perjalanan pergi dan balik. Enjoy your holiday sis ida. emm .. jgn lupa ole-ole tuk wa ... hehehe.
salam ber-uwang..
terimaksih....insyallah.
salam wa..terimaksih ye...
apa ek nk bg wa..kena bg ni..dah bnyk hutang dgn wa ni...
kain pelikat kot hehehe
salam,
pergilah...
semoga terubat rindu d sana
lalalalal...
kirim salam kat tok guru
heheheheh...
jgn lupa singgah pantai pcb tgk laut
ahaks!
soping batik kat pasar ct khadijah
huhu...
semoga selamat dan happy disana
Salam Ziarah,muga perjalanan kedestinasi terhindar dari segala gangguan,selamat pergi serta kembali semula...amin ya rabbal al amin.
salam ziarah..
h0hoo..wachak designkan header dia..
very da jealous! kui3.. ;0
nyway m0ga selamat pergi & pulang yer kak..TC
salam ida..
selamat bercuti dan selamat JJMA (jalan-jalan makan angin).. semuga selamat pergi dan selamat kembali..
salam ida...
wah bercuti sakan...
akak doakan selamat berangkat dan selamat kembali...semoga sihat selalu...
Selamat bercuti Ida sayang.. semoga pulang nanti, minda menjadi lebih segar dan hati menjadi semakin riang.. :)
IDA... memang ada masanya, bila tiba saatnya, kita memang terasa sangat perlukan cuti, perlukan rehat. Perlu pergi ke tempat yang lain dari rutin. Ke tempat yang jauh dari sesak kerja.
Berehat lah, kerana IDA memang berhak mendapatnya.
Btw, cantik design baru blog. Ini pun sebahagian rehatkan minda gak, kan?
Take care...
Salam kak Ida ..
Moga selamat dalam perjalanan.
Moga Kak ida berjaya mendapat 'sekeping hati ' yang dicari .
gud luck .. muaah !
Salam caiyang...
Nak ittuuuuut gi bercuti....
Salam..:)
Suspen jek tgk title akak..aduhaii..
Pe2..selamat beristirehat,..selamat bercuti-cutian..moga sekembalinya akak nanti ..
makin ceria..:)
bestnya ada orang designkan header
salam,
bercuti pun dikira ibadah sekiranya bertujuan untuk rehlah serta mengagungkan kebesaran Allah dengan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya.
semoga diberkati Allah...
Post a Comment