Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, May 22, 2010

Dia Tetap Dalam Ingatan........

Bila Melintasi UKM di Bangi dan Banting Selangor...aku pasti teringat pada dia....AA...lelaki pertama yang pernah sangkut di hati aku sewaktu aku berusia 18 tahun dulu. UKM kerana dia salah seorang penuntut di UKM sewaktu aku mengenali dia dan Banting kerana dia berasal dari sana..... Aku memang tak pernah lupakan dia...walaupun sudah berpuluh tahun aku tidak bertemu dia, wajahnya masih terpahat dalam ingatan.....senyuman semanis gula dan tutur katanya yang lembut penuh sopan membuat aku tak pernah lupakan dia.

Andai ada yang masih ingat..aku pernah menulis mengenai 'cinta pertama di zaman remajaku' dulu di ruangan ini,...aku pernah juga berusaha mencari dia di FB..namun hingga saat ini aku masih gagal menemui dia...mencari dia bukan untuk menyambung kembali kisah cinta yang tidak kesampaian..... sekadar ingin bertanya khabar dan menjalin persaudaraan sesama Islam...tapi andaikata dia masih single....apa salahnya menyambung semula yang terputus....:))

Sejak2 akhir2 ini aku begitu kerap mengingati dia...kata orang jika kita sangat mengingati seseorang, org itu pasti juga sedang mengingati kita...mudah2an begitu hendaknya. Mana mungkin aku lupa pada cinta pertama.. aku rasa sangat bahagia walaupun sangat singkat perhubungan itu..

Aku sentiasa doakan muga dia berbahagia, tentunya dia dah berkeluarga dan mempunyai kehidupan yang sempurna selepas menamatkan pengajianya di UKM dulu. Mudah2an satu hari nanti tercapai juga hasratku ingin bertemu dia semula.




ps...bila namanya kenangan manis ia pasti menjadi sesuatu yang paling indah untuk dikenang...
ps...Nama yang bermula dengan A....aku ditakdirkan tidak pernah berpeluang terus bersama dengan yang bernama A...

19 comments:

Maiyah said...

kata org kalo kita asyik ingt, org tu pun ingt kat kita.. ataupun mungkin kita akan bertemu ngan seseorang yg telah terpisah lama..

Tirana said...

Ida..saya pun sejak setahun lalu asyik teringat seseorang yang istimewa di zaman sekolah dulu..berusaha mencari, bertanya sana sini..akhirnya dapat berita bahawa dia dah tiada lagi di dunia ini... tak dapat menahan airmata..

Acik said...

Salam..
Kenangan mengusik jiwa... kalau ada jodoh jumpa la nanti..

FaAtip said...

amboii, idaa...teringat peristiwa lama ya!

qamarguyz said...

salam ziarah..
singgah membaca luahan kisah silam..
mencari siapa gerangan yG dimaksudkan..huhu.. InsyaAllah, andai dia masih ada pasti ketemu jua nanti

Ibu n Abah said...

ida...
bak lagu p.ramlee
'barang yang lepas.. hai jangan dikenang...'
sebab boleh jadi berbagai kemungkinan..
adalah sebabnya mengapa Allah tidak mempertemukan jodoh kita dengan orang tersebut....
Hmmm... bila ida lalu depan UKM Bangi?... tak bagitau pun...

Chenta said...

Salam Kak ..

Benar . kekadang tuh kerinduan datang tanpa di paksa. Secara semulajadi . Hati meronta-ronta ingin ketahui apakah khabar dia disana .

Moga akak berhasil menemuinya walau sekejap cuma .

Idalara said...

Salam Maiyah...
akak rasa pun mcmtu....mudah2an dia selamat dn bahagia.

Idalara said...

salam Tiraana..
sedihkan bila puas mencari akhirnya kita dapat tahu dia telah tiada lagi di dunia ini..doakn saja agar dia tenang di Sana.

Idalara said...

salam Acik..
kenangan yg sentiasa mengusik hati dn jiwa....

Idalara said...

salam Fa...
ye lah sbb kenangan tu manis tu yg dok terkenang2 tu..

Idalara said...

salam Azrai
terimaksih sudi singgah dn bg komen kt blog kak ida yg tk seberapa ini...
insyaallah itulah harapan kak ida..dpt jumpa dia semula..

Idalara said...

salam ibu n abah...
sepatutnya pun barang yg dah terlepas tkyah dikenang kan..tp kdg2 dia dtg sendiri...nk pulak bila ada perkara yg buat kita mengenang dia..

2 minggu lepas ida ke pejabat tanah di bangi...masa nk ke stesen komuter lalu kt dpn UKM...umah akak kt mana ye..

Ibu n Abah said...

salam ida..
rumah akak dekat dengan Hentian Bas Kajang... sederetan kedai perabot dihadapannya.. rumah akak masuk dalam sikit... nanti bila2 ke Bangi, call.. akak tunjukkan rumah dan kita pi makan mee kari di BapakKaya... Insya'Allah...

zedmagel said...

Salam Idalara,

Banyak n3 tentang dia, mudah-mudahan dipertemukan dalam masa terdekat ini. Selalulah berdoa kepadaNya.

Rashid said...

ermm tak sanggup rasanya.. jika kita mencari orang yang nak sangat kita jumpa rupa-rupanya dah pergi.. selamanya..

Moga kak ida berjumpa ngan dia ..

Centado said...

wah
bestnye citer sejarah ni
:)

Idalara said...

salam rashid..
jika begitu suratannya apakan daya..mudah2an dia msih aaada dn dpt bertemu nnti.

Idalara said...

centado..
sejarah yg tkkan berulang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...